Keguguran kandungan saat tempoh kehamilan memasuki trimester kedua dan ketiga tentu memberikan kesan yang lebih dahsyat dari aspek emosi dan fizikal. Tetapi apakah tanda tanda keguguran di hujung atau lewat kehamilan?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Keguguran kandungan saat tempoh kehamilan memasuki trimester kedua dan ketiga tentu memberikan kesan yang lebih dahsyat dari aspek emosi dan fizikal. Tetapi apakah tanda tanda keguguran di hujung atau lewat kehamilan?
Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasan lanjut mengenainya. Ayuh teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Keguguran adalah istilah yang digunakan untuk kehilangan kandungan, biasanya sebelum minggu ke-20 kehamilan.
Dalam kebanyakan kes, ia melibatkan keguguran awal yang berlaku dalam trimester pertama atau sebelum minggu ke-13 kehamilan, disebabkan oleh janin tidak berkembang dengan baik.
Keguguran lewat pula adalah apabila ia berlaku selepas minggu ke-13 kehamilan atau semasa trimester kedua dan ketiga.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keguguran lewat kehamilan ini berlaku.
Punca fizikal juga boleh menjadi punca, contohnya serviks lemah yang tidak boleh menampung bayi dalam kandungan apabila semakin membesar.
Sesetengah keadaan perubatan ibu juga boleh menjadi punca keguguran, termasuk keadaan kesihatan kronik yang tidak diuruskan dengan baik.
Beberapa punca fizikal mengakibatkan keguguran seperti:
Sesetengah wanita mungkin tidak merasakan sebarang gejala keguguran, pun begitu, terdapat beberapa petanda biasa yang perlu diperhatikan.
Antaranya seperti:
Perlu diingatkan, bukan semua tompokan darah dan lendir tanda keguguran. Kadangkala, kehamilan yang sihat pada trimester pertama juga boleh mengalami tompokan pendarahan. Sekiranya terdapat kebimbangan, berundinglah dengan doktor.
Ada kalanya keguguran berlaku tanpa sebarang punca, tetapi ada sesetengah wanita mempunyai risiko keguguran lebih tinggi.
Berikut adalah faktor risiko keguguran:
Walaupun keadaan di atas boleh meningkatkan risiko keguguran, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh mendapat kehamilan yang sihat.
Menghindari bahan berbahaya dan menguruskan keadaan lain dengan betul boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.
Secara fizikal, badan mungkin pulih dengan cepat selepas keguguran. Tetapi ia bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan dan jenis keguguran yang dialami.
Bagi mereka yang keguguran dan melalui proses bersalin, ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk pulih.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan dan kekejangan yang sama seperti haid. Badan juga akan keletihan.
Hubungi doktor jika kesakitan, pendarahan atau keletihan bertambah teruk atau berterusan lebih lama.
Bahagian lain yang berpotensi melambatkan proses pemulihan adalah apabila badan mungkin mula mengeluarkan susu. Ia boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan. Berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Anda juga perlu berbincang dengan doktor bagi mengetahui waktu secara fizikal anda bersedia untuk kembali bekerja.
Baca juga:
Keperluan emosi selepas keguguran tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi apabila berada dalam trimester kedua.
Amnya setiap wanita akan bertindak balas secara berbeza dan mempunyai emosi berlainan. Ada yang perlu meluahkannya dan terdapat juga yang lebih memilih untuk tidak bercakap mengenainya.
Dapatkanlah sokongan yang diperlukan.
Doktor biasanya akan meminta anda untuk menyertai kumpulan sokongan atau berjumpa kaunselor bagi membantu mengatasi emosi yang dialami.
Anda mungkin merasakan pelbagai emosi selepas keguguran seperti:
Anda juga perlu bersedia untuk berdepan dengan kata-kata individu sekeliling.
Pertimbangkan untuk mencari mereka yang turut pernah mengalami situasi sama seperti anda bagi berkongsi pengalaman dan membantu emosi untuk pulih.
Berfikir untuk kembali hamil boleh menimbulkan tekanan.
Langkah pertama adalah untuk memastikan diri bersedia secara emosi untuk kehamilan, begitu juga dengan pasangan anda.
Secara fizikal, anda biasanya sudah boleh kembali melakukan seks, selepas tempoh dua hingga enam minggu anda alami keguguran. Namun, dapatkan lebih kepastian dengan berbincang bersama doktor.
Jika anda mengalami tanda tanda keguguran lewat kehamilan, adalah penting untuk mendapatkan sokongan bagi melalui proses penyembuhan secara fizikal dan emosi.
Doktor boleh menjadi sumber terbaik untuk menolong anda mencari sokongan yang diperlukan dan membantu diri bersedia untuk kehamilan seterusnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen