Penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan gantian hormon.
Pelinciran
Penurunan hormon estrogen boleh mengakibatkan kekeringan faraj, yang boleh menyebabkan sakit ketika seks dan seterusnya, kurangnya minat atau keseronokan terhadap seks.
Untuk menyelesaikan masalah ini, wanita boleh mencuba untuk mengusap bahagian kelentit (clitoris) atau bahagian sensitif yang lain untuk merangsang penghasilan cecair faraj, membasahkan dinding faraj, yang membantu melincirkan geseran ketika seks.
Menggunakan pelincir berasaskan air sebelum dan selepas seks turut membantu untuk mengelakkan rasa sakit akibat geseran ketika seks.
Sekiranya anda masih merasa sakit ketika seks, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan krim estrogen yang boleh merangsang penghasilan cecair faraj.
Bagaimanapun, kaedah ini mungkin boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan. Justeru, berbincang dengan doktor dan suami anda sebaik-baiknya terlebih dahulu.
Dari sudut emosi
Mengurangkan stres dan keresahan

Apabila wanita menjangkau usia pertengahan hidup, beban hidup daripada anak-anak, perkerjaan, dan perkahwinan boleh meletakkan mereka dalam mood yang penuh dengan rasa penat dan lesu, sekaligus menekan nafsu seks mereka.
Justeru, bagi meningkatkan nafsu seks anda, anda perlu lebih tenang dan fokus terhadap aspek menyeronokkan dalam hubungan seks.
Program semula minda anda dan bayangkan seks sebagai pengalaman romantik dan bukannya satu keterpaksaan. Susun tarikh dan sesi bersama anda.
Sekiranya anda masih ada masalah, anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat yang membantu.
Meningkatkan keyakinan diri
Keinginan seks seorang wanita itu dipengaruhi oleh bagaimana mereka menilai kecantikan mereka.
Bagaimanapun, wanita yang di pertengahan usia boleh melihat dan mengalami sendiri perubahan ketara pada tubuh badan mereka, mendorong ke arah merasakan diri mereka kurang cantik.
Kesannya, mereka akan rasa kurang yakin atau selesa untuk bertelanjang di hadapan pasangan mereka, khuatir pasangan mereka akan hilang selera melihat badan mereka.
Dalam hal ini, wanita perlu belajar untuk rasa selesa dengan penampilan dan juga badan mereka.
Kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dan juga menjadikan mereka lebih sihat dan menarik.
Menilai semula keadaan hubungan anda
Adakah anda sedang dingin atau baru lepas bergaduh dengan pasangan anda kebelakangan ini?
Kerap bergaduh dalam suatu hubungan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap nafsu seks atau libido seorang wanita.
Jika hal ini berlaku kepada anda, cuba untuk berdiskusi sebaik mungkin dengan pasangan anda sambil menilai semula keadaan hubungan anda.
Sekiranya ianya terlalu rumit, anda dan pasangan boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen