Masalah ini kerap dialami dan akan terus dideritai sekiranya tiada sebarang petua kencing tak lawas yang diamalkan oleh individu.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Masalah ini kerap dialami dan akan terus dideritai sekiranya tiada sebarang petua kencing tak lawas yang diamalkan oleh individu.
Bukan sahaja melalui perubatan moden, malahan cara lawaskan kencing yang tradisional juga wujud untuk kalian cuba.
Untuk mengetahui petua kencing tak lawas dengan lebih mendalam lagi, ayuh sama-sama kita semua ikuti artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Statistik menunjukkan bahawa sekitar 30% wanita di Malaysia mengalami masalah kencing tak lawas atau inkontinen urin.
Namun masalah ini juga adalah tidak mustahil untuk berlaku pada golongan lelaki khususnya buat mereka yang sudah lewat usia.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini berlaku apabila organ pundi kencing hilang kawalan untuk membuang air kecil.
Terdapat 5 jenis inkontinen urin yang paling utama iaitu stres, terdesak, melimpah, fungsi serta kombinasi.
Tanpa mengira jenisnya, kalian perlu tahu bahawa terdapat petua kencing tak lawas untuk mengawal dan mengelaknya daripada berterusan berlaku!
Untuk melepaskan diri daripada kondisi yang menyusahkan lagi menyiksakan ini, adalah wajar untuk kalian tahu cara lawaskan kencing.
Berikut merupakan beberapa petua kencing lawas yang kalian boleh cuba amalkan:
Senaman ini sangat efektif untuk mengurangkan lelehan air kencing namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.
Untuk melihat kesannya, adalah wajar untuk dipraktikkan sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
Mengangkat beban, barang atau benda yang berat boleh memberikan tekanan pada otot pelvik serta pundi kencing anda.
Jadi cuba elakkan ia jika boleh dan lakukannya dengan cara yang betul.
Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti boleh melemahkan otot pelvik serta pundi kencing akibat lapisan lemak yang terkumpul.
Oleh itu, sila kurangkan berat badan seberapa yang mampu dengan berpandukan pada BMI anda.
Maksudnya di sini adalah kalian perlu mengambil minuman yang sihat seperti air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Selain itu, elakkan juga daripada mengambil minuman berkafein serta beralkohol kerana ia hanya akan menjejaskan pundi kencing anda.
Selain minuman, makanan juga perlu dijaga untuk mengelakkan daripada berlakunya kerengsaan pada pundi kencing penderita.
Oleh itu, sila kurangkan makanan pedas, berasid dan bergoreng kerana ia boleh membuat simptom inkontinen urin menjadi lebih teruk.
Perbuatan meneran ketika membuang air besar hanya akan membuatkan dinding pelvik dan pundi kencing menjadi lebih lemah.
Ini akan berlaku terutamanya ketika kalian mengalami kondisi sembelit yang wajar dirawat segera untuk sistem perkumuhan yang lebih sihat.
Jika anda merokok, anda hanya akan mendekatkan diri kepada risiko inkontinen urin ekoran kekerapan batuk yang mengakibatkan tekanan pada otot pelvik dan pundi kencing.
Maka berhentilah segera sebelum terlambat, sebelum ia merosakkan kesihatan anda secara umumnya!
Selain 7 petua kencing tak lawas yang berdasarkan perubatan moden ini, mungkin juga kalian mahu cuba cara tradisional sendiri di rumah.
Tanpa mengira lelaki atau wanita, ada beberapa ramuan yang boleh diambil kononnya untuk mengawal masalah kencing tak lawas ini.
Berikut merupakan beberapa ramuan petua kencing tak lawas yang wujud:
Meskipun kesemua ramuan di atas terbukti memang bagus untuk kesihatan, namun masih belum ada bukti saintifik yang mengatakan ia bagus untuk merawat masalah inkontinen urin.
Mungkin tidak salah untuk kalian mencuba, namun tahap keberkesanannya itu tidak dapat dipastikan sepenuhnya.
Maka adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mencubanya.
Nasihat kami, gunakanlah 7 petua kencing tak lawas yang telah kami nyatakan di atas tadi okay!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen