
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyuarakan kebimbangannya berkenaan dengan mereka yang pulang dari luar negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
Ramai pekerja Malaysia dan pelajar yang masih menetap di luar negara seperti Singapura bertekad untuk pulang ke tanah air.
Ini berikutan mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan tetap sepanjang tempat kerja mereka ditutup.
Di Malaysia, angka kes positif virus korona baharu kini berada pada:
293,698
9,196
1,100
Kos hidup yang tinggi dicampur pula dengan tempoh panjang tinggal berjauhan dengan keluarga membuatkan beberapa pekerja membuat keputusan untuk berjalan kaki merentas tambak Johor.
Pekerja sektor selain perkhidmatan penting perlu mengambil cuti sekurang-kurangnya sebulan tanpa bayaran gaji.
Perlu ke kuarantinkan pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura?
Melalui persetujuan KKM dengan Kementerian Kesihatan Singapura, pekerja Malaysia yang ingin pulang ke tanah air perlu menjalani ujian di Singapura.
Ini bermakna, sekiranya mereka mendapat keputusan negatif, kerajaan Malaysia akan menerima keputusan tersebut dan mengecualikan mereka daripada perintah kuarantin 14 hari.
Namun, adakah wajar keputusan dibuat sedemikian? Bagaimana pula dengan tempoh pengeraman virus korona baharu?
Bagaimana jika pekerja tersebut baru sahaja dijangkiti dan ujian COVID-19 tidak dapat mengesan virus tersebut di dalam darah?
Artikel berkaitan:
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
- Individu Dengan Virus Corona Boleh Sebarkannya Walaupun Masih Tiada Simptom!
Sudah semestinya kerajaan membuat keputusan ini melihat kepada faktor-faktor kritikal bagi menghalang penularan virus.
Namun, pemeriksaan dokumen berkaitan di kastam Singapura perlu dilakukan dengan lebih ketat.
Mungkin sebahagian besar pekerja Malaysia yang melalui kastam telah disahkan negatif namun, jika terdapat individu yang tidak membuat pemeriksaan, ia boleh mendatangkan padah.
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara termasuk Singapura semenjak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan adalah pada kadar 4,000 individu sehari.
Jika mereka tidak disaring dengan sebaiknya, kita bakal menyaksikan peningkatan pesat pada jumlah kes positif.
Pekerja Malaysia jalan kaki 1.5 km untuk pulang ke kampung halaman
Ia bukanlah satu perkara yang sukar. Berikutan perintah kawalan pergerakan, tiada perkhidmatan kenderaan awam yang dibenarkan beroperasi.
Pekerja yang mempunyai kereta juga tidak boleh ditemani oleh penumpang melainkan ketika kecemasan.
Individu yang ingin pulang ke tanah air perlu mendapatkan persetujuan daripada majikan dan dokumen kesihatan yang diluluskan.
Mereka yang didapati positif tidak akan dibenarkan pulang dan perlu diisolasikan.
Artikel berkaitan:
Amalan Jarak Sosial, Kuarantin & Isolasi BERBEZA Ikut Individu – Anda Yang Mana?
Kelulusan kesihatan merupakan salah satu kriteria utama yang telah dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura.
Jika tiada dokumen tersebut, pergerakan merentasi sempadan adalah mustahil.
Ramai pekerja yang merancang untuk pulang akan bergerak, berjalan kaki sejauh 1.5 km pada waktu petang dengan membawa beg pakaian.
Ada juga beberapa individu yang masih menunggu kata putus daripada majikan masing-masing.
Jika syarikat mereka disahkan tutup, mereka boleh mula mengambil langkah yang patut untuk pulang ke Malaysia.
Kerajaan tidak halang niat pekerja Malaysia untuk pulang
Kerajaan Malaysia tidak akan sama sekali menghalang niat rakyat Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air.
Namun, terdapat beberapa protokol yang perlu dipatuhi bagi membendung penularan wabak virus korona.
Jika anda merupakan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura dan ingin pulang ke Malaysia, pastikan anda menuruti setiap langkah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan Singapura.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Positif COVID-19, Apa Jadi Bila Virus Masuk Dalam Badan?
- Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda
- Kes COVID-19 Di Malaysia Bakal Memuncak Pada Pertengahan April 2020 -WHO
- Ibu Hamil Positif COVID-19 Berdepan RISIKO Besar? Jaga Diri, Mama!
- Selepas PKP Berakhir, Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa? – Baca Ini Dulu!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.