backup og meta

Ini 7 Rawatan Untuk Anda Jika Kerap Sangat Sakit Urat Saraf!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 9 jam lalu

    Ini 7 Rawatan Untuk Anda Jika Kerap Sangat Sakit Urat Saraf!

    Apabila usia sudah semakin senja, maka ada banyak keadaan atau penyakit yang bakal dialami. Salah satu penyakit yang sering dialami oleh golongan berusia ialah urat saraf sakit. Apakah sebenarnya sakit ini dan apakah rawatan atau ubat sakit urat saraf yang berkesan untuk melegakannya?

    Kenapa demam urat? Kenapa badan sakit dan lenguh? Kenapa badan sering tegang? Ini antara persoalan yang bermain di fikiran kita.

    Lihat penerangan lanjut yang kami sediakan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

    Apakah sebenarnya sakit urat?

    Persoalan seperti “Kenapa demam urat?” “Kenapa badan sakit dan lenguh?” “Kenapa badan sering tegang?” bukan sahaja bermain di fikiran warga emas, malahan juga orang muda yang aktif. 

    Neuralgia yang juga dikenali sebagai sakit saraf, adalah keadaan sakit yang tajam, membara atau seperti mencucuk-cucuk.

    Rasa sakit ini berlaku akibat iritasi atau kerosakan pada saraf.

    Walaupun keadaannya mungkin tidak sama bagi setiap individu, namun kualiti hidup seseorang boleh terganggu disebabkan neuralgia ini.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai jenis rawatan pada masa kini bagi membantu mengurangkan simptom sakit urat.

    Ubat sakit urat saraf

    Berikut adalah antara jenis rawatan dan ubat sakit urat yang biasa digunakan bagi merawat kesakitan yang berpunca daripada masalah saraf:

    #1. Plaster lidocaine

    ubat sakit urat
    Contoh plaster lidocaine.

    Plaster lidocaine adalah salah satu rawatan luaran yang digunakan secara meluas bagi merawat sakit saraf.

    Ia mengandungi bahan anestetik yang bertindak bagi mengurangkan rasa sakit dengan menghalang penghantaran isyarat sakit.

    Penggunaan secara berterusan boleh memberikan kelegaan yang berpanjangan kepada pesakit.

    #2. Gabapentin dan pregabalin

    Kedua-dua jenis ubat ini adalah antara pil yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada mereka yang menderita sakit saraf.

    Ubat ini bukan sahaja berfungsi untuk merawat epilepsi atau sawan, tetapi telah terbukti berkesan mengubati sakit saraf.

    ubat sakit urat
    Punca-punca tangan bergetar.

    Ia bertindak dengan mengubah cara saraf menghantar dan menerima isyarat sakit.

    #3. Ubat sakit urat: Antidepresan trisiklik

    Walaupun ubat ini biasa digunakan bagi tujuan merawat kemurungan, namun antidepresan ini juga berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit saraf.

    Antidepresan ini bertindak dengan cara mengubah bahan kimia dalam otak yang berfungsi sebagai perantara rasa sakit.

    #4. TENS (Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation)

    Alat ini boleh ditempah khas melalui doktor.

    Dengan menggunakan impuls elektrik, ia berfungsi dengan cara mengganggu aliran isyarat sakit ke otak dan memberikan kelegaan kepada pesakit saraf.

    #5. Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) 

    ubat sakit urat
    Contoh ubat antiradang.

    Ibuprofen dan aspirin adalah contoh jenis ubat NSAID.

    Ubat ini berfungsi mengurangkan keradangan, yang kadangkala boleh menjadi punca sakit saraf.

    #6. Ubat sakit urat: Suntikan kortikosteroid

    Sekiranya diberikan dengan betul, suntikan ini boleh memberikan kelegaan yang cepat.

    Ia juga boleh mengurangkan bengkak dan keradangan di sekitar saraf yang terjejas.

    #7. Pembedahan

    Dalam situasi tertentu, apabila rawatan lain tidak berkesan, pembedahan akan menjadi pilihan terakhir.

    Ia bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf atau menghalang saraf daripada menghantar isyarat sakit.

    Tip kurangkan sakit saraf di rumah

    Jika anda mengalami sakit saraf, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil di rumah untuk meringankan simptom-simptomnya.

    Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

    • Senaman ringan: Aktiviti seperti berjalan kaki atau berenang boleh membantu mengurangkan sakit dengan meningkatkan peredaran darah
    • Pemakanan seimbang: Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B dan omega-3 boleh membantu menjaga kesihatan saraf
    • Teknik relaksasi: Teknik-teknik seperti meditasi dan pernafasan dalam boleh membantu mengurangkan ketegangan yang boleh meningkatkan sakit saraf
    • Kompres panas atau sejuk: Menggunakan kompres panas atau sejuk pada kawasan yang sakit boleh membantu meringankan rasa sakit. Kompres panas boleh meredakan otot, manakala kompres sejuk boleh mengurangkan keradangan
    • Hindari alkohol dan tembakau: Kedua-duanya boleh mempengaruhi kesihatan saraf dan meningkatkan risiko sakit saraf
    • Rehat yang cukup: Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam. Kurang tidur boleh menyebabkan sakit lebih teruk

    Mengambil pendekatan proaktif dan menjalani gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk mengurangkan dan mencegah sakit saraf. 

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui ubat sakit urat saraf yang boleh anda gunakan.

    Sakit saraf atau neuralgia bukan sahaja menyakitkan tetapi boleh mengurangkan kualiti hidup seseorang.

    Namun, dengan rawatan yang betul dan sesuai, seseorang itu boleh kembali menjalani kehidupan dengan selesa dan bermakna.

    Peringatan!

    Jangan ragu-ragu untuk mencari nasihat perubatan jika anda atau orang yang anda kenali mengalami gejala sakit urat saraf.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 9 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan