Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Virus Nipah Dulu Pernah 'Gemparkan’ Malaysia, Baca Kisah Di Sebalik Virus MAUT Ini
Virus nipah di Malaysia ialah penyakit zoonotik berbahaya yang pertama kali dikesan pada akhir 1990-an dan dikaitkan dengan jangkitan otak serta kadar kematian yang tinggi. Virus ini merebak daripada haiwan ke manusia dan sehingga kini masih tiada vaksin khusus untuk mencegah jangkitan tersebut. Oleh itu, pemahaman awal amat penting. Ikuti maklumat lanjut di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klikdi sini.
Virus Nipah dari mana asalnya?
Persoalan virus Nipah dari mana mungkin timbul bagi generasi baharu yang baru mendengar mengenainya.
Secara sejarah:
Virus Nipah pertama kali dikenal pasti pada tahun 1998
Nama virus ini diambil sempena kawasan kejadian awal, iaitu si Kampung Sungai Nipah, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Penularan awal melibatkan hubungan antara haiwan ternakan iaitu babi dan manusia
Kes awal virus nipah di Malaysia kemudiannya membuka mata dunia tentang ancaman penyakit zoonotik yang berpunca daripada interaksi manusia, haiwan dan persekitaran.
Sejarah wabak Sungai Nipah Malaysia
Kelawar buah, pembawa utama virus Nipah kepada hos.
Wabak virus Nipah pertama di dunia direkodkan pada tahun 1998 hingga 1999 di Kampung Sungai Nipah Malaysia, sebuah kawasan di Negeri Sembilan yang mempunyai aktiviti penternakan babi berskala besar.
Pada peringkat awal, wabak ini disangka sebagai ensefalitis Jepun (JE) kerana simptomnya yang hampir serupa.
Namun, siasatan lanjut mendapati:
Jangkitan melibatkan babi sebagai haiwan perantaraan
Virus berpunca daripada kelawar buah yang menjangkiti babi melalui persekitaran ladang
Virus kemudian merebak kepada manusia melalui hubungan rapat dengan babi dijangkiti
Akibat wabak ini, lebih 100 kematian manusia dilaporkan, manakala lebih satu juta ekor babi terpaksa dimusnahkan bagi menghentikan penularan.
Kejadian ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada kesihatan awam, tetapi turut menjejaskan ekonomi dan industri penternakan negara.
Wabak inilah yang menjadikan virus nipah di Malaysia sebagai rujukan penting dalam kajian penyakit zoonotik di peringkat global.
Virus Nipah punca penularan kepada manusia
Memahami virus Nipah punca jangkitan membantu langkah pencegahan yang lebih berkesan.
Inilah sebabnya virus nipahdianggap antara wabak paling signifikan dalam sejarah kesihatan awam negara.
Virus Nipah di Malaysia: Mengapa tiada vaksin khusus?
Sehingga kini, tiada vaksin khusus atau rawatan antivirus yang diluluskan untuk virus Nipah.
Ini kerana:
Virus ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya
Pembangunan vaksin memerlukan kajian jangka panjang
Rawatan sedia ada hanya bersifat sokongan
Oleh itu, pencegahan awal dan kawalan persekitaran kekal sebagai strategi utama.
Meskipun jangkitan virus Nipah tiada vaksin sebagai rawatan, anda juga perlu tahu panduan vaksinasi penting lain mengikut kategori.
Kesimpulan
Wabak Nipah membuktikan bahawa penyakit berjangkit boleh muncul tanpa amaran dan memberi kesan besar kepada manusia serta ekonomi.
Menerusi pemahaman sejarah, punca, simptom dan keterbatasan rawatan, masyarakat dapat lebih bersedia menghadapi ancaman kesihatan yang jarang berlaku tetapi berisiko tinggi ini.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
FAQ Nipah Virus (NiV) Infection. https://infosihat.moh.gov.my/images/media_sihat/garis_panduan/pdf/FAQ%20NIPAH%202023_English.pdf. Diakses Januari 28, 2026.
About Nipah Virus. https://www.cdc.gov/nipah-virus/about/index.html. Diakses Januari 28, 2026.
Nipah Virus Infection. https://www.chp.gov.hk/en/healthtopics/content/24/100584.html. Diakses Januari 28, 2026.
Nipah virus infection. https://www.cda.gov.sg/professionals/diseases/nipah-virus-infection/. Diakses Januari 28, 2026.
Nipah virus: epidemiology, outbreaks and guidance. https://www.gov.uk/guidance/nipah-virus-epidemiology-outbreaks-and-guidance. Diakses Januari 28, 2026.
Versi Terbaru
28/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor