
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menegaskan bahawa, kesemua rakyat Malaysia yang hadir ke himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia akan dikuarantin secara wajib apabila mereka pulang ke Malaysia kelak.
Artikel berkaitan:
- PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April, Ini Sebab Mengapa PM Panjangkan Masa Kuarantin!
- Amalan Jarak Sosial, Kuarantin Dan Isolasi: Apa Bezanya?
Kesemua peserta dari Malaysia yang hadir ke Ijtima Dunia 2020 itu akan disaring di pintu masuk negara sebelum dikuarantinkan di satu lokasi khas. Ini adalah sebagai satu langkah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 daripada terus menyerang rakyat di negara ini.
Selain itu, anda juga perlu tahu bagaimana virus ini boleh menyebar melalui video di bawah ini.
Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?
Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus
Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, kerajaan Malaysia mendapati seramai 89 orang rakyat Malaysia telah pergi ke Ijtima Dunia 2020 di Sulawesi itu.
Artikel berkaitan:
COVID-19: Usah Biar Kes Tabligh Berulang, Penumpang ETS 9173 Sila Hadir Ke Hospital!
Mereka ini didapati telah tiba di sana lebih awal sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac yang lalu.
Sementara itu, berikut adalah statistik semasa kes jangkitan COVID-19 di Malaysia ketika ini:
293,698
9,196
1,100
Ijtima Dunia 2020 Sulawesi dibatalkan
Menurut media tempatan Indonesia, himpunan tabligh Sulawesi itu telah dibatalkan serta-merta bagi mengekang penyebaran wabak itu ke seluruh Indonesia.
Dikhabarkan, seramai lebih daripada 8,000 peserta menghadiri himpunan tabligh Sulawesi itu yang turut melibatkan 411 orang peserta dari negara luar seperti Malaysia, Singapura dan Arab Saudi.
Artikel berkaitan:
- Perhimpunan Tabligh Di Masjid Sri Petaling; Hotspot COVID19 Sampai Tersebar Ke Negara Lain!
- 62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?
Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah berkata, bagi peserta-peserta yang hadir dari wilayah lain di Indonesia, mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Kemudiannya, mereka akan dikawal oleh pihak polis untuk ke pelabuhan atau lapangan terbang bagi meninggalkan himpunan tabligh Sulawesi dan wilayah itu.
Ijtima Dunia 2020 tersebut dianjurkan oleh Jamaat Tabligh, yang merupakan salah satu daripada pergerakan tabligh Muslim.
Diminta untuk hubungi pihak berwajib
Bagi rakyat Malaysia yang sedang berada di Sulawesi, atau anggota keluarga mereka yang berada di Malaysia, anda diminta untuk menghubungi pihak kedutaan Malaysia di talian:
- Telefon: +6281380813036, atau
- Email: [email protected], [email protected]
Indonesia catat kematian tertinggi di Asia Tenggara
Indonesia sehingga kini telah mencatatkan rekod kematian akibat jangkitan COVID-19 paling tinggi di Asia Tenggara.
Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Indonesia berusaha sedaya upaya untuk menghalang sebarang perkumpulan atau himpunan manusia yang boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 merebak dengan lebih cepat. Ini sebabnya mengapa kebanyakan negara menguatkuasakan lockdown atau menyeru rakyatkan untuk menjaga jarak sosial (social distancing) antara satu sama lain. Berikut adalah perbezaan antara social distancing dan juga lockdown.
Sebelum ini, perhimpunan tabligh yang lebih kurang sama telah dianjurkan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.
Ia kemudiannya telah menjadi satu titik penyebaran COVID-19 secara mendadak dan menyebabkan kes jangkitan meningkat secara drastik di Malaysia.
Kes jangkitan juga telah meningkat naik di Brunei setelah seorang rakyatnya yang menyertai himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling disahkan positif COVID-19.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia
Virus Korona Tidak Mengenal Sesiapa, Ini 5 Orang Ternama Yang Dijangkiti COVID-19
Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.