Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
3 Maut Atas Kapal Persiaran Angkara Najis Tikus! Ini Fakta Wabak Hantavirus Ramai Belum Tahu!
Hantavirus ialah jangkitan virus yang boleh merebak melalui pendedahan kepada najis, air kencing atau air liur tikus dan ia boleh menyebabkan masalah paru-paru yang serius. Memahami jangkitan ini sangat penting kerana simptom awalnya mudah disalah anggap sebagai selesema biasa.
Jadi, apakah situasi terkini global berkenaan jangkitan ini dan bagaimana risiko jangkitan ini berlaku?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Wabak hantavirus atas kapal persiaran!
Satu kejadian membimbangkan dilaporkan apabila tiga individu telah meninggal dunia selepas disyaki dijangkiti hantavirus dalam satu pelayaran kapal persiaran di Lautan Atlantik.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini satu kes jangkitan telah disahkan, manakala lima lagi kes masih dalam siasatan lanjut.
Kejadian ini berlaku di atas kapal MV Hondius yang dalam perjalanan dari Argentina ke Cape Verde.
WHO memaklumkan bahawa siasatan terperinci termasuk ujian makmal sedang dijalankan bagi mengesahkan punca jangkitan.
Kes ini menunjukkan bahawa walaupun jangkitan ini jarang berlaku, ia masih boleh mencetuskan kebimbangan kesihatan awam terutama dalam persekitaran tertutup seperti kapal persiaran.
Apa itu hantavirus?
Apa itu hantavirus? Ia adalah virus daripada keluarga Hantaviridae yang disebarkan terutamanya oleh tikus liar.
Maksud hantavirus merujuk kepada jangkitan zoonotik, iaitu penyakit yang berpunca daripada haiwan kepada manusia.
Ciri utama jangkitan ini:
Berpunca daripada tikus seperti tikus rumah atau tikus ladang
Merebak melalui udara apabila habuk tercemar dihidu
Tidak merebak mudah antara manusia dalam kebanyakan kes
Memahami apa itu hantavirus membantu orang ramai mengenal pasti risiko sebenar dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai.
Simptom hantavirus
Simptom hantavirus biasanya muncul dalam dua fasa dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak dirawat.
Menyentuh permukaan tercemar dan kemudian menyentuh muka
Gigitan tikus (jarang berlaku)
Cara pencegahan:
Pastikan rumah bebas tikus
Gunakan sarung tangan dan pelitup muka ketika membersihkan kawasan berisiko
Elakkan menyapu kawasan berhabuk tanpa perlindungan
Simpan makanan dalam bekas tertutup
Langkah ini sangat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan ini dalam kehidupan seharian.
Adakah ia boleh dirawat?
Hantavirus boleh menjadi berbahaya, terutama jika ia berkembang menjadi komplikasi paru-paru.
Namun, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi jika rawatan diberikan lebih awal.
Fakta penting:
Tiada rawatan antivirus khusus untuk jangkitan ini
Rawatan tertumpu kepada sokongan pernafasan di hospital
Diagnosis awal boleh meningkatkan kadar survival
Oleh itu, jika anda mengalami simptom seperti demam dan sesak nafas selepas terdedah kepada persekitaran berisiko, segera dapatkan rawatan.
Kesimpulan
Jangkitan ini mungkin bukan penyakit yang biasa didengar di Malaysia, tetapi ia tetap satu jangkitan yang perlu difahami.
Risiko utamanya datang daripada pendedahan kepada tikus dan persekitaran tercemar, bukan penularan manusia ke manusia.
Kesedaran, kebersihan dan tindakan awal adalah kunci utama untuk melindungi diri daripada jangkitan virus tikus ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Tiga maut, kapal persiaran dikuarantin susulan wabak hantavirus. https://berita.rtm.gov.my/global/senarai-berita-global/senarai-artikel/tiga-maut-kapal-persiaran-dikuarantin-susulan-wabak-hantavirus/. Diakses Mei 5, 2026.
About Hantavirus. https://www.cdc.gov/hantavirus/about/index.html. Diakses Mei 5, 2026.
A Doctor Explains All About Hantavirus. https://www.lung.org/blog/hantavirus-questions-answered. Diakses Mei 5, 2026.
Hantavirus Pulmonary Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17897-hantavirus-pulmonary-syndrome. Diakses Mei 5, 2026.
WHO / Hantavirus Cases. https://media.un.org/unifeed/en/asset/d356/d3565401. Diakses Mei 5, 2026.
Versi Terbaru
05/05/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor