Ramai menyangka bahawa masalah kencing kotor hanya boleh diatasi dengan banyak minum air kosong sahaja. Namun begitu, sebenarnya terdapat banyak lagi cara hilangkan kencing kotor dengan cepat yang anda boleh cuba!
Ikuti artikel ini sehingga tamat kerana kami akan kongsikan beberapa petua menarik yang dapat membantu anda melawaskan kembali saluran air kencing anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Urologi, sila dapatkannya di sini.
Tanda kencing kotor
Setiap individu pasti pernah berhadapan dengan masalah penyakit kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) ini.
Jangan terkejut, kerana kadangkala keadaan ini juga boleh menyebabkan seseorang mengeluarkan urin yang mengandungi darah.
Namun begitu, ada yang mengambil ringan mengenai masalah ini dan memilih untuk tidak mendapatkan rawatan lanjut kerana mereka beranggapan bahawa masalah ini tidak begitu serius.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit ini melibatkan jangkitan dalam saluran kencing, yang merangkumi uretra, pundi kencing, ureter dan ginjal.
Jangkitan yang berlaku pada pundi kencing ini dikenali sebagai Cystitis dan ia kerap dialami oleh golongan wanita dan wanita yang hamil berbanding lelaki. Ini berlaku kerana urethra wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki.
Sekiranya ia terjadi, penyakit ini akan menyebabkan individu mengalami beberapa tanda kencing kotor seperti yang berikut:
- Kepedihan semasa dan selepas membuang air kecil
- Rasa tekanan pada bahagian bawah pelvis anda
- Kekerapan membuang air kecil walaupun kuantitinya sedikit
- Urin mengandungi darah dan berbau busuk
- Sakit ketika melakukan seks
- Demam
Apa petua hilangkan kencing pedih perempuan?
Sebenarnya, individu yang menghidap masalah kencing kotor ini disarankan untuk membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor bagi mengelakkan risiko penyakit batu karang.
Sebelum anda mengetahui cara hilangkan kencing kotor dengan cepat dan lebih mendalam lagi, anda dinasihatkan juga untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya gejala yang anda alami tidak beransur pulih.
Berikut merupakan beberapa cara untuk melawaskan kembali saluran air kencing anda:
Cara hilangkan kencing kotor dengan cepat #1. Minum jus kranberi
Meminum jus kranberi adalah salah satu cara semula jadi untuk membantu anda melawaskan kembali saluran air kencing anda.
Pengambilan 2 gelas jus kranberi pada setiap hari sudah mencukupi untuk mencegah dan mempercepatkan pemulihan sekiranya jangkitan berlaku.
#2. Ambil vitamin C, antara cara hilangkan kencing kotor dengan cepat
Pengambilan vitamin C secara berkala dapat meningkatkan tahap keasidan air kencing anda dan seterusnya dapat mengurangkan kehadiran bakteria yang berbahaya dalam sistem saluran kencing anda.
Cara hilangkan kencing kotor dengan cepat #3. Buang air kecil secara teratur
Menahan air kencing dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan anda berisiko untuk menghidap penyakit ini. Anda dinasihatkan supaya jangan menahan kencing dalam tempoh yang terlalu lama.
Buang air kecil secara berkala untuk mengeluarkan bakteria dan sisa toksin di dalam badan anda secepat yang mungkin dan ini juga dapat mengurangkan tekanan pada pundi kencing anda.
#4. Kurangkan pengambilan bahan iritasi
Bahan iritasi seperti kafein dan alkohol yang berlebihan sebenarnya akan merengsakan saluran air kencing anda.
Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan bahan tersebut dan juga makanan yang pedas bagi menghindari masalah kencing kotor ini.
#5. Amalkan diet pemakanan yang sihat
Diet pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan serat dapat membantu memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan yang baik.
Pastikan anda konsisten mengambil pemakanan seimbang ini dalam diet harian anda.
Beberapa jenis ubat kencing kotor di farmasi
Pengambilan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor anda juga merupakan salah satu cara hilangkan kencing kotor dengan cepat. Kebiasaannya, antibiotik akan mengurangkan jangkitan dalam masa beberapa hari sahaja.
Namun begitu, terdapat beberapa kriteria yang perlu diteliti sebelum anda boleh mengambil ubat kencing kotor di farmasi ini.
Golongan yang layak untuk mengambil ubat antibiotik tersebut haruslah mempunyai tanda kencing kotor ini.
Manakala, golongan yang tidak mempunyai gejala penyakit tersebut disarankan untuk menggunakan petua semula jadi bagi melawaskan dan mencuci saluran air kencing mereka.
Beberapa jenis antibiotik yang selalu digunakan untuk merawat masalah kencing kotor ini adalah Trimethoprim, Nitrofurantoin, Cephalosporins, Penicillins, Fluoroquinolones dan Fosfomycin.
Namun begitu, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengenal pasti simptom yang anda alami bersesuaian atau tidak, sebelum anda mengambil ubat-ubatan tersebut.
Pastikan juga anda mengambil keseluruhan dos antibiotik yang ditetapkan oleh doktor, walaupun gejala anda mungkin telah hilang sebelum habis pengambilan antibiotik.
Kesimpulan
Kemungkinan gejala yang serius ini menandakan anda mempunyai penyakit batu karang juga!