backup og meta

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong? Ini Manfaatnya Untuk Kesihatan

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong? Ini Manfaatnya Untuk Kesihatan

Ia bukanlah satu misteri lagi bahawa ada banyak manfaat dan kebaikan minum air kosong. Dengan harga yang lebih murah berbanding air lain yang bergula, ia sememangnya harus menjadi minuman utama bagi setiap individu.

Ingin tahu apakah kebaikan minum air kosong untuk tubuh badan anda dan cara minum air kosong yang betul? Jom, baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

5 kebaikan minum air kosong dalam rutin seharian

Tubuh manusia memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi.

Bayangkan kulit yang tidak cukup air atau mengalami dehidrasi, pasti akan membuatkan anda tampak lesu, tidak bermaya selain mengalami masalah kulit kering dan mengelupas.

Berikut adalah 5 kebaikan minum air kosong yang anda perlu tahu:

#1. Mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan

60% daripada badan manusia terdiri daripada air. Ia memainkan pelbagai peranan termasuk membantu penghadaman, penyerapan nutrisi, peredaran darah, penghasilan air liur dan mengawal suhu badan1.

Apabila badan anda mengalami kekurangan air, otak akan menghantar isyarat haus. Jika terlebih pula, air tersebut dibuang melalui air kencing, peluh dan pernafasan.

Jika anda gagal mendapatkan kebaikan minum air kosong yang mencukupi, fungsi badan anda secara amnya boleh terganggu. 

Ini membuatkan anda kurang cergas dan aktif serta tidak boleh memaksimumkan tenaga sepanjang hari.

#2: Mengawal kalori

kebaikan minum air kosong
Minum air kosong dapat membuatkan anda cepat kenyang.

Tahukah anda berapa bilangan kalori bagi segelas air kosong? Jawapannya adalah kosong2

Sebanyak mana gelas yang anda minum, kalori yang anda ambil tetap kosong.

Apa yang menariknya, kebaikan minum air kosong akan memberikan rasa kenyang tanpa menambah pengambilan kalori

Bahkan ia membantu anda mengurangkan pengambilan kalori daripada sumber yang lain.

#3. Memberikan otot yang sihat

Sel-sel otot yang tidak mengandungi kandungan air yang mencukupi akan mengecut. 

Ia membuatkan otot lebih cepat letih seterusnya mengganggu fungsi serta prestasinya.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan kebaikan minum air kosong terutama ketika melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan kecergasan otot kekal pada tahap maksimum3.

#4: Kulit anda kelihatan lebih segar

Kulit anda mengandungi banyak air. Pengambilan air mineral akan menyegarkan dan membuatkan kulit anda kelihatan lebih awet muda

Dalam masa sama, ia turut membantu melembapkan dan mengekalkan hidrasi yang bukan sahaja penting untuk kulit malah seluruh tubuh.

Selain minum air mineral, anda juga boleh gunakan pelembap untuk mengekalkan air pada kulit4.

#5. Membantu buah pinggang membuang toksin

manfaat air kosong
Tip minum air dalam masa 30 hari.

Bahan toksin dibuang daripada badan melalui beberapa cara. Antaranya adalah oleh buah pinggang melalui air kencing

Cecair badan yang mencukupi membantu buah pinggang untuk membuang toksin dengan lebih efisien.

Kebaikan minum air kosong yang lain juga adalah ia dapat melindungi anda daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang5.

Berapa liter air yang perlu diminum dalam sehari?

Pasti anda pernah tertanya-tanya berapa liter air yang perlu diminum dalam sehari bukan?

Menurut The Academy of Nutrition and Dietetics, berikut adalah jumlah air yang disarankan6:

  • 100 auns/12.5 cawan (3.1 liter) untuk lelaki
  • 73 auns/9 cawan (2.1 liter) untuk wanita

Pun begitu, jumlah air yang disyorkan untuk diminum juga boleh bergantung pada faktor-faktor berikut6:

  • Aktiviti fizikal
  • Cuaca panas
  • Metabolisme
  • Dehidrasi disebabkan demam, muntah atau cirit-birit
  • Ketika hamil atau menyusukan badan

Petanda anda mendapatkan cecair yang mencukupi dalam badan adalah apabila anda jarang merasa haus, air kencing tidak berwarna atau kelihatan kuning pucat7.

Anda mungkin mengalami dehidrasi sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut6:

Bagaimana pula cara minum air kosong yang betul?

kebaikan minum air kosong
Minum air perahan lemon bagus untuk kesihatan perut.

Walaupun anda sedar kebaikan minum air kosong, tetapi untuk melakukannya kadang-kala juga sukar.

Buat anda yang baru sahaja ingin mengamalkan air kosong dengan konsisten, mungkin anda boleh mencuba tip berikut:

  • Minum air kosong selepas bangun tidur
  • Minum air berperisa ganti gula
  • Isi semula botol air secara berkala
  • Simpan botol dalam beg anda

Kebaikan minum air kosong setiap hari yang mengejutkan!

Adakah minum air mineral boleh mencerahkan kulit?

Jangan terkejut ya, dengan mengamalkan air mineral juga boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri!

Ini kerana, mineral silika yang terdapat dalam air mineral dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit anda.

Dengan peningkatan kolagen hasil kebaikan minum air kosong ini, kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan awet muda.

Selain itu, mineral silika bukan sahaja hanya bermanfaat untuk kulit secara langsung, tetapi juga bagus untuk rambut dan kuku anda. Ia turut menghalang rambut dan kuku anda daripada putus dan menjadi rapuh.

Bukan itu sahaja, meminum air mineral yang kaya dengan silika juga dapat menyokong kesihatan sendi dengan meningkatkan keanjalan dan kekuatan tisu penghubung di sekitar sendi8.

Jika anda ingin memulakan rutin harian dengan meminum air mineral , anda boleh mencuba jenama air mineral yang terkenal seperti Spritzer.

Menariknya, air mineral semula jadi Spritzer mengandungi kadar mineral silika yang sangat tinggi iaitu sebanyak 60mg dalam setiap liter berbanding air mineral yang lain.

Kebaikan minum air kosong setiap hari seperti Spritzer ini bukan sahaja dapat memastikan anda kekal hidrasi, malah ia juga dapat meningkatkan kadar kolagen dalam kulit anda secara semula jadi9.

Untuk makluman anda, penghasilan kolagen secara semula jadi akan berkurangan apabila anda semakin berusia dan ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kendur dan berkedut.

Dengan pengambilan air mineral semula jadi Spritzer yang tinggi dengan kandungan mineral silika, anda dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan pada kulit wajah.


Kini, anda telah pun mengetahui beberapa kebaikan minum air kosong setiap hari.
Jadi, jom kekal segar dan hidrasi dengan air mineral semula jadi Spritzer!

Klik di sini untuk dapatkan informasi lebih lanjut tentang air mineral kaya Silika!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Water in You: Water and the Human Body. https://www.usgs.gov/special-topics/water-science-school/science/water-you-water-and-human-body. Diakses 9 Oktober 2024.
  2. Choose Water for Healthy Hydration. https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/Choose-Water-for-Healthy-Hydration.aspx. Diakses 9 Oktober 2024.
  3. How much water should you drink? https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-much-water-should-you-drink. Diakses 9 Oktober 2024.
  4. Seven Skin benefits of drinking water. https://fundraise.wateraid.org.au/blog/seven-skin-benefits-of-drinking-water. Diakses 9 Oktober 2024.
  5. 6 Reasons to Drink More Water — Doctor’s Orders. https://www.dignityhealth.org/articles/6-reasons-to-drink-more-water–doctors-orders. Diakses 9 Oktober 2024.
  6. How Much Water You Should Drink Every Day. https://health.clevelandclinic.org/how-much-water-do-you-need-daily. Diakses 9 Oktober 2024.
  7. Water: How much should you drink every day? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256. Diakses 9 Oktober 2024.
  8. Study on the contents of bottled mineral water of various brands in Malaysia. https://www.semanticscholar.org/paper/Study-on-the-contents-of-bottled-mineral-water-of-Kabilan-Mughilan/ca8760827014a73007e6665d63ddd795746e19af. Diakses 9 Oktober 2024.
  9. Going with the flow: bottled natural mineral water and drinking water in Malaysia. http://eprints.utar.edu.my/2246/1/Going_with_the_flow_-_bottled_natural_mineral_water_and_drinking_water_in__Malaysia.pdf. Diakses 9 Oktober 2024.

Versi Terbaru

23/10/2024

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

Gemar Minum Air Lemon? Ini 6 Kebaikan Buah Lemon Pada Kesihatan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan