backup og meta

6 Makanan & Minuman Ini Boleh Bantu Rawat Kencing Kotor Anda, Cuba Amalkan Setiap Hari!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/01/2023

    6 Makanan & Minuman Ini Boleh Bantu Rawat Kencing Kotor Anda, Cuba Amalkan Setiap Hari!

    Bagi anda yang mempunyai masalah kencing kotor, ada beberapa cara tradisional merawat kencing kotor yang boleh anda amalkan. Ini termasuklah air kelapa untuk kencing kotor. Ketahui lima lagi kaedah untuk merawat masalah tersebut di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Urologi, anda boleh klik di sini.

    6 cara tradisional merawat kencing kotor

    Sebenarnya, ada beberapa tip atau remedi di rumah yang boleh anda amalkan bagi merawat kencing kotor.

    Namun tidak ramai yang mengetahui tip-tip tersebut untuk melegakannya.

    Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan di sini enam kaedah dan cara tradisional merawat kencing kotor.

    Cara tradisional merawat kencing kotor 1: Jus kranberi

    Jus kranberi boleh dikatakan sebagai antara remedi yang paling terkenal bagi merawat masalah kencing kotor.

    Jus kranberi boleh membantu mencegah perkembangan bakteria dalam saluran kencing.

    Ada kajian menujukkan bahawa, pengambilan produk berasaskan buah kranberi boleh mengurangkan kadar kekerapan seseorang untuk mendapat jangkitan saluran kencing dari tahun ke tahun.

    Namun, cuba elakkan jus kranberi yang telah ditambah dengan gula kerana ia tidak membantu merawat kencing kotor anda.

    Cara merawat kencing kotor 2: Ambil probiotik

    Untuk makluman anda, probiotik merupakan mikroorganisme baik yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

    Probiotik yang baik boleh membantu menyeimbangkan kandungan bakteria dalam usus anda.

    Ada kajian yang menunjukkan bahawa, sesetengah kultur bakteria baik boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

    Malah, pengambilan probiotik bersama-sama antibiotik lebih berkesan mencegah kejadian kencing kotor berulang berbanding penggunaan antibiotik sahaja.

    cara tradisional merawat kencing kotor

    Anda boleh mendapatkan probiotik daripada jenis makanan ditapai seperti kimchi, teh kombucha dan juga yogurt asli.

    Cara tradisional merawat kencing kotor 3: Ambil suplemen semula jadi

    Terdapat beberapa jenis suplemen yang mungkin boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

    Antara suplemen semula jadi yang boleh anda ambil ialah seperti ekstrak bawang putih dan juga ekstrak kranberi.

    Kajian menunjukkan bahawa ekstrak bawang putih atau bawang putih itu sendiri mempunyai sifat antimikrob yang boleh merencatkan pertumbuhan bakteria.

    Ini sekali gus boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing

    Cara merawat kencing kotor 4: Minum banyak air

    cara tradisional merawat kencing kotor

    Tahukah anda, dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh sebenarnya boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan salur kencing?

    Ini kerana, jika anda kerap membuang air,  ia boleh membantu menyingkirkan bakteria daripada salur kencing dan mengelakkan jangkitan.

    Oleh sebab itu, jika tubuh mengalami dehidrasi, ia boleh menyebabkan perkembangan bakteria yang banyak.

    Jika anda mahu merawat kencing kotor yang sedang anda alami, banyakkan minum air setiap masa dan pastikan anda kekal hidrat sepanjang hari.

    Cara terbaik adalah dengan meminum air kosong.

    Cara tradisional merawat kencing kotor 5: Air kelapa untuk kencing kotor

    Air kelapa untuk kencing kotor? Ya, air kelapa sebenarnya boleh digunakan sebagai minuman alternatif untuk merawat kencing kotor.

    Air kelapa khususnya yang diperoleh daripada buah kelapa muda mengandungi kandungan garam mineral dan juga potasium yang boleh mencegah dehidrasi.

    Air buah ini juga dianggap sebagai minuman antibakteria yang baik untuk mencegah perkembangan bakteria dalam saluran kencing.

    Oleh itu, anda boleh cuba meminum air kelapa jika mengalami masalah kencing kotor. 

    Cara merawat kencing kotor 6: Makan buah bluberi

    cara tradisional merawat kencing kotor

    Buah bluberi juga boleh dimakan bagi merawat dan mencegah masalah kencing kotor.

    Ini kerana buah bluberi mempunyai kesan yang sama seperti buah kranberi.

    Buah ini boleh membantu menyingkirkan bakteria yang membiak dan berada dalam saluran kencing anda.

    Dengan itu, ia berkesan mengurangkan risiko anda daripada mengalami masalah kencing kotor.

    Buah bluberi ini boleh didapati di pasar raya besar sekitar kediaman anda. 

    Kesimpulan

    Secara umumnya, minuman dan makanan di atas ini boleh dijadikan sebagai alternatif atau remedi bagi membantu masalah kencing kotor.

    Ia tidak menyembuhkan kencing kotor sepenuhnya, tetapi mungkin boleh membantu melegakan simptom yang anda alami.

    Namun, jika simptom yang dialami tidak sembuh-sembuh atau semakin parah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan