Hampir semua orang yang menghidap talasemia major akan mengalami anemia, satu kondisi yang boleh membawa maut dalam sesetengah kes.
Penghidap anemia mempunyai tahap hemoglobin yang rendah. Hemoglobin merupakan satu sel yang sangat penting untuk kita. Ia berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan.
Malah, pesakit talasemia yang serius juga mungkin memerlukan transfusi darah yang kerap untuk elakkan anemia daripada menjadi semakin teruk.
Baca juga:
2. Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda seperti anxiety
Selain itu, thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda yang menyerupai kegelisahan (anxiety). Malah, kerap berdebar merupakan antara simptom lazim dalam kalangan penghidap talasemia.
Bukan itu sahaja, pesakit lebih berisiko mengalami sakit dada. Selain itu, penghidap talasemia juga mungkin mempunyai penyakit lain seperti perikarditis atau miokarditis pada masa yang sama.
Namun, simptom ini boleh diatasi dengan pemberian ubat-ubatan atau rawatan tertentu. Jadi, jika anda mempunyai masalah ini, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
3. Kulit menjadi kuning disebabkan jaundis
Talasemia lebih serius dalam kalangan bayi yang baru lahir. Malah, talasemia juga merupakan satu penyakit yang boleh mengancam nyawa kerana simptom yang dialami sangat teruk, terutamanya pada 2 tahun awal kelahiran.
Bayi mungkin tidak akan mengalami pertambahan berat badan atau mengalami proses tumbesaran dengan normal. Malah, mereka juga akan menghidap jaundis (satu kondisi yang menyebabkan mata dan kulit menjadi kuning).
4. Lambat baligh disebabkan talasemia
Siapa sangka, penghidap talasemia mungkin lambat baligh disebabkan penyakit ini. Malah, ramai remaja yang menghidap talasemia major lambat baligh kerana pengumpulan zat besi yang terlalu banyak dalam badan.
Masalah ini merupakan salah satu kesan sampingan transfusi darah yang berulang kali. Bukan itu sahaja, pengumpulan zat besi juga boleh menyebabkan masalah jantung, terutamanya yang mempengaruhi otot pada organ tersebut.
Thalassaemia akan menyebabkan simptom lain seperti masalah kesuburan dan hormon. Ada penghidap talasemia yang mungkin perlu melakukan rawatan kesuburan untuk membantu mereka hamil pada masa hadapan.
Jika anak anda mempunyai talasemia, anda boleh kunjungi Komuniti Keibubapaan untuk mendapatkan info lanjut mengenai penyakit ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen