
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
2 tempat di Daerah Kluang, Johor telah menjadi lokasi pertama yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setelah terdapat peningkatan mendadak kes COVID-19 di kawasan tersebut.
Lokasinya adalah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan juga Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid yang terletak di Simpang Renggam, Kluang.
Artikel berkaitan:
4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu
PKPD di kawasan itu bermula sejak jam 12 tengah malam, Khamis, 26 Mac 2020. Perintah ini terpaksa dilakukan atas saranan Menteri Kesihatan memandangkan sebahagian besar kes positif COVID-19 yang berlaku di Kluang adalah dari 2 buah kawasan ini.
Berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:
310,097
9,196
1,164
KKM kesan 4 kluster penyebaran wabak di Kluang
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 4 kluster penyebaran COVID-19 di daerah Kluang. 4 kluster tersebut dipercayai telah menyebabkan 88 orang individu di daerah tersebut dijangkiti.
Untuk memahami mengapa lockdown seperti ini dilaksanakan, ikuti penerangan ringkas di bawah ini.
Menurut Datuk Dr. Noor Hisham, siasatan berkenaan kluster di Kluang masih lagi dijalankan dan KKM mendapati terdapat 4 kluster di daerah tersebut. Ada di antara mereka yang dijangkiti ini pernah menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
Artikel berkaitan:
- COVID-19: Usah Biar Kes Tabligh Berulang, Penumpang ETS 9173 Sila Hadir Ke Hospital!
- Perhimpunan Tabligh Di Masjid Sri Petaling; Hotspot COVID19 Sampai Tersebar Ke Negara Lain!
“Pesakit COVID-19 berkenaan kemudiannya menghadiri solat berjemaah dan menjangkiti jemaah lain. Seterusnya, mereka menghadiri majlis perkahwinan yang terdapat di kawasan berkenaan,” tambah beliau lagi.
1 lagi kawasan diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Terbaru, 1 lagi kawasan di Selangor diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
Bermula 12 tengah malam, 29 Mac 2020 sehingga 13 April 2020, kawasan Batu 21 hingga Batu 24 di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor diarahkan oleh kerajaan untuk menjalani PKPD.
Penguatkuasaan tersebut menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan kedua menjalani PKPD selepas Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan juga Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.
Jika anda merupakan salah seorang yang terlibat dengan PKPD ini, berikut adalah tip untuk menjaga social distancing di rumah.
Tip Menjaga Social Distancing di rumah
Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.
Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020
Arahan ini dikeluarkan selepas KKM memaklumkan bahawa terdapat 71 kes positif COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah yang terletak di Batu 23, Sungai Lui.
Disebabkan oleh peratusan kes yang tinggi dalam satu-satu kawasan, kerajaan turut menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan Sungai Lui ini atas nasihat Menteri Kesihatan.
PKPD di kawasan Sungai Lui ini melibatkan 7 buah kampung iaitu 2 buah kampung orang asal dan 5 buah perkampungan Melayu, yang merangkumi sekitar 700 buah rumah dengan 3,198 orang penduduk.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan langkah kekang penyebaran
Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah untuk mengekang sebarang penyebaran jangkitan COVID-19 di kawasan tersebut ke tempat lain. Selain itu, ia membolehkan pihak KKM untuk menjalankan aktiviti pengesanan jangkitan dari rumah ke rumah sepanjang tempoh tersebut.
Sepanjang PKPD ini dilaksanakan di sesuatu kawasan, mereka yang tinggal di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan pelawat tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.
Kesemua penduduk juga akan menerima bekalan makanan percuma selama 14 hari yang akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Artikel berkaitan:
- Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia
- Strategi Menjadi! Ini 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak COVID-19
- 5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut
- Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!
- COVID-19: Usah Biar Kes Tabligh Berulang, Penumpang ETS 9173 Sila Hadir Ke Hospital!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.