backup og meta

Kemaluan Gatal & Pedih Boleh Jadi Disebabkan 8 Perkara Ini, Kaum Hawa Sila Peka!

Kemaluan Gatal & Pedih Boleh Jadi Disebabkan 8 Perkara Ini, Kaum Hawa Sila Peka!

Umumnya, masalah kemaluan gatal dan sakit ketika kencing lebih cenderung dialami kaum wanita berbanding lelaki. Tetapi apakah faktor yang menjadi puncanya? Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

8 sebab kemaluan gatal dan sakit ketika kencing

Berikut antara punca yang menyebabkan keadaan gatal pada kemaluan serta rasa sakit ketika kencing:

1. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Merupakan antara penyebab utama kesakitan semasa kencing dalam kebanyakan kes. Jangkitan ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran kencing – seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing atau urethra. 

Kebiasaannya, UTI berlaku kerana jangkitan pada pundi kencing dan uretra.

[embed-health-tool-bmi]

2. Jangkitan yis

Penyebab gatal pada saluran kencing wanita bersama sensasi terbakar merupakan tanda biasa jangkitan yis. Ia sering terjadi apabila pertumbuhan yis berlebihan di dalam faraj.

Jangkitan ini adalah perkara normal untuk dialami wanita. Selain rasa pedih semasa membuang air kecil, jangkitan ini turut akan mengembangkan gejala lain seperti:

  • Gatal atau kerengsaan pada vulva dan faraj
  • Kemerahan atau bengkak pada vulva
  • Sakit pada faraj
  • Ruam di dalam atau sekeliling faraj
  • Keputihan berair seperti keju kotej dan tidak berbau

Untuk mengelakkan jangkitan yis berulang, adalah disyorkan untuk anda mengekalkan kebersihan diri yang baik dan memakai seluar dalam kapas untuk pernafasan.

kemaluan gatal dan sakit ketika kencing

3. Bakteria vaginosis

Lebih dikenali sebagai BV, berlaku apabila bakteria baik dan jahat dalam faraj disingkirkan semasa hubungan seksual ataupun disebabkan penggunaan pencuci feminin atau produk lain.

Ketidakseimbangan dalam bakteria semula jadi faraj boleh menyebabkan keputihan berbau busuk dan hanyir bersama sensasi terbakar semasa kencing. Gejala bagi jangkitan bakteria vaginosis adalah hampir serupa dengan jangkitan yis. 

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), BV merupakan jangkitan faraj paling biasa bagi wanita berusia antara 15 hingga 44 tahun.

Punca kemaluan gatal dan sakit ketika kencing #4. Jangkitan kelamin (STD)

Banyak penyakit kelamin boleh menyebabkan kencing yang menyakitkan sebagai salah satu simptomnya. 

Sebagai contoh, herpes, merupakan STD sangat biasa yang boleh mengakibatkan luka pada mulut dan alat kelamin – kesannya anda akan mengalami rasa sakit semasa kencing.

kemaluan gatal dan sakit ketika kencing

Uretra, vulva dan tisu faraj akan meradang dan menjadi lebih sensitif apabila anda mengalami STD.

Jangkitan kelamin lain, seperti klamidia, gonorea dan trikomoniasis juga boleh menyebabkan kemaluan gatal dan sakit ketika kencing.

5. Koyakan faraj berkaitan seks

Kesakitan menyucuk secara tiba-tiba bersama sensasi terbakar semasa membuang air kecil boleh terjadi kerana kesan melecet kecil akibat seks. Ia biasanya terjadi apabila berlaku koyakan faraj.

Untuk melegakan kesakitan dan rasa pedih semasa kencing, disarankan untuk mencurahkan air suam ke atas bahagian faraj semasa kencing bagi mendapatkan kelegaan.

Suhu air suam dapat membantu ‘mengganggu’ laluan saraf – yang boleh menghalang kesakitan.

Untuk menghindari keadaan ini daripada berulang – disyorkan untuk menggunakan pelincir secukupnya semasa hubungan seks.

Baca juga:

6. Produk pembersih wanita

Faraj tidak memerlukan pencuci atau sebarang produk pembersih. Sudah tentu anda boleh membersihkan bahagian vulva atau labia tetapi bukan saluran faraj.

Ini kerana faraj mempunyai ‘protokol’ pembersihan diri semula jadi – bermaksud ia akan memastikan ‘dirinya’ bersih mengikut keperluan.

7. Koyakan faraj selepas bersalin, punca kemaluan gatal dan sakit ketika kencing

Mungkin ramai yang mengalami rasa kesakitan ini apabila kencing selepas melahirkan anak.

Umumnya, semasa proses kelahiran bayi normal, semua tisu faraj meregang ke tahap maksimum untuk memberi ruang kepada bayi. Keadaan ini boleh mengakibatkan faraj dan perineum koyak atau terluka.

kemaluan gatal dan sakit ketika kencing

8. Masalah kulit

Terdapat beberapa keadaan kulit biasa boleh menyebabkan kegatalan di sekitar vulva:

  • Psoriasis 
  • Dermatitis seborrheic
  • Dermatitis kontak alahan
  • Folikulitis 
  • Dermographism atau skin writing

Gatal-gatal yang teruk di sekeliling vulva boleh menunjukkan lichen sclerosus atau lichen planus.

Jika anda mengesyaki mengalami mana-mana keadaan kulit ini, berunding dengan pakar kulit untuk mendapatkan penyelesaian rawatan terbaik.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai keadaan kemaluan gatal dan sakit ketika kencing ini, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian serta rawatan terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What could be causing my vagina to itch and a burning sensation when I urinate?https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/what-could-be-causing-my-vagina-to-itch-and-a-burning-sensation-when-i-urinate#, Accessed on Jan 16, 2023
  2. Bacterial Vaginosis (BV). https://www.cdc.gov/std/bv/stdfact-bacterial-vaginosis.htm, Accessed on Jan 16, 2023
  3. Bladder Infection (Urinary Tract Infection—UTI) in Adults. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/bladder-infection-uti-in-adults?dkrd=hispt0451, Accessed on Jan 16, 2023
  4. Vulval & vaginal irritation. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/vulva-vagina-ovaries-uterus/vulva-vaginal-irritation, Accessed on Jan 16, 2023
  5. Itchy Genitals: Causes, Types & Treatment. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12324-sexual-health-genital-itching, Accessed on Jan 16, 2023
  6. What You Should Know About Burning or Stinging with Urination. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2015/1101/p778-s1.html, Accessed on Jan 16, 2023 

Versi Terbaru

28/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Air Kencing Berlendir? Periksa Sama Ada Anda Menghidap Salah Satu Daripada 5 Penyakit Ini!

Bukan Lelaki Saja Ada Masalah Sukar Buang Air, Perempuan Pun Sama! Ini Puncanya, Berbeza Ikut Jantina


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan