- Pedih ulu hati
- Mual
- Muntah makanan yang tidak dicerna
- Cepat kenyang walaupun mengambil hidangan yang kecil
- Kehilangan berat badan yang drastik
- Kembung
- Hilang selera makan
- Sukar menstabilkan tahap glukosa dalam darah
- Kekejangan perut
- Asid perut
Simptom gastroparesis mungkin ringan atau teruk, bergantung kepada kerosakan pada saraf vagus. Simptom juga boleh dilihat dengan lebih jelas selepas makan makanan tinggi serat atau lemak, yang biasanya perlahan untuk dicerna.
Siapakah berisiko terdedah kepada komplikasi diabetes mellitus?
Wanita dengan diabetes yang berlebihan berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami gastroparesis. Keadaan lain yang boleh meningkatkan risiko termasuk pembedahan abdomen sebelum ini atau sejarah gangguan makan.
Penyakit dan keadaan selain diabetes juga boleh menyebabkan gastroparesis. Contohnya jangkitan virus, ubat-ubatan yang melambatkan pencernaan, penyakit asid refluks, dan gangguan otot yang licin. Penyakit lain yang boleh menyebabkan simptom gastroparesis termasuk penyakit Parkinson, pankreatitis kronik, fibrosis kistik, penyakit buah pinggang, dan sindrom turner. Kadang-kadang gastroparesis tidak mempunyai punca yang diketahui, walaupun selepas ujian yang teliti.
Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda mempunyai gastroparesisi akibat komplikasi diabetis mellitus, anda harus elakkan memakan makanan mentah, brokoli, oren, produk kaya susu (keju, aiskrim, yogurt) serta minuman berkarbonat. Doktor juga mengesyorkan makan makanan kecil dan makanan yang lebih lembut. Di samping itu penting bagi anda untuk mengekalkan diri anda terhidrat, terutamanya jika melibatkan simptom muntah.
Tiada rawatan untuk merawat gastroparesis. Walau bagaimanapun, gastroparesis adalah keadaan kronik yang boleh dikawal dengan mengamalkan diet yang sihat, mengambil ubat, dan memeriksa glukosa dalam darah dengan teliti, termasuk insulin yang mencukupi jika diabetes anda adalah jenis 2. Dalam kes-kes yang serius, doktor anda boleh membantu anda beralih kepada diet cecair, iaitu dalam bentuk bubur bagi pengambilan nutrisi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen