backup og meta

5 Makanan Perlu Elak Jika Alami Kencing Kotor, Sebaiknya Ambil 5 Makanan Ini!

5 Makanan Perlu Elak Jika Alami Kencing Kotor, Sebaiknya Ambil 5 Makanan Ini!

Sebenarnya, terdapat banyak pantang larang jika anda terkena kencing kotor. Antara aspek paling penting, individu kena tahu makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor. Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.

Apa maksud kondisi kencing kotor?

Untuk pengetahuan anda semua, kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI) akan terjadi apabila terdapat bakteria yang merebak, membiak lantas menjejaskan kawasan tersebut.

Apabila berlaku infeksi ini, ia boleh menyebabkan individu mula rasa tidak selesa, sakit dan pedih terutama ketika membuang air kecil meskipun mungkin masih lagi terasa di waktu yang lain.

Ada beberapa faktor risiko yang menjadi punca kondisi ini berlaku dan bertambah teruk, contohnya seperti di bawah:

  • Kecacatan salur kencing
  • Anatomi wanita
  • Sudah menopaus
  • Aktiviti seksual tidak sesuai
  • Pengambilan pil kontraseptif
  • Penggunaan alat kateter
  • Masalah pada sistem imun

Dalam pada itu, faktor makanan untuk kencing kotor juga wajar dipertimbangkan kerana ada yang harus diambil atau dihindar ketika mengalami masalah ini. Persoalannya, jenis makanan yang mana satu untuk rawatan UTI?

makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor

Makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor, seperti senarai berikut:

#1. Gula

Makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor pertama adalah gula kerana ia akan merengsakan pundi kencing sekali gus meningkatkan kekerapan individu ke tandas yang sudah tentu tidak menyenangkan.

Jika anda seorang yang gemar makanan manis, cuba gantikan gula alternatif seperti pemanis semula jadi stevia dan lain-lain.

#2. Buah sitrus

Kemudian, elakkan juga buah-buahan sitrus termasuk oren, limau, lemon dan sebagainya kerana pengambilan dalam kuantiti banyak boleh menjejaskan pundi kencing yang memang sudah terjejas.

Dalam erti kata lebih mudah, lebih banyak anda ambil buah-buahan yang berasid, lebih parah kondisi UTI anda itu.

makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor

#3. Coklat

Ketiga, coklat yang tinggi lemak dan kalori juga wajar dielakkan ekoran ia mengandungi kafein. Buat anda yang mungkin belum tahu, kafein di dalam minuman kopi dan teh itu musuh utama pesakit UTI.

Bagi menjaga kesihatan pundi kencing anda, mungkin perlu ambil coklat gelap yang rendah kafein, lemak dan kalori.

#4. Daging

Keempat, daging terutama yang diproses dan dipaket tinggi dengan kandungan natrium, nitrat dan nitrit yang ramai mungkin belum tahu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan pundi kencing kita.

Daripada memakan daging sedemikian, adalah jauh lebih baik untuk anda beralih untuk memakan daging yang segar.

#5. Makanan yang pedas

Terakhir, makanan pedas sudah tentu akan merengsakan pundi kencing gara-gara penggunaan rempah seperti cili, lada dan lain-lain yang mungkin sedap untuk lidah namun tidak bagus untuk organ dalaman.

Lebih-lebih lagi jika anda terpaksa minum air yang banyak selepas itu, kekerapan ke tandas juga sudah pasti meningkat.

Makanan yang perlu diamalkan ketika kencing kotor

makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor

Sebaliknya, individu yang mempunyai masalah UTI disarankan mengambil makanan untuk kencing kotor ini:

  1. Air kelapa untuk kencing kotor – Air daripada buah kelapa mengandungi garam mineral, potasium yang mampu mengelak dehidrasi di samping sifat antibakteria yang boleh membunuh bakteria penyebab UTI.
  2. Probiotik – Makanan tinggi probiotik seperti keju, yogurt, tempe dan lain-lain bagus untuk menyeimbangkan kadar bakteria baik dan jahat di dalam organ dalaman kalian.
  3. Suplemen – Suplemen semula jadi seperti ekstrak bawang putih mempunyai sifat antimikrob yang sangat baik dalam usaha untuk membunuh sekali gus menghapuskan bakteria.
  4. Buah beri – Buah ini mampu dimakan begitu sahaja atau dibuat jus yang tidak hanya enak malah mampu bantu membuang bakteria di dalam salur kencing anda.
  5. Buah kranberi – Sama seperti buah di atas, buah ini juga boleh dibuat jus atau dimakan begitu sahaja untuk bantu membunuh bakteria penyebab kencing kotor.

Konklusinya, ada banyak makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor serta sebaliknya. Jika anda masih ragu-ragu, dapatkan pandangan dan rawatan klinikal daripada doktor!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What to eat (and what to avoid) during a UTI, https://www.eehealth.org/blog/2019/05/what-to-eat-during-a-uti/, Accessed Jan 25 2023.
  2. Foods that irritate the bladder, https://www.newhealthadvisor.org/foods-that-irritate-the-bladder.html, Accessed Jan 25 2023.
  3. Foods for your bladder, https://www.urologyhealth.org/healthy-living/care-blog/10-foods-your-bladder-will-fall-in-love-with, Accessed Jan 25 2023.
  4. Eight Ways to Prevent a Urinary Tract Infection, https://www.chla.org/blog/rn-remedies/eight-ways-prevent-urinary-tract-infection, Accessed Jan 25 2023.
  5. The Best Home Remedies for UTI. https://www.nafc.org/bhealth-blog/home-remedies-for-utis, Accessed Jan 25 2023.

Versi Terbaru

17/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Elak 5 Makanan Ini Jika Anda Ada Masalah Kencing Kotor, Makin Buruk Jadinya Nanti!

Serik Masalah Kencing Kotor Selalu Berulang? Cuba Minum Jus Kranberi Untuk Elak UTI!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan