backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Masih Rasa Kram Perut Walaupun Sudah Menopaus? Ini 4 Puncanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2023

Masih Rasa Kram Perut Walaupun Sudah Menopaus? Ini 4 Puncanya

Masalah kekejangan perut adalah biasa semasa pendarahan haid. Tetapi untuk wanita menopause, apakah penyebab kram perut bawah tapi tidak haid?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah penyebab kram perut bawah?

Kekejangan perut semasa tempoh reproduktif biasanya disebabkan kedatangan haid bulanan. Bagi kebanyakan wanita ia berlaku beberapa hari sebelum dan sepanjang haid.

Namun, apakah punca rasa kejang perut yang dialami setelah menopaus dan putus haid?

Umumnya, kekejangan yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti endometriosis hinggalah fibroid rahim. Ia juga boleh menjadi gejala virus perut atau keracunan makanan.

Biasanya ia bukanlah keadaan yang perlu dirisaukan, tetapi jika berlaku berterusan, mungkin anda tidak patut mengabaikannya.

Mengenai wanita menopausekram perut bawah

Menopaus adalah tempoh di mana haid bulanan berhenti selama tempoh setahun kerana tubuh tidak lagi menghasilkan hormon estrogen.

Pendarahan haid yang dialami akan semakin berkurangan apabila menghampiri fasa menopaus. Anda juga akan mengalami gejala seperti rasa panas, berpeluh malam dan kekeringan faraj.

Fahami simptom yang terjadi

Ketika berada dalam tempoh pramenopaus atau darah haid semakin berkurangan, anda masih lagi akan mengalami gejala seperti kekejangan dan pendarahan.  

Namun, sebaik sahaja disahkan dalam fasa menopaus dan putus haid, masalah kram perut bawah mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu.

Selain daripada kekejangan, anda mungkin akan mengalami:

  • Bengkak bawah perut
  • Sakit semasa bersetubuh, kencing atau berak
  • Keletihan
  • Bengkak atau rasa sakit pada kaki
  • Sembelit
  • Penurunan atau kenaikan berat badan tidak dijangka

Kekejangan juga boleh berlaku bersama dengan loya, muntah dan cirit-birit sekiranya ia merupakan tanda sakit perut.

Fahami punca kram perut bawah selepas menopaus 

Beberapa keadaan boleh menyebabkan kekejangan selepas putus haid: 

1. Fibroid rahim penyebab kram perut bawah

kram perut bawah

Ia melibatkan tumor yang terbentuk pada dinding rahim dan biasanya bukan barah. 

Walaupun kebanyakan fibroid terbentuk pada awal usia, namun wanita berumur 50 tahun ke atas juga boleh mengalaminya.

Fibroid akan berhenti membesar atau semakin mengecil selepas menopaus. Sesetengah wanita mungkin akan mengalami gejalanya walaupun setelah putus haid.

2. Penyakit gastrousus 

Virus perut, keracunan makanan, sindrom kerengsaan usus atau penyakit gastrousus lain boleh menyebabkan kekejangan pada bahagian bawah perut.

Gejala lain yang turut dialami adalah loya, muntah atau cirit-birit dan biasanya bersifat sementara.

Kekejangan yang dialami juga boleh berkembang selepas pengambilan produk tenusu atau jika rasa tertekan.

3. Penyebab kram perut bawah #Kanser ovari & rahim (endometrium)

Kanser ovari atau rahim boleh menyebabkan kekejangan perut. Risiko untuk menghidapnya meningkat apabila wanita menjengah usia 50 tahun dan ke atas.

Selain rasa kejang pada perut, wanita yang menghidap barah turut akan mengalami gejala seperti:

  • Pendarahan faraj
  • Kembung perut
  • Keletihan
  • Penurunan berat tanpa sebab

Jika mengalami sebarang gejala yang membimbangkan, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian!

Baca juga:

Faktor risiko

Risiko kram perut bawah bagi wanita menopause semakin meningkat jika anda:

  • Mengambil estrogen untuk gejala menopaus
  • Mempunyai sejarah keluarga kanser ovari atau rahim
  • Kedatangan haid pertama sebelum usia 12 tahun
  • Mula menopaus setelah berumur 52 tahun

Cara rawatan

kram perut bawah

Jika anda belum sepenuhnya mengalami menopaus dan kekejangan yang dialami menandakan haid semakin berkurangan, anda boleh mendapatkan rawatan seperti kekejangan haid biasa.

Doktor mungkin akan mengesyorkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen.

Meletakkan mampatan panas juga boleh mengurangkan ketidakselesaan itu. Jika boleh bersenam, lakukan senaman seperti berjalan kaki atau aktiviti fizikal mudah lain.

Bagi kekejangan yang disebabkan oleh endometriosis atau fibroid rahim, doktor mungkin menyarankan pengambilan ubat bagi melegakan simptom.

Pembedahan juga boleh menjadi pilihan untuk membuang tisu fibroid atau endometrium yang menjadi punca kesakitan. 

Rawatan untuk kanser pula bergantung kepada lokasi dan tahapnya. Pembedahan membuang tumor, kemoterapi atau radiasi untuk membunuh sel barah adalah antara pilihan rawatan yang akan dicadangkan doktor.

Selain itu, ubat hormon juga akan digunakan bagi memperlambatkan pertumbuhan sel barah.

Pemeriksaan doktor

Walaupun menyangka sudah mengalami menopaus, anda mungkin masih lagi mengalami pendarahan haid sekali gus menjadikan ia sebagai penyebab kram perut terjadi.

Berjumpalah dengan pakar OB-GYN atau doktor jika mengalami kekejangan bersama simptom lain yang dinyatakan di atas.

Pemeriksaan yang dilakukan boleh menentukan rawatan bagi melegakan kekejangan dan mengatasi puncanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan