Abnormatliti ini boleh berlaku sejak lahir atau mula berkembang seiring dengan tumbesaran seseorang. Dalam kes yang lebih jarang, keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan kehadiran tumor.
5. Jangkitan menyebabkan hematuria
Jangkitan saluran kencing (UTI) berlaku apabila bakteria memasuki badan melalui uretra dan menjangkiti buah pinggang pesakit.
Pada sesetengah orang, hematuria akan berlaku apabila mereka dijangkiti UTI. Tambah lagi, dalam kalangan warga emas. Satu-satunya simptom UTI yang boleh dikesan kadangkala hanyalah darah mikroskopik dalam urin mereka.
Pesakit boleh mengalami glomerulonephritis yang berpunca daripada jangkitan post-streptococcal glomerulonephritis.
Penyakit ini boleh berlaku dalam masa seminggu atau dua minggu selepas pesakit sembuh daripada jangkitan di bahagian tekak ataupun kulit (impetigo).
Kanak-kanak lebih berisiko untuk menghidap post-streptococcal glomerulonephritis berbanding orang dewasa. Walaupun begitu, mereka cepat sembuh daripada jangkitan ini.
6. Glomerulonephritis berlaku disebabkan penyakit lain
Glomerulonephritis boleh berlaku disebabkan penyakit imun seperti lupus, sindrom Goodpasture, dan igA nephropathy.
Lupus merupakan jenis penyakit inflamasi kronik yang boleh menyerang kulit, sendi, buah pinggang, darah, jantung dan paru-paru pesakit.
Sindrom Goodpasture pula ialah jenis penyakit imun paru-paru yang seakan-akan pneumonia. Ia boleh menyebabkan glomerulonephritis dan juga pendarahan pada permukaan paru-paru.
IgA nephropathy pula merupakan episod pendarahan di dalam urin yang disebabkan oleh deposit daripada immunoglobulin A (IgA) di dalam glomeruli. Penyakit ini boleh berlaku selama bertahun-tahun tanpa sebarang simptom yang jelas.
Diagnosis dan rawatan
Semua penyakit ini mempunyai kaedah diagnosis dan rawatan yang berbeza. Oleh sebab itu, berhubunglah dengan doktor untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialami.
Rawatan hematuria, ureters disease dan glomerulonephritis
Penyakit yang berlaku pada kawasan saluran kencing selalunya akan dirawat dengan pemberian ubat tahan sakit, ubat-ubatan, antibiotik dan pembedahan.
Pemberian antibiotik

Pesakit yang mempunyai halangan pada saluran ureter mungkin memerlukan rawatan untuk membuang objek yang menyumbat saluran tersebut. Antara rawatan yang diberikan termasuk pemberian antibiotik untuk mengurangkan jangkitan.
Selain itu, pesakit yang didiagnosis dengan hematuria juga akan dibekalkan bersama antibiotik untuk merawat UTI yang mereka alami.
Mereka juga mungkin perlu melakukan terapi gelombang bunyi untuk memecahkan batu yang terbentuk pada pundi kencing atau buah pinggang mereka. Kadangkala, pesakit hematuria tidak memerlukan sebarang rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen