backup og meta

Ini Sebab Penting Kenapa Jemaah Umrah Disarankan Ambil Vaksin Pneumokokal!

Banyak penyakit boleh dicegah menerusi pengambilan vaksin. Salah satu vaksin yang boleh diambil adalah vaksin pneumococcal. Apa fungsi vaksin pneumokokal ini dan mengapa ia perlu diambil? 

Ini Sebab Penting Kenapa Jemaah Umrah Disarankan Ambil Vaksin Pneumokokal!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Tujuan vaksin pneumococcal

vaksin pneumococcal
Vaksin melindungi tubuh daripada penyakit.

Vaksinasi merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi diri daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut.

Salah satu vaksin yang sering diabaikan ialah vaksin pneumococcal.

Di Malaysia, kebanyakan orang lebih memfokuskan kepada vaksin seperti influenza dan COVID-19, tetapi vaksin pneumokokus juga tidak kurang pentingnya.

Vaksin pneumokokus direka untuk melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae atau dikenali sebagai pneumokokus.

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan serius seperti pneumonia (radang paru-paru), meningitis (radang selaput otak), dan bakteremia (jangkitan darah).

Vaksin ini berfungsi dengan merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi yang mampu melawan bakteria tersebut jika ia memasuki tubuh.

Vaksin pneumokokus biasanya disarankan untuk kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Namun begitu, orang dewasa yang sihat juga boleh mendapat manfaat daripada vaksin ini kerana ia mampu mengurangkan risiko penyakit serius yang boleh mengganggu kualiti hidup kita, lebih-lebih lagi ketika melakukan aktiviti fizikal atau perjalanan yang panjang.

Risiko jika terdedah kepada pneumokokus tanpa vaksin

Bagi individu yang tidak mendapat vaksin pneumococcal, risiko untuk mengalami jangkitan serius adalah lebih tinggi.

Sekiranya terdedah kepada bakteria pneumokokus, seseorang mungkin mengalami pelbagai gejala yang boleh menjadi lebih buruk tanpa rawatan segera.

Pneumonia boleh menyebabkan beberapa gejala seperti:

Jangkitan bakteria ini juga boleh merebak ke organ lain seperti otak dan darah, yang akhirnya boleh membawa maut.

Selain itu, jangkitan pneumokokus sering kali lebih teruk dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti kencing manis, penyakit jantung, dan paru-paru kronik.

Individu yang tidak divaksinasi dan terdedah kepada pneumokokus juga mungkin perlu melalui tempoh rawatan yang lebih lama dan lebih intensif, termasuk kemungkinan dimasukkan ke hospital.

Kenapa perlu mengambil vaksin pneumococcal sebelum umrah?

Bagi mereka yang merancang untuk menunaikan umrah, mengambil vaksin pneumokokal  adalah satu langkah yang bijak.

Umrah melibatkan perjalanan jauh dan perhimpunan ramai, yang menjadikan jemaah lebih terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan, termasuk jangkitan pneumokokus.

Di kawasan yang padat dengan jemaah, risiko untuk terdedah kepada bakteria pneumokokus adalah lebih tinggi.

Tambahan pula, perjalanan jauh boleh melemahkan sistem imun tubuh, menjadikan kita lebih rentan terhadap penyakit.

vaksin pneumococcal
Contoh penyakit yang boleh dielakkan dengan vaksin.

Selain daripada vaksin pneumokokal, jemaah juga disarankan untuk mengambil vaksin meningokokus dan influenza.

Ini kerana gabungan vaksinasi ini mampu memberikan perlindungan menyeluruh daripada pelbagai jangkitan yang sering berlaku dalam kalangan jemaah umrah.

Oleh itu, pengambilan vaksin pneumokokal sebelum berangkat ke tanah suci bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri, tetapi juga orang lain di sekeliling kita.

Kesimpulan

Vaksin pneumokokus adalah satu perlindungan penting yang sering dilupakan oleh ramai orang dewasa, terutama bagi mereka yang merancang untuk menunaikan umrah.

Dengan risiko jangkitan pneumokokus yang tinggi di tempat yang sesak dan perjalanan jauh, vaksin umrah ini mampu membantu mencegah penyakit serius yang boleh mengganggu ibadah dan kesihatan anda secara keseluruhan.

Oleh itu, jangan abaikan keperluan untuk mendapatkan vaksin pneumokokus.

Peringatan!

Pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai vaksin ini sebelum berangkat ke tanah suci untuk melindungi diri daripada jangkitan pneumokokus yang berbahaya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Your Child’s Vaccines: Pneumococcal Vaccines (PCV, PPSV). https://kidshealth.org/en/parents/pneumococcal-vaccine.html#:~:text=They%20can%20lead%20to%20serious,infections%20in%20kids%20and%20adults. Diakses pada Ogos 21, 2024. 

Top 5 Reasons for Adults to Get Vaccinated for Pneumococcal Disease. https://www.nfid.org/resource/top-5-reasons-for-adults-to-get-vaccinated-for-pneumococcal-disease/. Diakses pada Ogos 21, 2024.

Pneumococcal Vaccination. https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/pneumo/index.html. Diakses pada Ogos 21, 2024.

Pneumococcal Vaccine. http://www.myhealth.gov.my/en/pneumococcal-vaccine/. Diakses pada Ogos 21, 2024.

Pneumococcal Vaccine: Why It’s Important. https://www.saintlukeskc.org/health-library/pneumococcal-vaccine-why-its-important. Diakses pada Ogos 21, 2024.

Versi Terbaru

21/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sakit Pada Tapak Kaki, Usah Pandang Remeh! Apa 7 Masalah Kaki Yang Sering Berlaku?

Badan Rasa Sejuk Tapi Berpeluh? Ini 13 Punca, Salah Satunya Sebab Masalah Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan