Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kebelakangan ini, kes positif COVID-19 di Malaysia dilihat semakin berkurangan. Ia mungkin disebabkan oleh kejayaan 4 peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Artikel berkaitan:

Pun begitu, jumlah kes positif COVID-19 ini dibimbangi akan meningkat kembali ekoran pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020.

Statistik terkini di Malaysia adalah seperti berikut:

Sebenarnya, sedikit sebanyak kesan dari perubahan PKP kepada PKPB ini sudah boleh kita lihat kini.

Di Sabah, kes positif virus korona baharu ini sudah melebihi angka 300. Apa yang lebih membimbangkan, beberapa orang dari jumlah itu merupakan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah (UMS)!

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi tentangnya.

3 orang pelajar UMS sudah positif COVID-19!

covid

Pada 14 Mei 2020, dua lagi kes baharu positif COVID-19 telah dikesan di Sabah melibatkan pelajar dari UMS, kata Pengarah Kesihatan negeri itu, Datuk Dr Christina Rundi.

Terdahulu, seorang pelajar UMS telah disahkan positif pada tarikh 13 Mei 2020. Ini menjadikan jumlah pelajar UMS yang positif virus korona baharu ini adalah seramai 3 orang.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga kes yang baharu dikesan ini telah menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Sabah meningkat kepada 330 kes setakat ini.

Baca juga:

  • 6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

  • 2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak

Kes itu dikesan melalui saringan dan sampel yang diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Pergerakan Pelajar untuk Negeri Sabah yang dikendalikan oleh UMS.

“Mereka bertiga adalah antara ribuan penuntut institusi pengajian tinggi yang dibenarkan kembali ke kampung. Ini adalah inisiatif yang melibatkan pergerakan besar-besaran pelajar dari zon merah ke zon hijau dan kuning”, jelas Dr Christina.

Walau bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di negeri itu tidak panik kerana 3 orang pelajar yang positif ini telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kuarantin.

Apa punca pelajar UMS ini terjangkiti COVID-19?

virus corona di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan virus korona baharu membabitkan pelajar UMS.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan pihak KKM telah menjalankan saringan ke atas semua pelajar dan kakitangan universiti berkenaan.

“Walaupun pelajar dikuarantin selama 4 minggu, tetapi ada pendedahan dengan pekerja di universiti. Pekerja terbabit keluar masuk universiti dan besar kemungkinan ada pendedahan (COVID-19)”, jelas beliau lagi.

Dalam erti kata lain, virus ini mungkin telah disebarkan oleh pekerja kepada pelajar di universiti berkenaan.

Disebabkan peningkatan kes secara mendadak di Sabah ketika ini,pihak kerajaan negeri tersebut mengetatkan perjalanan keluar masuk dengan mewajibkan kuarantin di tempat yang telah diwartakan.

Sila jaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Akhir kata, COVID-19 ini berada di mana-mana sahaja. Ia boleh menjangkiti diri tanpa kita sedar, seperti yang berlaku pada kes pelajar UMS ini. Jadi, berwaspadalah.

Sila jaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Norma baharu seperti penggunaan topeng muka, pengamalan jarak sosial serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun wajib diberi perhatian.

Paling penting, jangan jadikan PKPB ini sebagai satu tempoh untuk kalian ke sana ke sini keluar rumah. Kita belum menang, teruskan kekal berada dalam rumah! #stayathome

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-sabah-catat-dua-lagi-kes-baharu-babit-pelajar-ums-242907
  2. https://www.sinarharian.com.my/article/83348/KHAS/Koronavirus/Pelajar-UMS-positif-Covid-19
  3. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/578038/siasat-punca-dua-penuntut-positif-di-sabah
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 10/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x