#1. Kurangkan berat badan
Orang tua yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti cenderung lemah otot pelvik serta pundi kencing akibat lapisan lemak yang terkumpul.
Oleh itu, sila kurangkan berat badan seberapa yang mampu dengan berpandukan pada BMI anda untuk organ serta tubuh badan yang lebih sihat.
#2. Elakkan angkat beban
Orang tua yang kerap mengangkat beban, barang atau benda yang berat lebih mudah mendapat tekanan pada otot pelvik serta pundi kencing.
Jadi, cuba elakkannya jika boleh dan lakukannya dengan cara yang betul seandainya anda terpaksa lakukan untuk melindungi organ serta tulang belakang kalian.

Penawar kencing tak lawas #3. Berhenti merokok segera
Jika anda sudah berusia dan masih merokok, risiko inkontinen urin adalah lebih tinggi ekoran kekerapan batuk yang mengakibatkan tekanan pada otot pelvik dan pundi kencing.
Maka berhentilah segera sebelum terlambat kerana tabiat buruk ini juga boleh merosakkan kesihatan dan kehidupan anda di usia emas.
#4. Sila makan dan minum dengan betul
Warga emas harus elakkan diri daripada mengambil minuman berkafein serta beralkohol kerana ia hanya akan menjejaskan pundi kencing.
Kurangkan juga makanan yang pedas, berasid dan bergoreng kerana ia boleh membuat simptom inkontinen urin menjadi lebih teruk.
Cara lawaskan kencing #5. Bersenam
Setiap individu khususnya yang lewat usia sangat digalakkan untuk bersenam bagi menjamin kesejahteraan hidup di usia tua.
Senaman pelvik contohnya sangat bagus untuk dilakukan ekoran manfaatnya yang boleh menguatkan otot bahagian ini.

Orang tua harus lebih peka dengan kencing tak lawas!
Hanya disebabkan anda sudah berusia lewat dan berjantina wanita, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kalian tidak peka dengan masalah ini.
Ya, memang benar bahawa usia dan jantina adalah faktor utama ia berlaku namun masih wujud penawar kencing tak lawas yang boleh kalian cuba.
Apa yang lebih penting adalah kalian tidak mudah percaya dengan kaedah rawatan tradisional sebagai cara lawaskan kencing di media sosial.
Sebaiknya, sila berjumpa doktor dengan segera dan kerap sekiranya masalah kencing seperti ini berlaku demi mengelakkannya daripada terus berulang ya?