Kebiasaannya, masalah kencing malam sering dikaitkan dengan kanak-kanak sahaja. Namun, tahukah anda bahawa orang dewasa juga boleh mengalami isu kencing malam ini. Ada beberapa kerap kencing malam simptom yang boleh berlaku kepada orang dewasa, perlu diperhatikan.
Ini penjelasan kerap kencing waktu malam simptom masalah pundi kencing serta punca orang dewasa kencing malam yang anda kena tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Urologi, anda boleh klik di sini.
Kerap kencing malam simptom masalah pundi kencing
Enuresis pada waktu malam atau masalah kencing malam adalah pelepasan air kencing yang tidak disengajakan semasa seseorang itu sedang tidur.
Kerap kencing waktu malam simptom masalah kawalan pundi kencing seperti inkontinens atau pundi kencing yang terlalu aktif.
Seseorang itu juga mungkin sedang mengalami masalah struktur yang lebih teruk seperti pembesaran prostat atau kanser pundi kencing.
Kajian menunjukkan bahawa 1 hingga 2 peratus orang dewasa mengalami masalah kerap kencing malam simptom masalah pundi kencing.
Walau bagaimanapun, penyelidik berpendapat bahawa statistik ini kurang tepat kerana sebenarnya lebih ramai lagi yang mengalami masalah ini, tetapi tidak berjumpa dengan doktor.
Punca kerap kencing malam simptom masalah pundi kencing
Ada beberapa punca orang dewasa kencing malam. Antaranya ialah:
#1. Keadaan pundi kencing yang kecil
Pundi kencing yang kecil sebenarnya bukanlah bermaksud saiz pundi yang kecil.
Sebaliknya, ia berasa cepat penuh dengan jumlah air kencing yang sedikit. Dengan kata lain, ia berfungsi seolah-olah ia lebih kecil.
Ini bermakna anda mungkin perlu membuang air kecil dengan lebih kerap, termasuklah pada waktu malam.
Pundi kencing yang kecil mungkin sukar dikendalikan semasa waktu tidur lalu menyebabkan masalah kencing malam dalam kalangan orang dewasa.
#2. Masalah berkaitan hormon
Hormon antidiuretik (ADH) berfungsi memberikan isyarat kepada buah pinggang anda untuk memperlahankan pengeluaran air kencing.
Badan anda akan menghasilkan lebih banyak hormon ini pada waktu malam untuk menyiapkan tubuh badan sebelum tidur.
Ini membantu mengehadkan keinginan anda untuk membuang air kecil semasa sedang tidur.
Walau bagaimanapun, sesetengah individu tidak menghasilkan ADH yang mencukupi atau badan mereka tidak bertindak balas terhadapnya dengan baik.
Oleh itu, masalah kerap kencing malam tapi sedikit akan berlaku.
#3. Keadaan kencing manis atau diabetes
Masalah kencing manis atau diabetes juga menjadi sebab utama kerap kencing malam simptom isu pundi kencing.
Diabetes dengan gula darah yang tidak terkawal boleh mengubah tabiat kencing anda.
Apabila gula darah tinggi, jumlah air kencing juga akan meningkat kerana buah pinggang cuba mengawal paras gula dalam badan.
Ini boleh menyebabkan masalah kencing malam, selain kerap membuang air kecil dan jumlah air kencing yang banyak.
#4. Pundi kencing terlalu aktif (OAB)
Pundi kencing yang terlalu aktif atau OAB juga menjadi antara punca kerap kencing malam simptom masalah pundi kencing.
Otot detrusor ialah otot pundi kencing anda. Otot ini akan berehat apabila pundi kencing anda diisi dan akan mengecut atau berkontraksi apabila tiba masanya untuk dikosongkan.
Jika otot ini mengecut pada masa yang salah, anda mungkin tidak dapat mengawal waktu kencing anda dan menyebabkan keadaan yang disebut sebagai OAB ini.
#5. Keadaan kanser
Tumor yang berlaku pada pundi kencing dan juga kanser prostat boleh menyekat atau menghalang saluran kencing.
Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk menahan air kencing, terutamanya pada waktu malam. Diagnosis kanser mungkin memerlukan pemeriksaan fizikal serta beberapa ujian pengimejan lain.
Biopsi biasanya diperlukan untuk mengenal pasti kanser yang terjadi.
Merawat kanser boleh membantu mengecutkan atau menghapuskan tumor, sekali gus membantu mencegah kejadian kencing malam orang dewasa.
Kesimpulan
Punca kerap kencing malam
- Keadaan pundi kencing yang kecil
- Masalah berkaitan hormon
- Kencing manis
- Pundi kencing terlalu aktif (OAB)
- Keadaan kanser
Kini anda telah pun mengetahui beberapa punca orang dewasa kencing malam.
Walaupun keadaan ini mungkin agak memalukan, namun ia bukanlah sebab atau penghalang untuk anda pergi berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan lanjut.
Jika anda dapat mengetahui punca dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya, ia boleh membantu anda mengatasi masalah kencing malam daripada berlaku lagi.