Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
RSV Tidak Hanya Menjangkiti Bayi, Malah Orang Dewasa Juga Berisiko!
Melihat tajuk artikel ini pasti membuatkan anda terfikir, virus rsv itu apa? Gejala ini sering berlaku seperti batuk, selesema dan bernafas laju, membuatkan ramai ibu bapa menyangka ia sekadar demam biasa. Namun tahukah anda, gejala tersebut mungkin berpunca daripada virus RSV?
Virus RSV boleh berjangkit dan sering menyerang bayi, kanak-kanak kecil serta warga emas. Jadi, virus RSV itu apa sebenarnya? Apa kesannya jika dijangkiti penyakit ini ?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Virus RSV itu apa ?
Respiratory syncytial virus (RSV) ialah jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus yang menyebabkan anda alami batuk dan selsema. Jangkitan RSV biasanya boleh pulih dengan sendiri, tetapi boleh menjadi serius untuk bayi dan orang dewasa yang lebih tua.
RSV boleh disebarkan daripada satu individu kepada individu yang lain atau sentuhan pada cecair selepas batuk atau bersin.
Bayi dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah juga boleh menyebarkan jangkitan walaupun selepas gejala RSV telah hilang.
Bolehkah virus RSV menyerang orang dewasa?
Jawapannya ya! Virus ini boleh menyerang orang dewasa lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam golongan di bawah.
Kini, anda telah tahu virus RSV itu apa. Terbit pula persoalan, adakah RSV bahaya pada tubuh? RSV boleh menjadi bahaya buat sesetengah individu. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan anda mengalami gejala seperti berikut:
Jika anda tidak tergolongan dalam golongan berisiko tinggi, anda akan sembuh dari virus RSV dalam tempoh satu ke dua minggu.
Bagi orang dewasa yang lebih tua, anda akan mengambil masa yang lebih lama kerana sistem imun mengalami kesukaran untuk melawan virus dengan baik di usia senja. Batuk yang dialami boleh berlarutan berminggu-minggu.
Untuk memastikan anda sembuh, anda akan diberikan ubat-ubatan tanpa preskripsi seperti ibuprofen atau acetaminophen. Tidak dilupakan, penting untuk anda minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi.
Virus RSV mudah untuk disalah anggap sebagai demam, COVID atau selesema. RSV cenderung menyebabkan lebih kesesakan dada dan keletihan berbanding selesema biasa, tetapi ia biasanya tidak melanda secara tiba-tiba.
Jika simptom anda berlarutan atau bertambah buruk dan bukannya bertambah baik, itu menandakan anda mengalami sesuatu yang lebih daripada selesema.
5 Langkah mudah lindungi diri dari virus RSV
1. Amalkan kebersihan yang baik seperti menutup mulut ketika batuk dan bersin, kerap mencuci tangan anda dan membersihkan permukaan yang kerap disentuh.
5. Ambil vaksin RSV terutama golongan yang berisiko tinggi.
Kesimpulan
Barangkali ada yang beranggapan virus RSV seperti selesema biasa, tetapi ia boleh menjadi serius terutama kepada bayi dan warga emas. Dengan memahami virus RSV itu apa, bagaimana ia merebak dapat membantu anda bertindak lebih cepat.
Diharapkan perkongsian ini dapat menyedarkan anda untuk tidak mengambil ringan batuk dan selesema yang berlaku. Oleh itu, jangan lupa untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan. Hal ini kerana, ia boleh menjadi lebih teruk dari kita sangkakan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
RSV in Adults. https://www.cdc.gov/rsv/adults/index.html . Accessed on March 3, 2026.
RSV (Respiratory Syncytial Virus). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/rsv-respiratory-syncytial-virus . Accessed on March 3, 2026.
Respiratory syncytial virus (RSV).
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/respiratory-syncytial-virus/symptoms-causes/syc-20353098 . Accessed on March 3, 2026.
How Long Does RSV Last?.
https://www.ncoa.org/article/how-long-does-rsv-last/ . Accessed on March 3, 2026.
How RSV Spreads. https://www.cdc.gov/rsv/causes/index.html . Accessed on March 3, 2026.
Versi Terbaru
16/04/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid