home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Tahukah anda pantang larang ibu mengandung? Ini kerana trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan ovum sehingga minggu ke-12 (3 bulan).

Pada ketika ini, perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat. Kebiasaannya, si ibu akan mengalami simptom awal kehamilan seperti muntah, kelesuan dan kenaikan berat badan.

Di sini kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan perkara yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama, pantang larang ibu mengandung bagi memastikan tahap perkembangan yang optimum buat anak anda. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut.

Pantang larang ibu mengandung #1 – Berhenti merokok

merokok jejaskan kesuburan

Salah satu pantang larang ibu mengandung yang paling wajib diikuti adalah berhenti merokok. Jika anda merupakan perokok tegar, dapatkan bantuan doktor untuk berhenti merokok.

Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus selain daripada meningkatkan risiko untuk si ibu mengalami kelahiran pramatang, mendapat bayi yang tidak cukup berat, keguguran dan mengandung di luar rahim.

Bayi kepada ibu yang merokok mempunyai risiko kematian akibat daripada sudden infant death syndrome (SIDS). Ini merupakan keadaan di mana bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun, mati atas sebab yang tidak diketahui.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda harus memberikan komitmen untuk berhenti merokok kerana kajian menunjukkan mereka yang merokok sering kali mempunyai masalah ketidaksuburan kesan daripada:

  • Kerosakan DNA pada sperma dan ovum
  • Penurunan kadar rembesan hormon berkaitan kesuburan
  • Mempengaruhi keadaan persekitaran rahim

Pantang larang ibu mengandung #2 – Elakkan minuman berkafein dan beralkohol

makanan berkafein

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pramatang dan keguguran. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), 3 daripada 4 wanita masih mengambil minuman beralkohol walaupun mereka merancang untuk mendapatkan anak.

Ia merupakan satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecacatan fetus memandangkan tempoh terawal untuk seorang wanita mengetahui status kehamilannya adalah 4 minggu.

Setakat ini, tiada nilai spesifik berkenaan dengan tahap alkohol di dalam badan yang selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Langkah terbaik adalah untuk berhenti serta-merta semasa anda merancang untuk mendapatkan anak.

Minuman berkafein boleh menyebabkan komplikasi kesihatan buat fetus dalam jangka masa panjang kesan daripada risiko bayi berat rendah.

Setakat ini, jumlah minuman berkafein yang dibolehkan untuk ibu mengandung adalah sekitar 200 mg sehari. Jika minum berlebihan, wanita tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat keguguran.

Kafein terdapat dalam pelbagai jenis makanan/minuman (bukan sahaja kopi) seperti teh, coklat, air tenaga dan air berkarbonat seperti cola. Gantikan minuman berkafein tersebut dengan air mineral, jus buah atau kopi tanpa kafein (decaf).

Pantang larang ibu mengandung #3 – Ambil suplemen pranatal dan minum air secukupnya

Pengambilan suplemen pranatal boleh dianggap sebagai satu langkah yang cukup penting bagi menghindari kecacatan fetus.

Pada trimester pertama, nutrisi ibu akan digunakan bagi membantu tumbesaran fetus dan jika ia tidak mencukupi, pertumbuhan organ penting di dalam badan bayi akan terencat. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang mempengaruhi potensi bayi untuk hidup.

Oleh itu, ibu perlu mengambil suplemen vitamin dan asid folik yang dapat menjamin tahap kesihatan yang baik buat ibu dan fetus.

Perubahan pada fisiologi badan semasa mengandung membuatkan pengambilan air yang cukup penting buat ibu dan fetus. Jumlah air di dalam badan ibu akan meningkat untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrisi kepada fetus. Anda boleh ambil air mineral, jus buah atau smoothies untuk kekal segar sepanjang hari.

Konklusi

Jangan panik jika anda mengalami simptom seperti pendarahan kecil (spotting), muntah dan kelesuan pada fasa trimester pertama ini. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang optimum. Elakkan stres, amalkan gaya pemakanan seimbang dan jaga diri sebaiknya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. 14 Important Precautions To Take During the First Three Months Of Pregnancy. (https://www.momjunction.com/articles/best-precautions-to-take-during-the-first-three-months-of-pregnancy_0080382/#gref). Diakses pada 23 Oktober 2019
  2. Do You Need to Avoid Alcoholic Drinks When Trying to Get Pregnant? (https://www.verywellfamily.com/drinking-when-trying-to-conceive-4118991). Diakses pada 23 Oktober 2019
  3. Should I Limit Caffeine During Pregnancy. (https://www.nhs.uk/common-health-questions/pregnancy/should-i-limit-caffeine-during-pregnancy/). Diakses pada 23 Oktober 2019
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 17/11/2019
x