Terasa macam perlu membuang air kecil tetapi takut hendak ke tandas angkara kencing sakit? Ia bukan masalah yang anda boleh pandang sebelah mata jika berlaku secara berulang kali.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Terasa macam perlu membuang air kecil tetapi takut hendak ke tandas angkara kencing sakit? Ia bukan masalah yang anda boleh pandang sebelah mata jika berlaku secara berulang kali.
Persoalannya, apa punca serta bagaimana rawat masalah kerap kencing dan sakit ketika kencing?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, kesakitan ketika membuang air kecil atau dysuria adalah sejenis kondisi yang agak lazim dan boleh terjadi kepada individu tanpa mengira usia dan jantina.
Bagi penderita penyakit ini, mereka bakal mengalami rasa perih, pedih, gatal atau terbakar apabila sedang kencing di samping kekerapan pembuangan air kecil yang meningkat mendadak.
Logiknya, anda mungkin fikir ketidakselesaan itu cuma akan berlaku di sekitar alat kelamin sahaja sedangkan kawasan dalaman berkaitan termasuk pundi dan salur kencing turut terkesan.
Apa yang lebih membimbangkan, ia juga mungkin merupakan indikator kepada isu-isu besar lain!
Ramai yang percaya bahawa kondisi ini disebabkan oleh masalah ‘kencing kotor’ tetapi tidak tahu apa makna atau punca sebenar di sebalik istilah itu. Adakah ia diakibatkan oleh tabiat anda selama ini?
Terdapat beberapa punca serta faktor risiko kerap kencing dan sakit ketika kencing seperti berikut:
Usah biarkan atau abaikan kondisi ini. Anda perlu cuba beberapa rawatan kencing sakit berikut:
Pertama dan paling penting, pesakit perlu minum air kosong dengan cukup sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari dalam usaha bagi mempercepatkan proses penyembuhan infeksi kencing.
Alasannya, minum banyak air bakal dapat membantu mengeluarkan bakteria yang mengakibatkan infeksi kencing. Selain air kosong, minuman lain seperti teh atau kopi juga boleh membantu.
Sehubungan di atas tadi, anda perlu usaha untuk lebih kerap kencing meskipun tidak selesa agar bakteria dapat dikeluarkan. Tambahan itu pula, amalan tahan kencing adalah sesuatu yang sangat tidak digalakkan bagi penderita masalah ini.
Sekiranya anda perlu duduk dalam tempoh masa yang lama bagi tujuan bekerja atau belajar, cuba bangun, berjalan dan bersenam seketika agar ketidakselesaan itu pergi sementara. Ini kerana otot dalam sistem perkumuhan harus lebih aktif.
Bagi mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa atau selepas buang air kecil, anda boleh cuba guna heating pad atau tuaman panas lain seperti kain atau tuala pada bahagian bawah abdomen.
Untuk memudahkan usaha anda, boleh juga cuba mandi air pancur atau kolam dengan suhu panas.
Selain itu, pastikan juga anda memakai pakaian terutama seluar dalam yang tidak terlalu ketat dan mampu menyerap peluh dengan baik bagi mengelak pertumbuhan dan penyebaran bakteria.
Sebaiknya, individu boleh cuba pakai seluar dalam daripada material kapas yang tentu lebih selesa.
Akhir sekali, anda perlu hindar daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana ia berpotensi untuk membuat simptom menjadi lebih teruk selain berisiko menyebabkan UTI.
Jika anda mula perasan wujud simptom pada diri, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang punca serta langkah yang anda boleh buat agar masalah ini tidak berlaku atau berulang!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen