backup og meta

6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Sakit Buah Pinggang Tahap 1, Jaga-Jaga!

6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Sakit Buah Pinggang Tahap 1, Jaga-Jaga!

Punca penyakit buah pinggang secara khususnya boleh mengubah takdir kehidupan kita secara tiba-tiba. Ini kerana ia boleh berlaku secara senyap dan ramai yang tidak menyedari tanda awal sakit buah pinggang. Namun dengan mengenali tanda sakit buah pinggang tahap 1, ia boleh membantu anda mengawal semula kesihatan buah pinggang anda secara keseluruhan.

Dalam artikel ini, kami akan merungkaikan beberapa tanda awal penyakit buah pinggang tahap satu yang perlu anda perhatikan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

6 tanda awal sakit buah pinggang

Setiap orang tidak akan mengalami tanda-tanda awal yang sama.

Namun, kebanyakan individu akan mengalami salah satu daripada gejala-gejala seperti yang disenaraikan di bawah ini.

#1. Perubahan corak buang air kecil

Buah pinggang anda memainkan peranan penting dalam memproses dan menghapuskan bahan buangan daripada badan.

Apabila organ ini mula bermasalah, salah satu perubahan pertama yang anda boleh sedar adalah pada tabiat pembuangan air kecil.

Anda mungkin mengalami peningkatan keinginan untuk membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam, atau terdapat perubahan pada warna mahupun konsistensi air kencing yang dikeluarkan.

tanda awal sakit buah pinggang

Ia mungkin kelihatan lebih berbuih atau mempunyai warna yang lebih gelap.

#2. Bengkak pada tangan dan kaki anda

Buah pinggang membantu mengawal keseimbangan garam dan air dalam badan anda.

Apabila fungsinya terjejas, cecair boleh terkumpul di dalam tisu anda yang kemudiannya membawa kepada pembengkakan terutamanya di kawasan tangan dan kaki.

Jika anda melihat bengkak atau kembung yang luar biasa pada dua bahagian badan ini, ia mungkin tanda bahawa buah pinggang anda sedang mempunyai masalah. 

#3. Tanda awal sakit buah pinggang: Berasa letih dan lemah

tanda awal sakit buah pinggang

Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang merangsang badan anda untuk membuat sel darah merah yang membawa oksigen.

Apabila buah pinggang anda berada di bawah tekanan, ia kurang menghasilkan erythropoietin, mengakibatkan penghasilan sel darah merah yang lebih sedikit.

Ini akan membuatkan otot anda mengalami kekurangan oksigen.

Kesannya, ia boleh menjadikan anda sentiasa berasa letih atau lemah.

#4. Tanda sakit buah pinggang tahap 1: Loya dan hilang selera makan

Apabila toksin terkumpul dalam badan anda disebabkan oleh fungsi buah pinggang terjejas, anda mungkin mula berasa loya atau hilang selera makan.

Rasa makanan mungkin tidak sama, atau anda mungkin tidak berminat untuk makan.

Ini adalah cara badan anda memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik.

#5. Bermasalah menumpukan perhatian dan juga tidur

Tanda awal sakit buah pinggang yang kurang jelas tetapi tidak kurang penting bagi mengenal pasti penyakit buah pinggang awal ialah masalah untuk tidur atau menumpukan perhatian.

Pengumpulan toksin dalam otak boleh mengganggu corak tidur dan fungsi kognitif anda.

Jika anda semakin susah untuk fokus atau sukar mendapat tidur yang nyenyak setiap malam, ini mungkin tanda masalah buah pinggang.

#6. Tanda awal sakit buah pinggang: Tekanan darah tinggi

tanda awal sakit buah pinggang

Walaupun tekanan darah tinggi adalah keadaan biasa yang memberi kesan kepada ramai orang, tetapi ia juga merupakan salah satu tanda awal penyakit buah pinggang.

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah anda dengan memberikan keseimbangan garam dan air.

Jika ia tidak berfungsi dengan baik, tekanan darah boleh meningkat.

Tekanan darah tinggi yang berterusan boleh merosakkan buah pinggang dan mewujudkan kitaran tanpa kawalan yang ganas.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi bersama-sama dengan mana-mana gejala lain yang dinyatakan, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan oleh profesional penjagaan kesihatan.

Fakta Penting!

Tanda sakit buah pinggang tahap 1 biasanya tidak disedari dan kurang jelas, menjadikannya lebih berbahaya. Justeru adalah penting untuk sentiasa memberi perhatian kepada tubuh anda dan dapatkan nasihat perubatan jika anda melihat sebarang perubahan. Ingat, pengesanan awal boleh memberikan perbezaan yang ketara dalam menguruskan penyakit buah pinggang.

Kesimpulan

Menyedari tanda awal sakit buah pinggang peringkat 1 adalah langkah pertama dalam mengawal kesihatan buah pinggang anda.

Walaupun tanda-tanda ini mungkin kelihatan agak kecil atau tidak berkaitan, namun ia boleh menjadi cara tubuh menyatakan keadaan semasa buah pinggang anda.

Jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada profesional kesihatan yang berdekatan dengan anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stage 1 of chronic kidney disease CKD: Causes, symptoms and treatment. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/stages-kidney-disease/stage-1-chronic-kidney-disease. Diakses pada Mei 9, 2023. 

10 Signs You May Have Kidney Disease. https://www.kidney.org/news/ekidney/august14/10_Signs_You_May_Have_Kidney_Disease. Diakses pada Mei 9, 2023.

Kidney Failure. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17689-kidney-failure. Diakses pada Mei 9, 2023.

Kidney Disease Symptoms. https://lifeoptions.org/learn-about-kidney-disease/kidney-disease-symptoms/. Diakses pada Mei 9, 2023.

Early Warning Signs of Kidney Disease. https://www.narayanahealth.org/blog/early-warning-signs-of-kidney-disease/. Diakses pada Mei 9, 2023.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Aktiviti Harian Terganggu Kerana Masalah Kencing Tidak Lawas? Ini Cara Atasinya

Hati-Hati, 10 Simptom Ini Mungkin Petanda Buah Pinggang Bermasalah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan