Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pesara Doktor Mungkin Dipanggil Berkhidmat Lawan COVID-19 - Bukan Ke Orang Tua Lebih Berisiko?

Pesara Doktor Mungkin Dipanggil Berkhidmat Lawan COVID-19 - Bukan Ke Orang Tua Lebih Berisiko?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sektor kesihatan di Malaysia, walaupun pernah diiktiraf terbaik di dunia, kini hampir kehabisan sumber dan tenaga kerja untuk melawan virus korona baharu (COVID-19).

Langkah alternatif yang bakal diambil oleh kerajaan adalah memanggil pesara doktor dan pegawai perubatan tentera untuk kembali berkhidmat.

Gelombang kedua jangkitan COVID ini bukan lagi satu bentuk wabak yang boleh dipandang ringan. Peningkatan jumlah kes sehingga melebihi angka 1,000 dianggap sebagai tanda amaran.

Jika ia tidak dibendung, gelombang ketiga bakal melanda dengan jumlah jangkitan yang lebih ramai dan kes kematian yang lebih tinggi.

Tiada alasan untuk tidak panggil pesara doktor untuk bantu

pesara doktor

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba, satu langkah baru perlu diambil bagi menyeimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada untuk meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.

Doktor yang berjuang di barisan hadapan, yang turut digelar sebagai frontliner, mempunyai tugas yang sangat berat.

Berbekalkan dengan kelengkapan keselamatan, kudrat dan niat untuk berbakti kepada masyarakat, mereka menempuhi tugasan berbahaya dalam memastikan wabak COVID berada dalam keadaan terkawal.

Hari demi hari, jumlah kes positif terus bertambah dan jika perkara ini berlarutan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak teragak-agak untuk memanggil pesara doktor dan doktor tentera bagi membantu mengisi kekosongan yang ada.

Langkah tersebut hanya akan diambil sekiranya doktor tidak lagi mampu memenuhi keperluan pesakit yang semakin meningkat.

Baca juga:

Setakat ini, kementerian telah menempatkan kira-kira 1,000 doktor pelatih di 44 buah hospital bagi membantu melicinkan operasi. Beban yang ditanggung oleh frontliner perlu disokong dengan bantuan yang mencukupi.

Ini bukan perkara baharu. Bahkan di United Kingdom, 65,000 pesara doktor dan jururawat telah dipanggil untuk berkhidmat menentang wabak virus korona baharu.

Namun, jika kementerian bertekad ingin membawa masuk pesara doktor, mereka perlu menimbang tara risiko terutamanya kepada mereka yang berusia 60 tahun dan keatas.

Usia lanjut tingkatkan risiko jangkitan COVID

pesara doktor

Walaupun peningkatan usia tidak bermaksud anda tidak sesuai untuk berkhidmat, tapi ia boleh meningkatkan risiko jangkitan seperti yang telah ditunjukkan melalui banyak kajian.

Golongan tua mempunyai risiko kematian yang tinggi berbanding dengan golongan muda. Oleh sebab itulah jika pesara doktor ingin berkhidmat sebagai frontliner, kementerian perlu menetapkan protokol kerja yang tidak mendedahkan risiko tinggi terhadap mereka.

Antara langkah yang boleh diambil adalah:

  1. Mengurangkan waktu operasi bagi doktor pesara yang lanjut usia.
  2. Memastikan mereka memakai alat perlindungan keselamatan dengan betul sebelum berjumpa dengan pesakit.
  3. Menempatkan mereka di jabatan lain bagi menggantikan doktor muda yang boleh turun berjuang sebagai frontliners.

Malaysia kini merupakan salah satu negara yang sedang berusaha bersama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membangunkan vaksin COVID. Ia bukanlah satu perkara yang mudah dan mungkin memakan masa yang lama.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/ujian-klinikal-vaksin-covid-19/

Apa yang boleh kita lakukan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin adalah untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tempoh hari.

Amalkan konsep jarak sosial, basuh tangan secara kerap dan jika sakit, pastikan anda mengkuarantinkan diri di dalam bilik.

[mc4wp_form id=”115319″]

Konklusi

Jika kelak keadaan menjadi semakin teruk, pesara doktor, doktor tentera dan kakitangan lain yang berkenaan akan dipanggil semula untuk berkhidmat. Ini merupakan alternatif kerajaan bagi memastikan jumlah pegawai kesihatan cukup.

Walau bagaimanapun, menurut Dr Adham, setakat ini, negara kita masih mempunyai jumlah doktor yang mencukupi. Diharapkan kepada semua pembaca boleh mematuhi perintah kawalan yang dikenakan kepada kita.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. COVID-19: Panggil pesara doktor jika kes meningkat mendadak. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667064/covid-19-panggil-pesara-doktor-jika-kes-meningkat-mendadak), Diakses pada 20 Mac 2020.
  2. Coronavirus: Tens of thousands of retired medics asked to return to NHS. (https://www.bbc.com/news/uk-51969104). Diakses pada 20 Mac 2020

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 08/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan