Gonorea pula boleh menyebabkan:
- Pengeluaran cecair yang berwarna kuning atau hijau.
- Sakit ketika membuang air kecil.
- Pendarahan vagina di antara haid.
- Sakit pelvis.
Jangkitan kelamin perlu diperiksa oleh doktor. Jika anda disahkan mempunyai penyakit ini, anda dan juga pasangan perlu dirawat secepat mungkin.
Selalunya, STI akan dirawat menggunakan antibiotik yang dipreskripsi oleh doktor.
4. Sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome – IBS)

Sindrom usus rengsa merupakan penyakit lazim yang berlaku pada kawasan usus besar.
Mereka yang mengalami IBS selalunya mempunyai simptom seperti sakit abdomen, perut kembung, cirit-birit dan sembelit.
Satu lagi simptom yang menandakan IBS adalah lendiran pada saluran pencernaan.
Kadangkala, mereka yang mempunyai IBS boleh terkeliru dan tidak pasti sama ada lendiran yang mereka nampak berasal daripada kawasan dubur atau kemaluan masing-masing.
Pastikan anda berjumpa doktor jika mengalami sebarang kesukaran ketika membuang air besar. Kadangkala, ia boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti kanser kolon.
5. Batu karang punca kencing berlendir
Semua individu boleh mendapat batu karang. Walau bagaimanapun, ada beberapa orang yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit ini.
Sebagai contoh, batu karang lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding wanita.
Malah, jika anda mempunyai ahli keluarga dengan penyakit yang sama, atau pernah mengalami batu karang, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya pada masa hadapan.
Penyakit batu karang boleh menyebabkan kencing berlendir jika batu tersebut bergerak meninggalkan buah pinggang dan masuk ke dalam saluran urinari.
Untuk memudahkan pengeluaran batu tersebut, saluran urinari akan menghasilkan lebih banyak mukus daripada biasa.
Kesimpulan

Jika anda mendapati wujudnya lendiran di dalam air kencing anda, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kadangkala, air kencing berlendir tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
Walau bagaimanapun, terlalu banyak lendiran mungkin merupakan tanda masalah kesihatan yang anda belum tahu.
Dengan pemeriksaan yang menyeluruh, doktor dapat mengesahkan jika lendiran yang keluar berpunca daripada penyakit tertentu ataupun tidak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen