Masalah kencing tidak lawas atau inkontinens urin merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mengganggu ramai orang daripada pelbagai lapisan usia.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Masalah kencing tidak lawas atau inkontinens urin merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mengganggu ramai orang daripada pelbagai lapisan usia.
Sering dikaitkan dengan penuaan, kencing tidak lawas dikatakan merupakan sesuatu yang normal apabila telah meningkat usia.
Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Masalah kencing tak lawas boleh dielakkan walaupun ketika di usia tua.
Jika kondisi ini mengganggu kehidupan seharian, anda boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi. Malah, ada banyak rawatan yang dapat membantu pesakit yang menderita dengan masalah inkontinens urin.
Kadangkala, perubahan dari segi gaya hidup boleh mendatangkan kelegaan kepada ketidakselesaan yang dialami. Selain itu, ada juga ubat-ubatan dan produk tertentu yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Ramai individu yang mengalami masalah inkontinens urin rasa malu untuk bercakap mengenai kondisi mereka. Ada juga yang rasa kondisi ini bukanlah satu masalah yang besar dan boleh baik dengan sendirinya.
Oleh sebab itu, ada pesakit inkontinens urin yang pilih untuk menderita dalam diam.
Untuk pengetahuan anda, ketidakselesaan yang disebabkan oleh kencing tidak lawas boleh menyebabkan pelbagai masalah dari segi emosi dan psikologi.
Elakkan daripada membiarkan masalah ini menghantui diri anda. Ketahui punca dan jenis inkontinens urin serta langkah pencegahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ketidakselesaan disebabkan penyakit kencing tidak lawas.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Ramai orang yang menghidap inkontinens urin akan mengalami masalah untuk mengawal air kencing. Kadangkala, mereka tidak dapat menahan kencing dengan baik dan ‘terbabas’ sebelum sempat ke tandas.
Ada beberapa jenis inkontinens urin yang anda perlu tahu. Kondisi yang berbeza mungkin perlukan rawatan dan pendekatan yang berlainan.
Masalah inkontinens urin selalunya berlaku apabila otot dan saraf yang membantu pundi kencing untuk berfungsi dengan baik mengalami masalah. Untuk wanita, peristiwa seperti kehamilan, melahirkan anak dan menopaus boleh menjadi punca kencing tidak lawas.
Selain masalah yang digariskan di atas, ada beberapa punca lain yang mungkin menyumbang kepada inkontinens urin:
Individu yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami tekanan pada kawasan pundi kencing. Akibatnya, lama-kelamaan otot pada kawasan tersebut akan menjadi lemah.
Masalah untuk mengawal pundi kencing boleh berlaku kepada individu yang kerap mengalami sembelit.
Mereka yang sering meneran ketika membuang air besar boleh menyebabkan pundi kencing dan lantai pelvis menjadi semakin lemah. Tekanan dan stres pada otot ini boleh menyebabkan masalah inkontinens urin.
Masalah kesihatan seperti diabetes dan sklerosis berbilang boleh menyebabkan pesakit alami kecederaan saraf pada kawasan pundi kencing, uretra atau lantai pelvis.
Pembedahan yang melibatkan organ reproduktif wanita seperti hysterectomy boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan lantai pelvis, lebih-lebih lagi jika pembedahan tersebut melibatkan pengeluaran uterus.
Jika otot pada lantai pelvis tercedera, otot pada pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan masalah inkontinens urin.
Inkontinens juga boleh berlaku disebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI. Jangkitan ini boleh menyebabkan iritiasi pada kawasan pundi kencing dan menyebabkan anda alami ketidakselesaan dan rasa yang kuat untuk membuang air kecil.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah untuk membuang air kencing ialah dengan berjumpa doktor secepat mungkin.
Doktor akan melakukan beberapa jenis ujian dan menyemak sejarah perubatan anda. Selain itu, beliau juga mungkin akan bertanya beberapa soalan berkenaan simptom yang anda alami dan ubat-ubatan yang sedang diambil.
Jika anda telah melakukan sebarang pembedahan, pastikan anda memberitahu doktor semua informasi tentangnya. Untuk melakukan diagnosis, doktor mungkin akan melakukan ujian seperti:
Selain itu, anda juga mungkin perlu mencatat masa anda perlu ke tandas dan bila anda mengalami kebocoran urin.
Informasi ini boleh dicatat di dalam ‘bladder diary’ dan amat berguna untuk membantu doktor melakukan diagnosis dan rawatan.
Rawatan pula akan diberikan mengikut jenis inkontinens yang dialami. Kadangkala, gabungan pelbagai jenis rawatan mungkin diperlukan jika pesakit mengalami kencing tidak lawas yang serius.
Pada awal rawatan, doktor akan mecadangkan agar anda melakukan prosedur yang konservatif dan kurang invasif. Jika ia gagal, barulah doktor akan melakukan prosedur lain yang dirasakan bersesuaian.
Sebagai contoh, pesakit mungkin akan diminta untuk melakukan perubahan dari segi gaya hidup, senaman lantai pelvis (senaman kegel) atau melakukan latihan pundi kencing.
Jika kesemua langkah ini tidak menjadi, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan atau mencadangkan prosedur lain seperti pembedahan.
Ada banyak produk dan alat yang boleh membantu lelaki dan wanita yang mempunyai masalah inkontinens urin untuk hidup dengan lebih selesa seperti:
Walaupun penggunaan alat-alat ini bukanlah rawatan untuk kencing tidak lawas, ia dapat membantu anda untuk mengawal inkontinens yang dihadapi dengan lebih baik sebelum menerima rawatan selanjutnya.
Kadangkala, kencing tidak lawas berlaku tanpa sebarang amaran. Walaupun kondisi ini sukar untuk dielakkan, namun anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko inkontinens urin.
Antaranya adalah:
Penyakit kencing tak lawas boleh menyebabkan penghidapnya mengalami ketidakselesaan sepanjang hari. Malah masalah ini banyak menghantui kaum wanita berbanding lelaki tanpa mengira usia.
Walau apa saja punca masalah kencing tak lawas yang anda alami, pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kondisi ini sebenarnya dapat dirawat dan mungkin hanya memerlukan penyelesaian yang mudah.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen