Musim Flu Tiba Awal Di Negara-Negara Barat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Di Amerika Syarikat, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) telah melaporkan sebanyak 1,300 kematian disyaki akibat influenza. Di England dan Wales pula, 10,958 kematian telah dicatat menjelang minggu terakhir bulan November. Angka-angka tersebut cukup merisaukan kerana ia menandakan musim flu telah tiba lebih awal daripada sepatutnya. 

Apa itu flu?

Influenza atau lebih dikenali sebagai flu, merujuk kepada penyakit respiratori mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Jangkitan boleh merebak apabila seseorang itu terdedah kepada titisan cecair yang tersebar semasa batuk, bersin atau melalui sentuhan dengan tangan/ permukaan yang tercemar. Jangkitan melalui titisan cecair dalam udara ini lebih mudah berlaku dalam keadaan ruang tertutup atau ruang yang sesak. Virus-virus yang menjadi penyebab kepada epidemik influenza adalah seperti berikut:

  • Influenza A (boleh dibahagikan kepada dua subjenis iaitu H1N1 dan H3N2)
  • Influenza B
  • Influenza C

Influenza A mampu untuk menyebabkan epidemik manakala virus influenza B pula berupaya untuk menyebabkan wabak yang tular dalam satu rantau (beberapa buah negara). Influenza C pula adalah jenis yang paling kurang menjejaskan kesihatan manusia. 

Apakah simptom flu?

Penting untuk diingatkan bahawa flu dan selesema adalah dua perkara berbeza. Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan selesema tetapi hanya beberapa virus sahaja yang bertanggungjawab untuk menyebabkan flu. Tambahan lagi, influenza bukanlah sejenis jangkitan yang boleh hilang dengan masa atau dengan sekadar mendapatkan rehat yang mencukupi. Untuk membantu anda mengenal pasti jangkitan influenza, berikut adalah antara simptomnya:

  • Demam secara tiba-tiba
  • Menggigil
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hidung berair dan/ atau tersumbat
  • Kerap bersin
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Rasa letih dan lesu
  • Sakit kepala
  • Muntah dan cirit-birit (lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak)

Bukan semua orang akan mengalami demam atau kesemua simptom-simptom di atas. Penyakit ini mampu mengakibatkan keterukan pada pelbagai tahap (dari sederhana sehinggalah teruk) di samping berupaya untuk menyebabkan kematian. 

Musim sejuk itu musim flu?

Secara amnya, wabak influenza boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Namun yang demikian, kawasan yang paling teruk terjejas dengan penularan jangkitan ini adalah negara-negara yang berada dalam zon iklim sederhana (temperate climate). Di kawasan tersebut, epidemik influenza lazimnya berlaku ketika musim sejuk, iaitu sekitar bulan November hingga Mac untuk hemisfera Utara dan dari April hingga September di hemisfera Selatan. Antara sebab utama mengapa musim flu lazimnya berlaku ketika musim sejuk adalah seperti berikut:

  1. Majoriti individu akan menghabiskan masa yang sangat banyak di dalam rumah bersama dengan individu lain ketika musim sejuk. Ini meningkatkan kemungkinan sentuhan dan penularan jangkitan untuk berlaku.
  2. Virus tersebut hidup lebih lama dalam kawasan tertutup (indoor) kerana udara yang kurang lembap berbanding udara di luar.
  3. Ketika berada di udara musim sejuk, lebih mudah untuk ia disedut masuk (ketika bernafas) atau terkena mata, hidung dan mulut manusia. 

Kerisauan musim flu yang terlalu awal

Sehingga kini, CDC melaporkan bahawa terdapat 2.6 juta individu di Amerika telahpun jatuh sakit akibat jangkitan influenza. Daripada jumlah tersebut 23,000 telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut pakar kesihatan CDC, ketibaan musim flu yang lebih awal ini bermakna terdapat kemungkinan bahawa ia akan berlarutan lebih panjang. Tambahan lagi, strain virus influenza B yang jarang menyebabkan berlaku (B/Victoria), didapati muncul lebih banyak dan lebih kerap berbanding sepatutnya. Menurut Dr William Schaffner, pengarah Yayasan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, hakikat kemunculan strain virus ini yang lebih banyak ini merupakan sesuatu yang aneh dan merisaukan. 

“Kemunculan virus tersebut pastinya sesuatu yang buruk untuk populasi kanak-kanak dalam negara ini kerana mereka lebih cenderung untuk dijangkitinya,” kata Dr Schaffner. Sehingga kini, 10 kanak-kanak telah dilaporkan meninggal dunia dan angka ini dijangkakan akan terus meningkat. 

Situasi di negara England dan Wales juga sangat teruk apabila Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan jumlah kematian setiap minggu dalam musim sejuk kali ini adalah lebih tinggi berbanding purata yang dicatatkan untuk tahun-tahun yang lampau. 

Lebih teruk lagi, jumlah kematian sedia ada yang dicatatkan setakat bulan November sahaja telahpun mengatasi purata kematian dalam satu musim flu yang lampau. Sedikit berbeza dengan negara Amerika Syarikat, hampir 70% daripada kematian yang dicatatkan terdiri daripada golongan warga emas berusia 75 tahun dan ke atas.

Bagai jatuh ditimpa tangga, wabak norovirus juga sedang menular di rantau tersebut. Ini meletakkan beban yang cukup berat terhadap Servis Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang kini dilanda kekurangan kakitangan.

Keperluan suntikan flu

suntikan flu

Virus-virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen mereka. Oleh itu, kebanyakan ubat antivirus yang lama seperti amantadine, tidak lagi berkesan dalam melawan penyakit ini. Untuk itu, vaksinasi adalah langkah perlindungan yang sangat penting dalam mengharungi musim flu.

Kumpulan populasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza adalah:

  • Kanak-kanak bawah usia 5 tahun (khususnya bawah usia 2 tahun)
  • Wanita mengandung
  • Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas
  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik
  • Individu yang menghidap penyakit respiratori

Anda juga sangat disarankan untuk mendapatkan suntikan flu jika merancang untuk melancong ke negara-negara beriklim sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat juga kumpulan populasi yang tidak boleh mendapatkan suntikan flu. Mereka adalah:

  • Bayi yang berusia bawah 6 bulan
  • Individu yang mempunyai tindak balas alahan yang teruk terhadap suntikan flu dan bahan yang terkandung di dalamnya

Selain kumpulan di atas, terdapat juga kumpulan khas yang perlu mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk menerima suntikan. Mereka adalah:

  • Individu yang alah kepada telur
  • Mereka yang pernah menghidap sindrom Guillain-Barré 

Cegah sebelum parah

Dalam menangani masalah penularan wabak influenza khususnya dalam musim flu yang luar biasa ini, langkah pencegahan yang mampan adalah amat penting. Memilih untuk mengambil suntikan flu bukan sahaja melindungi diri sendiri, ia juga merupakan ihsan kepada golongan masyarakat tertentu yang tidak boleh menerima suntikan. Dapatkan maklumat lanjut daripada doktor anda jika terdapat sebarang persoalan berkaitan risiko jangkitan dan pilihan suntikan flu yang sesuai dengan anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Keputusan tamatkan perintah berkurung, bawa padah apabila Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan angka kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 04/05/2020 . 2 minit bacaan

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Anda mungkin kadangkala terfikir mengenai kematian. Namun, adakah mengingati mati dengan kerap merupakan satu perkara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 07/04/2020 . 3 minit bacaan

    COVID-19 Makin Merebak, Ini 10 Persiapan Sebelum Raya Anda Kena Buat Dari Sekarang

    Adakah anda akan bercuti ke negara China kelak? Tapi bukankah sekarang sedang kecoh mengenai virus Wuhan, jadi apakah persediaan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 22/01/2020 . 3 minit bacaan

    Bateri Dalam Alat Elektronik Boleh Jadi Punca Kematian Kanak-kanak, NHS

    Tahukah anda bahawa bateri dalam alat elektronik sangat bahaya jika kanak-kanak tertelannya sehingga boleh membawa maut? Sila ikuti artikel.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 02/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin flu

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    pengetip kuku

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan