Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/08/2020

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Apabila anda tak cukup tidur dan rasa mengantuk, ia boleh mengundang pelbagai jenis masalah dalam semua aspek kesihatan.

    Tidur merupakan satu elemen kelanjutan usia yang penting bagi setiap individu.

    Ia mempunyai kepentingan pada setiap sistem yang beroperasi di dalam badan.

    Kebanyakan individu yang mempunyai masalah tidur kurang berinteraksi dengan pasangan terutamanya dalam aspek hubungan intim.

    Apa yang lebih teruk lagi, masalah susah nak tidur boleh menjadi satu rutin kepada pesakit menyebabkan ia boleh mempengaruhi integriti hubungan dalam jangka masa panjang.

    Apabila rasa mengantuk, katakan tidak kepada hubungan seks

    rasa mengantuk

    Jangan salah faham, ini bukan saranan tetapi alasan yang diungkapkan oleh ramai individu yang tak cukup tidur.

    Mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur kronik kebiasaannya tidak berminat untuk menjalinkan hubungan intim dengan pasangan.

    Ia berikutan masalah ini boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom seperti kelesuan, rasa mengantuk dan kurang tenaga.

    Perkara di atas akan mempengaruhi tahap keinginan seseorang untuk mengadakan hubungan seks.

    Robert Thayer yang merupakan Profesor Psikologi di Universiti California percaya gabungan masalah kurang tenaga dan tekanan berpunca daripada masalah tidak cukup tidur boleh menyebabkan masalah disfungsi seks.

    Bagaikan paradoks, individu yang mengalami masalah ini kebiasaannya akan berasa resah gelisah untuk berehat.

    Keletihan tersebut tidak akan menyebabkan mereka rasa mengantuk malah mengakibatkan masalah susah tidur menjadi bertambah teruk.

    Ini menyebabkan mereka mempunyai kesukaran untuk menjalinkan hubungan intim berfaktorkan kepada jumlah tenaga rendah dan keresahan yang berlanjutan.

    Nafsu seks dan masalah apnea ketika tidur

    rasa mengantuk

    Masalah susah tidur dan rasa mengantuk kronik boleh menyebabkan jumlah testosteron individu terlibat berada pada paras yang rendah.

    Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 2011.

    10 subjek lelaki hanya dibenarkan untuk tidur selama 5 jam sehari untuk tempoh 8 malam.

    Dapatan menunjukkan penurunan paras testosteron yang dialami pada waktu siang berlaku pada kadar 10 hingga 15 peratus.

    Tahap hormon paling rendah dikesan terutamanya pada waktu tengah hari dan petang. Subjek turut berasa lesu sepanjang tempoh kajian tersebut.

    Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya peranan tidur dalam mengembalikan produktiviti individu serta mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum.

    Bagi mereka yang menghidap masalah apnea tidur, kesan negatifnya terhadap paras testosteron adalah lebih nyata.

    Penghasilan hormon seks testosteron memerlukan fasa tidur rapid eye movement (REM) yang tidak terganggu.

    Jika seseorang individu itu mengalami masalah susah tidur dan sering rasa mengantuk dalam satu tempoh masa yang lama, ia boleh meningkatkan penghasilan hormon stres, kortisol.

    Faktor ini turut mempengaruhi fungsi badan dalam menghasilkan hormon testosteron menyebabkan masalah disfungsi seksual.

    Lihat sahaja pada lelaki yang mengalami masalah stres kronik. Majoriti mengalami masalah dengan nafsu seks.

    Walaupun mekanisme peningkatan dan penurunan hormon tidak sama, kesan negatif kedua-dua masalah ini berpunca daripada masalah yang sama (hormon kortisol tinggi, testosteron rendah).

    Anda mungkin berminat:

    Selalu rasa mengantuk jejaskan hubungan anda dengan pasangan

    tak cukup tidur

    Mereka yang berasa letih dan mengantuk sukar untuk bertoleransi dengan kekurangan yang ada pada pasangan.

    Ia berikutan masalah tak cukup tidur boleh menyebabkan perubahan mood mendadak pada individu yang mengalaminya.

    Perkara ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan isteri/suami, anak dan orang sekeliling.

    Ibu bapa yang tidak cukup tidur sering berasa bimbang sekiranya mereka tidak meluangkan masa yang cukup dengan anak.

    Apa yang lebih teruk, masalah ketidakstabilan mood biasanya berlaku ketika anak pulang dari sekolah atau ketika anda sepatutnya bermesra dengan pasangan.

    Seperti apa yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti California, mereka yang kurang tidur sering berasa penat pada waktu tengah hari dan petang.

    Keadaan ini meningkatkan risiko individu tersebut untuk mengalami masalah mental seperti keresahan dan kemurungan.

    Menurut pakar, mereka yang mengalami masalah insomnia turut mempunyai kesukaran untuk menghadapi stres walau sekecil mana pun.

    Kalau sering rasa mengantuk, kita hanya memikirkan bila boleh tidur dan bagaimana cara nak ‘menyelinap’ untuk tidur sebentar.

    Ia boleh menyebabkan fungsi perhatian, tumpuan, memori, kebolehan menyelesaikan masalah dan prestasi terjejas.

    Apabila kesemua simptom disfungsi tersebut dengan ketidakstabilan mood, masalah dalam hubungan intim sukar untuk dielakkan.

    Konklusi

    Penting bagi anda untuk mendapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 7 jam sehari).

    Kajian menunjukkan mereka yang mengalami masalah tidur kronik dan sering rasa mengantuk cenderung untuk mengalami disfungsi biologi.

    Keadaan ini boleh menyebabkan hubungan intim anda dengan pasangan terjejas.

    Dapatkan bantuan perubatan daripada pusat kesihatan berhampiran sekiranya anda mengalami masalah insomnia sekarang.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/08/2020

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan