backup og meta

Antara Influenza Dan Selesema Biasa, Apa Perbezaannya & Mana Lebih BAHAYA?

Antara Influenza Dan Selesema Biasa, Apa Perbezaannya & Mana Lebih BAHAYA?

Demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan. Ini semua adalah simptom demam selsema biasa.

Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, jangkitan influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya seperti selesema burung.

Apa yang lebih menakutkan, dengan penularan wabak COVID-19, anda mungkin mahu semak kembali adakah simptom itu benar-benar hanya demam selesema biasa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza.

Influenza dan demam selsema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus

demam selsema

Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.

Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C.

Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.

Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D.

Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil.

Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.

Bagaimana ingin membezakannya?

Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom.

Namun, secara amnya simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba.

Berbeza dengan demam selsema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur.

Beberapa perbezaan lain pula adalah:

  • Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
  • Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
  • Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam simptom selesema biasa.
  • Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
  • Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu.
  • Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu.

demam selsema

Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:

  • Sesak nafas.
  • Bibir dan kulit berwarna biru.
  • Ruam.
  • Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.

Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi

Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.

Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.

Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.

Kesimpulan

Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Influenza Flu. https://www.cdc.gov/Flu/Index.htm. Accessed 13 June 2022.
  2. Influenza Flu. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/flu/symptoms-causes/syc-20351719. Accessed 13 June 2022.
  3. Flu. https://medlineplus.gov/flu.html. Accessed 13 June 2022.
  4. Flu. https://www.hhs.gov/immunization/diseases/flu/index.html. Accessed 13 June 2022.
  5. Influenza. https://www.niaid.nih.gov/diseases-conditions/influenza. Accessed 13 June 2022.

Versi Terbaru

14/08/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!

Simptom Selesema Perut Hampir Sama Keracunan Makanan, 7 Cara Ini Boleh Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 14/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan