backup og meta

Vaksin Bukan Agenda Yahudi! Sebelum Tolak Vaksin, Fahami Dulu Asal Usulnya Biar Lebih Percaya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/11/2023

    Vaksin Bukan Agenda Yahudi! Sebelum Tolak Vaksin, Fahami Dulu Asal Usulnya Biar Lebih Percaya

    Apa pentingnya imunisasi ini kepada kesihatan? Kenapa perlu mendapatkan suntikan imunisasi?

    Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa pentingnya imunisasi?

    Apabila kita bercakap mengenai vaksin, pasti anda terbayang saudara Edward Jenner yang membasmi jangkitan smallpox.

    Pada abad ke-18, jangkitan tersebut telah membunuh lebih daripada 60 juta pesakit di Eropah dan kadar kematian adalah pada sekitar 30 hingga 50 peratus.

    Walaupun Edward Jenner sering dikaitkan dengan pemangkin vaksin, namun beliau bukanlah individu pertama yang menciptanya.

    Jenner hanya mempopularkan penggunaan vaksin berikutan pembasmian virus yang meragut jutaan nyawa.

    Inspirasi berkaitan dengan prosedur rawatan tersebut diambil daripada amalan pemerah susu di Gloucestershire yang terkenal dengan kekebalan mereka terhadap virus smallpox.

    Mungkin anda tertanya-tanya, adakah ini bermaksud pencipta vaksin wujud dalam kalangan mereka yang memerah susu di barat daya England?

    Jawapannya, tidak sama sekali.

    Teknik vaksin telah beribu tahun lamanya diamalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah yang mendiami Turki pada ketika itu.

    Jadi, anggapan bahawa pembuatan vaksin adalah agenda Yahudi untuk menyesatkan umat Islam tidak mempunyai asas sama sekali berikutan ia sebenarnya berasal dari negara Islam.

    Teruskan membaca jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. Selain daripada pentingnya imunisasi, anda juga perlu faham akan asal vaksin dan kewujudan gerakan antivaksin.

    Eksperimen tidak mengikut protokol punca Jenner dikritik

    pentingnya imunisasi

    Pelik apabila di Malaysia, terdapat golongan dangkal yang bersatu-padu membantah penggunaan vaksin tanpa memahami implikasi terhadap perbuatan mereka itu.

    Alasan yang sering digunakan adalah vaksin itu agenda Yahudi. Apabila kita beralih ke negara Eropah, mereka melaungkan vaksin sebagai satu agenda orang Islam.

    Jadi, vaksin beragama apa sebenarnya?

    Percaya atau tidak, pembentukan liga antivaksin sebenarnya berasal dari Barat selepas Edward Jenner membuktikan keberkesanan vaksin smallpox melalui kaedah eksperimen yang tidak beretika.

    Namun perkara tersebut tidak menghairankan berikutan pada waktu itu, tiada prosedur atau protokol spesifik dalam mengkaji keberkesanan vaksin.

    Tambahan pula, kadar kematian yang menghampiri 100 juta membuatkan mereka terdesak untuk mencipta protokol rawatan baharu dalam jangka masa singkat.

    Orang awam mengkritik tindakan Jenner menggunakan nanah dari lembu yang dijangkiti terhadap budak yang berusia 8 tahun dalam usaha untuk mengesahkan hipotesisnya.

    Walaupun vaksin sudah lama digunakan di negara Islam, ia tidak begitu popular di negara Barat maka idea itu agak novel.

    Tambahan pula, pada ketika itu, kebanyakan masyarakat tempatan percaya bahawa jangkitan smallpox berasal daripada proses pereputan bahan di atmosfera bumi.

    Bagaimana vaksinasi boleh membantu menghentikan penularan jangkitan jika ia berasal dari langit?

    Mereka juga menuntut hak asasi dan percaya bahawa pemberian vaksin telah mencabuli hak mereka terhadap tubuh badan sendiri.

    Keadaan menjadi lebih teruk apabila Akta Vaksinasi 1853 telah mewajibkan pemberian vaksin kepada bayi yang baru lahir sehingga mereka berusia 3 bulan.

    Vaksin dan kerajaan Turki Uthmaniyah

    pentingnya imunisasi

    Tatkala dunia sedang riuh digegarkan dengan wabak penyakit smallpox, kerajaan Islam Turki Uthmaniyah sudahpun menerapkan konsep vaksinasi atau pentingnya imunisasi bagi melawan jangkitan.

    Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya, dan ia merupakan satu tradisi yang diwariskan secara turun temurun kepada generasi seterusnya.

    Inokulasi, iaitu prosedur menyuntik masuk jangkitan bagi membina imuniti badan terhadap wabak pembunuh telah dinormalisasikan dan ia digunakan secara meluas.

    Negara lain seperti Palestin dan Afrika Utara turut mengamalkan kaedah ini pada kurun ke-17, jauh lebih awal daripada penemuan yang dibuat oleh Edward Jenner pada kurun ke-19.

    Jika dilihat pada teori kajian moden, ada yang mengatakan kaedah inokulasi ini sebenarnya berasal dari negara Arab, China dan India.

    Namun kajian yang dibuat oleh Arthur Boylston pada tahun 2012 menunjukkan negara Arab merupakan negara asal yang menemui vaksin sebelum mana-mana negara di seluruh dunia.

    Pada awal kurun ke-18, seorang penulis terkenal dan Duta Inggeris di Istanbul, Lady Mary Wortley Montagu telah menulis surat menerangkan kaedah inokulasi secara terperinci ke England.

    Beliau memahami pentingnya imunisasi dan sedar bahawa masyarakat di Eropah tidak mengamalkan inokulasi yang berpotensi boleh menyelamatkan nyawa.

    Namun, surat beliau mendapat bantahan terutamanya dari pihak Gereja yang menghalang sebarang bentuk rawatan yang dilihat sebagai cuba melawan kuasa Tuhan.

    Bukan itu sahaja, malahan ada dalam kalangan ilmuwan perubatan yang turut menentang akan idea tersebut.

    Cuba bayangkan, vaksin yang ditentang oleh golongan antivaksin dengan memainkan sentimen agama itu sebenarnya dicipta oleh orang Islam.

    Konspirasi mana lagi yang hendak dipetik oleh golongan berfikiran cetek ini bagi menghalang pengambilan vaksin yang jelas menghindarkan kemudaratan?

    Baca juga:

    Konklusi mengenai pentingnya imunisasi

    Dalam beberapa ketika lagi, rakyat Malaysia akan dibekalkan dengan vaksin Pfizer-BioNTech bagi menghalang penularan virus korona baharu (COVID-19).

    Virus yang pada mulanya tidak begitu berbahaya ini telah bermutasi kepada strain yang lebih berbahaya sehinggakan jumlah kes mencecah 4 angka sehari.

    Golongan antivaksin kelihatan bersemangat memperlekehkan usaha kerajaan dan pihak berkaitan dalam memastikan setiap individu mendapat vaksin.

    Nasihat penulis, kaji dahulu dan fahami sumbangan dan pentingnya imunisasi terhadap wabak yang sedang melanda.

    Buka minda dan akui kebaikan yang telah nyata terbukti melalui kajian klinikal akan keberkesanan vaksin. Jangan jahil selamanya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan