backup og meta

6 Tanda Umum Keracunan Makanan & 10 Jenis Jangkitan Kuman Yang Boleh Berlaku!

Selain rasa sakit perut mencucuk yang melampau, adakah ada lain lagi tanda keracunan makanan basi, busuk, rosak atau tercemar? Ya, mungkin ada! Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

6 Tanda Umum Keracunan Makanan & 10 Jenis Jangkitan Kuman Yang Boleh Berlaku!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan keracunan makanan?

Untuk pengetahuan anda semua, keracunan makanan itu merupakan keadaan kesihatan yang menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan organ perut sejurus selepas kalian makan serta minum.

Kondisi ini boleh berlaku kalau individu ada mengambil makanan dan minuman yang telah basi, busuk atau rosak. Ini kerana hidangan terbabit mungkin sudah tercemar dek organisma berjangkit.

Kebiasaannya, ia akan didalangi oleh parasit, bakteria, virus atau toksik yang memang wujud di sekeliling kita!

Semua orang mungkin pernah mengalami masalah ini terutama buat mereka yang mendiami tempat tinggal kotor atau mereka yang kurang mementingkan aspek kebersihan makanan dan minuman.

tanda keracunan makanan

Kesan daripada pencemaran dalam penyediaan makanan itu, anda bakal lebih tinggi risiko untuk menghadapi masalah sistem pencernaan dan penghadaman. Jadi, apa pula tanda keracunan makanan itu?

Ini tanda umum keracunan makanan kepada individu!

Sebenarnya, kebanyakan orang mungkin tidak tahu atau perasan jika mereka diserang oleh keracunan ini sehingga datangnya rasa sakit perut yang luar biasa bersama dengan beberapa gejala lain lagi.

Sekiranya anda ada termakan sesuatu yang telah tercemar, periksa jika wujud simptom-simptom di bawah:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Demam
  • Dehidrasi

Kuman & waktu simptom jangkitan itu mula muncul

Ada banyak jenis kuman yang boleh mendatangkan tanda keracunan makanan dan ia berbeza bergantung jangkitan masing-masing. Berikut antara contoh kuman dan waktu simptom mula muncul:

30 minit – 8 jam (Staphylococcus aureus)

Bakal menimbulkan simptom seperti mual, muntah, sakit perut dan cirit-birit yang dibawa oleh makanan termasuk daging, sandwic, puding atau pastri yang tidak atau kurang dimasak dengan sempurna.

tanda keracunan makanan

Bawah 24 jam (Vibrio)

Angkara makanan laut bercengkerang terutama tiram yang masih mentah, individu boleh mengalami cirit-birit, sakit perut, mual, muntah, demam dan badan berpeluh serta menggigil.

6 jam – 24 jam (Clostridium perfringens)

Daging, kuah, sup atau makanan yang dimasak secara pukal dan disimpan pada suhu tidak selamatt akan menyebabkan gejala seperti cirit-birit dan sakit perut yang berlangsung tidak lebih daripada 24 jam.

6 jam – 6 hari (Salmonella)

Didalangi daging, telur, susu tidak dipasteur, jus daripada buah dan sayur serta daging haiwan eksotik, ia mungkin mendatangkan gejala cirit-birit sakit perut, demam dan cirit-birit yang kadangkala berdarah.

12 jam – 48 jam (Norovirus)

Gejala keracunan itu termasuk cirit-birit, sakit perut, demam, sakit kepala dan sakit badan akibat sayur, buah, kerang-kerangan, air yang tercemar atau persekitaran ideal untuk habitat virus ini.

18 jam – 36 jam (Clostridium botulinum)

Makanan yang ditapaikan, ditinkan dan buatan sendiri seperti alkohol akan membawa kepada gejala seperti kesukaran menelan, kepayahan menutur, menggerakkan mata dan gangguan penglihatan.

2 hari – 5 hari (Campylobacter)

Tanda keracunan makanan akibat kuman ini adalah demam, sakit perut dan cirit birit yang berdarah. Lazimnya, ia disebabkan oleh air untuk masakan yang telah tercemar oleh haiwan peliharaan (kucing atau anjing).

tanda keracunan makanan

3 hari – 4 hari (Escherichia coli)

Akibat daging kurang masak, susu dan jus tidak dipasteur dan air yang tercemar, akan muncul gejala biasa termasuk sakit perut, dan cirit-birit serta ada risiko kondisi lebih berbahaya bernama sindrom uremik hemolitik.

1 minggu (Cyclospora)

Walaupun ramai yang suka makan, sayur-sayuran dan buah-buahan mentah boleh mengakibatkan gejala keracunan seperti cirit-birit, hilang selera makan, turun berat badan, kekembungan perut, kemasukan angin, keletihan badan dan mungkin sawan kalau lambat dirawat.

2 minggu (Listeria)

Makanan diproses seperti keju, sosej, salami dan produk tenusu tidak dipasteur adalah dalang utama. Berbahaya buat ibu hamil, jangkitan mungkin boleh menyebabkan kalian keguguran, kelahiran pramatang, kematian janin serta banyak lagi simptom berisiko kepada kandungan.

Konklusinya, ada banyak jenis kuman yang boleh membawa kepada keracunan sekali gus memicu gejala-gejala ringan, sederhana atau kronik bergantung kepada tahap keterukan jangkitan tersebut.

Maka, jangan pandang sebelah mata ya! Jika kalian mula lihat tanda keracunan makanan pada tubuh badan, dapatkan bantuan, rawatan serta ubatan yang patut daripada doktor dengan kadar segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Food Poisoning, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/food-poisoning, Accessed Sep 14 2023.
  2. Food Poisoning & Contamination, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/Food-Poisoning-and-Food-Contamination.aspx, Accessed Sep 14 2023.
  3. Food Poisoning (Foodborne Illness), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21167-food-poisoning, Accessed Sep 14 2023.
  4. Food Poisoning: Symptoms and Treatment, https://familydoctor.org/condition/food-poisoning/, Accessed Sep 14 2023.
  5. Food Poisoning Symptoms, https://www.cdc.gov/foodsafety/symptoms.html, Accessed Sep 14 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Elak Penyakit Berjangkit, Ini Cara Untuk Kekal Selamat Semasa Dikelilingi Haiwan

Tumbuh Bintik Merah Di Badan, Sebab Cacar Air Atau Campak? Ini Bezanya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan