backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Soal Jawab Doktor: Masalah Kerap Kencing, Apakah Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/12/2022

Soal Jawab Doktor: Masalah Kerap Kencing, Apakah Puncanya?

Soalan Pembaca: Kenapa Kerap Kencing Boleh Berlaku?

Hi doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai masalah kerap kencing.

Saya boleh dikatakan kerap membuang air kecil dalam sehari. Saya merupakan lelaki bujang, kini mencecah umur 30 tahun. Biasanya, saya akan kencing setiap 2 atau 3 jam sekali walaupun air kencing yang dikeluarkan tidaklah begitu banyak.

Rasa nak kencing kerap sangat berlaku sampai mengganggu waktu tidur saya. Saya akan terjaga daripada tidur secara automatik 2-3 kali, hanya disebabkan rasa ingin terkencing. Apa sebenarnya punca kerap kencing ini dan  berbahaya pada diri saya? Terima kasih doktor. 

Jawapan Doktor

Terima kasih atas soalan yang diberikan ini. Soalan yang ditanyakan ini sebenarnya banyak dialami oleh ramai individu di luar sana.

Namun, ramai yang menganggapnya sebagai satu masalah yang kecil dan sudah terbiasa dengan masalah kerap kencing tersebut.

Terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Namun, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor untuk menentukan apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah kerap kencing ini.

Secara umumnya, seseorang itu boleh dianggap mengalami masalah kerap kencing sekiranya dia membuang air kecil melebihi lapan kali sehari.

kenapa kerap kencing

Ini kerana, pundi kencing manusia berkemampuan untuk menyimpan air kencing sehinggalah ia benar-benar penuh dan menyebabkan seseorang itu hendak membuang air kecil kira-kira empat atau lapan kali sehari.

Jika anda membuang air kecil melebihi lapan kali sehari dan perlu bangun malam beberapa kali semata-mata untuk membuang air kecil, ia mungkin bermakna anda telah minum banyak air sebelum tidur.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin tanda masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, sila rujuk doktor sekiranya anda mengalami masalah kerap kencing terutamanya yang menganggu rutin harian anda. 

Jawapan ini disediakan oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Atau sertai komuniti kami untuk bertanyakan soalan terus kepada ahli perubatan atau berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti yang lain.

Kenapa kerap kencing? Ini mungkin puncanya

Kebiasaannya, seseorang itu akan terasa ingin membuang air kecil sekiranya dia meminum kuantiti air yang banyak.

Namun, jika masalah ini berpanjangan dan berlarutan, ia mungkin menandakan beberapa masalah lain yang berkaitan dengan fungsi tubuh anda.

Antara faktor kenapa kerap kencing adalah:

#1. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Jika anda kerap membuang air kencing dan dalam masa yang sama mengalami sakit badan dan demam, ia mungkin tanda anda mengalami jangkitan saluran kencing atau juga disebut UTI.

#2. Kencing manis atau diabetes

Selain itu, kekerapan membuang air kecil lebih daripada biasa juga mungkin menandakan anda mengalami penyakit diabetes.

Kerap kencing menjadi antara simptom awal kedua-dua diabetes jenis 1 dan juga jenis 2

#3. Hamil

kenapa kerap kencing

Bagi wanita pula, kenapa kerap kencing juga boleh menjadi tanda awal kehamilan.

Ini kerana, rahim yang semakin membesar akan memberikan tekanan pada pundi kencing sekali gus menyebabkan anda kerap membuang air kecil. 

#4. Ubat diuretik

Ubat diuretik digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi atau pengumpulan cecair dalam buah pinggang.

Oleh itu, apabila tubuh badan ingin membuang lebihan cecair ini, ia akan menyebabkan anda kerap kencing.

#5. Masalah prostat

Prostat yang membesar boleh menekan uretra dan menghalang aliran air kencing. Ini menyebabkan dinding pundi kencing menjadi rengsa.

Pundi kencing kemudiannya akan mula mengecut walaupun ia mengandungi hanya sedikit air kencing, dan menyebabkan masalah kerap kencing.

#6. Strok atau penyakit neurologi lain

kenapa kerap kencing

Kerosakan yang berlaku pada saraf yang bersambung dengan pundi kencing boleh menyebabkan gangguan pada fungsi pundi kencing.

Antaranya kerap membuang air kencing atau keinginan membuang air kecil secara tiba-tiba.

Enam punca di atas ini adalah antara punca yang paling biasa menyebabkan kenapa kerap kencing.

Selain itu, terdapat juga beberapa masalah lain yang berkaitan dengan kekerapan membuang air kecil.

Antaranya ialah, hiperkalsemia, kanser pundi kencing, kanser ovari dan kesan terapi radiasi. Namun, ia agak jarang berlaku.

Baca juga:

Apa yang anda perlu buat?

Sekarang pembaca telah mengetahui antara punca atau kemungkinan yang menyebabkan kenapa kerap kencing.

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan berjumpa doktor.

Ini kerana, masalah ini bukan berpunca daripada hanya satu punca sahaja.

Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti apakah punca sebenar masalah yang sedang anda alami.

Doktor berharap maklumat di atas dapat membantu anda mengetahui kemungkinan punca masalah kerap kencing.

Sebarang keraguan atau pertanyaan lanjut perlulah dirujuk dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr Zai Muhammad

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/12/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan