backup og meta

Mengapa Selalu Membuang Air Kecil Bila Cuaca Sejuk? Ini Alasannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2023

    Mengapa Selalu Membuang Air Kecil Bila Cuaca Sejuk? Ini Alasannya!

    Ada satu soalan berkaitan pundi kencing yang masih tiada bertemu jawapan hingga saat ini iaitu kenapa individu akan lebih kerap kencing bila sejuk? Adakah ia fakta atau mitos? Teruskan baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.

    Adakah misteri ini perkara benar dan normal?

    Untuk pengetahuan anda semua, fenomena ini memang benar serta normal berlaku kepada ramai individu di luar sana. Ia juga mungkin lebih popular dengan istilah saintifik – cold diuresis.

    Disebabkan oleh perkara itu, individu akan terasa seperti mahu buang air kecil dengan lebih kerap terutama ketika terdedah kepada persekitaran yang sejuk sama ada akibat cuaca atau suhu.

    Sebenarnya, anda mungkin tidak perlu risau kerana ia tindak balas tubuh badan yang biasa namun turut ada risiko bahawa ini adalah antara petanda penyakit berkaitan dengan sistem urologi.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Jadi, cuba untuk tidak risau namun masih perlu berwaspada jika ia berlaku dan berulang ya? Terus baca ini!

    kerap kencing bila sejuk

    Apa punca utama kerap kencing bila sejuk?

    Alangkah penatnya apabila terpaksa ke tandas banyak kali untuk buang air kecil. Ini bukan sahaja bakal buat aktiviti seharian anda terganggu malah kondisi fizikal dan mental juga akan terjejas.

    Persoalannya, kenapa fenomena ini berlaku? Berikut adalah punca utama kerap kencing bila sejuk:

    #1. Kurang keluar peluh bila sejuk

    Ketika berada di dalam persekitaran yang sejuk, tubuh badan akan kurang berpeluh akibat kurang bergerak dan beraktiviti lantas meningkatkan kuantiti cecair di dalam pundi kencing individu.

    Akibatnya, anda mungkin akan lebih kerap kencing kerana air yang patut keluar melalui peluh itu tidak keluar. Disebabkan itu pula, senaman ketika cuaca atau suhu sejuk itu mungkin diperlukan.

    #2. Tindak balas sistem imun bila sejuk

    Apabila udara sejuk datang dengan tiba-tiba, sistem imun tubuh badan kita akan bertindak untuk melindungi organ dalaman melalui banyak cara serta melibatkan pundi kencing itu sendiri.

    Alasannya, darah akan mula mengalir dengan lebih banyak dari dan ke semua organ termasuklah pundi kencing yang menyebabkan tekanan lantas meningkatkan keperluan untuk membuang air.

    #3. Tekanan darah yang meningkat mendadak

    kerap kencing bila sejuk

    Tekanan darah akan jadi tinggi ketika tubuh badan sedang kedinginan untuk menyesuaikan diri. Disebabkan tekanan yang tinggi itu, sistem imun akan menghantar isyarat kepada pundi kencing untuk membuang lebihan cairan yang sedia ada di dalam organ ini.

    Kesannya, ia juga boleh jadi sebab kenapa individu kerap kencing bila sejuk dan ini semua normal.

    Apa pula faktor risiko lain yang wujud?

    Di atas tadi, kami telah menyenaraikan beberapa punca utama yang mengakibatkan fenomena ini terjadi namun mungkin masih ada faktor risiko lain lagi yang berkaitan keadaan kesihatan anda.

    Untuk makluman anda semua, ada beberapa faktor risiko yang mungkin beri kesan seperti berikut:

    • Kencing manis
    • Batu karang
    • Masalah pundi kencing
    • Jangkitan salur kencing
    • Penyumbatan salur kencing
    • STD (herpes, sifilis, trikomoniasis, klamidia, gonorea dan lain-lain)

    Selain faktor bersifat fisiologi seperti di atas, ia juga mungkin bersifat psikologi di mana otak anda menghantar isyarat untuk membuang air kecil setiap kali tubuh badan mula rasa kesejukan.

    Ini mungkin angkara daripada kebiasaan yang sudah lama diamalkan sejak individu masih berusia kanak-kanak. Untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya, dapatkan info dan nasihat doktor.

    Kerap kencing bila sejuk juga boleh jadi bahaya!

    kerap kencing bila sejuk

    Ya, mungkin benar jika anda percaya bahawa ia adalah perkara benar dan normal namun ia tidak boleh dipandang enteng sahaja. Ini kerana ada risiko untuk ia boleh jadi kondisi yang kronik.

    Bayangkan jika individu terpaksa berulang-alik ke tandas berbelas atau berpuluh kali dalam masa beberapa jam sahaja. Ia sudah tentu akan menjejaskan tahap kesihatan mental dan fizikal.

    Tidak kurang dengan itu, kerap kencing bila sejuk turut mampu mendatangkan masalah kesihatan lain seperti dehidrasi, malnutrisi atau kerosakan kekal pada sistem perkumuhan manusia.

    Sebaiknya, segera jumpa doktor untuk diagnosis dan rawat segala masalah berkaitan agar masalah ini tidak berlaku dan berulang. Sesuatu yang anda rasa biasa itu mungkin luar biasa jika anda tidak pasti apa maksud, punca dan kesannya. Sayangi pundi kencing anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan