Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit jangkitan saluran kencing (UTI) atau pernah mengalami simptom kencing kotor? Berapa lama untuk sembuh dari kencing kotor? Adakah kencing kotor sakit? Adakah kencing kotor tanda hamil?
Jangkitan saluran kencing ataupun urinary tract infection (UTI) merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam sistem urinari. Ini termasuklah pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra.
UTI boleh dirawat menggunakan antibiotik. Namun, rawatan tidak selalunya diperlukan kerana UTI kadangkala sembuh dengan sendirinya. Oleh sebab itu, ramai yang bertindak mengabaikan UTI disebabkan mereka tahu ia boleh sembuh sendiri.
UTI selalunya akan menyebabkan pesakit rasa tidak selesa. Jangkitan yang berlaku berulang kali perlulah diperiksa oleh doktor supaya punca di sebalik jangkitan tersebut dapat dikenal pasti.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Jangkitan Saluran kencing, sila dapatkannya di sini.
Simptom kencing kotor atau jangkitan saluran kencing
Berapa lama untuk sembuh dari kencing kotor? Adakah kencing kotor sakit? Adakah kencing kotor tanda hamil?
Antara simptom dan tanda kencing kotor yang anda perlu perhatikan ialah:
1. Rasa terdesak untuk membuang air kecil
Adakah kencing kotor sakit?
Salah satu simptom kencing kotor ialah rasa terdesak untuk membuang air kecil. Pesakit akan rasa ingin membuang air secara tiba-tiba dan sukar untuk menahan kencing.
Keadaan ini bukan sahaja akan membuatkan anda rasa tidak selesa, malah ia boleh mengganggu aktiviti harian. Langkah yang terbaik untuk menangani kondisi ini adalah dengan merawat punca UTI yang pesakit alami.
Selalunya, UTI berlaku sebagai simptom kepada penyakit lain yang belum didiagnosis oleh doktor. Setelah doktor merawat penyakit tersebut, jangkitan saluran kencing yang pesakit alami sepatutnya akan turut sembuh.
Simptom kencing kotor #2. Rasa sakit ketika membuang air kecil
Adakah kencing kotor sakit?
Rasa sakit ketika membuang air kecil merupakan satu tanda kencing kotor yang amat merisaukan. Ia akan membuatkan pesakit rasa menderita dan tidak selesa ketika membuang air kecil.
Rasa pedih yang berlaku adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang menyebabkan urin menjadi asidik. Oleh sebab itu, apabila urin keluar, ia akan menyebabkan pesakit rasa sakit dan pedih.
Lebih teruk lagi, pesakit yang alami UTI bukan sahaja akan rasa sakit, malah mereka juga perlu ke tandas berkali-kali disebabkan rasa kencing tidak lawas.
Rasa sakit ketika membuang air kecil turut dikenali dengan nama dysuria. Selalunya, dysuria akan berlaku bersama-sama UTI. Ia merupakan salah satu simptom yang menandakan anda mempunyai masalah kesihatan lain yang mungkin belum didiagnosis.
3. Jangan terkejut! Buang air dengan jumlah yang sedikit juga simptom kencing kotor!
Jika anda terpaksa meneran untuk membuang air ataupun hanya mengeluarkan urin yang sedikit setiap kali anda ke tandas, ini mungkin merupakan tanda anda mengalami jangkitan saluran kencing.
Walaupun begitu, ada banyak sebab yang mungkin menjadi punca anda alami masalah ini. Antaranya ialah dehidrasi, jangkitan ataupun terdapatnya halangan pada saluran urin.
Selalunya, individu yang buang air dengan jumlah yang sedikit juga akan alami masalah untuk mengawal kencing. Oleh sebab itu, mereka mungkin sering ‘terbabas’ dan terkencing di dalam seluar.
Walau apapun puncanya, anda tidak sepatutnya membiarkan kondisi ini berlarutan dalam masa yang lama.
Pastikan anda berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan anda membuang air dalam jumlah yang sedikit.
4. Air kencing berwarna keruh antara simptom kencing kotor
Semua orang tidak terlepas daripada mengalami perubahan warna air kencing. Malah, ia merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mungkin berpunca daripada pola pemakanan anda. Air kencing juga boleh menjadi keruh jika anda mengalami dehidrasi.
Kadangkala, makanan seperti ubi bit, beri hitam, dan kacang parang boleh menyebabkan urin bertukar warna menjadi merah gelap.
Walau bagaimanapun, perubahan ini juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan. Sebagai contoh, air kencing yang berwarna keruh selalunya menandakan jangkitan pada kawasan pundi kencing, uretra atau buah pinggang.
Selalunya, air kencing yang sihat mempunyai warna kuning cair ataupun jernih. Kadangkala, air kencing yang berwarna keruh berlaku disebabkan adanya darah di dalam urin.
5. Darah di dalam air kencing
Darah di dalam urin atau turut dikenali sebagai hematuria mungkin merupakan tanda penyakit yang lebih serius. Walaupun hematuria lazimnya tidak berbahaya, penting untuk anda bertemu dengan doktor bagi menentukan punca sebenar pendarahan.
Simptom kencing kotor #6. Bau air kencing yang kuat
Selalunya, bau air kencing yang kuat bukanlah petanda masalah kesihatan. Malah, ada pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan bau tersebut. Sebagai contoh, anda boleh minum lebih banyak air dan kurangkan pengambilan makanan yang berbau.
Antara sebab yang membuatkan urin berbau kuat adalah:
- Mengambil makanan seperti kopi atau asparagus
- Tidak minum air dengan mencukupi
- Makan beberapa jenis ubat-ubatan
- Suplemen yang mengandungi vitamin B6
Walau bagaimanapun, bau yang tidak menyenangkan juga boleh menjadi salah satu tanda kencing kotor terutamanya jika anda mengalami lebih daripada satu simptom kencing kotor seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan ambil mudah jika anda alami masalah kencing berbau. Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin kerana ini salah satu simptom yang bahaya.
7. Sakit pelvis disebabkan jangkitan saluran kencing
Wanita yang mengalami sakit pelvis, terutamanya pada kawasan tengah pelvis dan sekitar pangkal paha perlu lebih berhati-hati.
Rasa sakit ini mungkin merupakan salah satu simptom, lebih-lebih lagi jika anda alami sakit belakang dan sering bangun malam untuk membuang air.