Fakta Dan Mitos Tentang Insomnia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Insomnia adalah masalah berkaitan tidur malam yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia mahupun jantina. Jom ambil tahu mengenai fakta dan mitos tentangnya.

Fakta dan mitos insomnia

Jika anda membuat carian di Google, pastinya terdapat pelbagai maklumat dan informasi yang akan anda perolehi. Tetapi adakah ia merupakan maklumat yang boleh dianggap sebagai fakta atau sekadar mitos

Berikut adalah beberapa fakta dan mitos mengenai insomnia yang harus anda ketahui:

Insomnia adalah isu berkaitan mental

Ini adalah mitos. Sememangnya masalah berkaitan psikologi boleh menyebabkan anda sukar tidur. Malahan tekanan merupakan punca utama individu sukar untuk tidur. Walau bagaimanapun, ia bukanlah pencetus masalah ini. 

Terdapat banyak perkara lain yang boleh mengakibatkan anda sukar tidur. Ia adalah termasuk tahap kebersihan tidur yang kronik, kesakitan yang didasari oleh masalah kesihatan seperti masalah apnea tidur dan kesan sampingan ubatan yang diambil.

Tahap kebersihan tidur dalam istilah perubatan merujuk kepada kepelbagaian amalan dan habit yang dilakukan untuk mendapatkan waktu tidur malam yang berkualiti dan fokus pada siang hari dengan sebaiknya. 

Minum beralkohol akan membantu anda untuk tidur

Ia adalah mitos. Insomnia merupakan satu masalah sukar untuk tidur atau kekal tidur dan akan membuatkan anda tidak mendapat rehat pada waktu malam dengan baik. Anda berasa pengambilan minuman beralkohol akan membantu anda tidur?

Fikirkan kembali. Ini kerana apabila alkohol mula mengalir ke dalam badan anda, ia cenderung untuk membuatkan tidur anda terganggu, tidak mendapat tidur berkualiti dan mungkin membuatkan anda bangun lebih awal.

Senaman membantu anda tidur

Ia adalah fakta. Sesungguhnya bersenam secara teratur merupakan satu cara terbaik yang dapat merangsang anda untuk tidur dengan lebih baik. Jika anda mengalami masalah tidur, elakkan daripada melakukan kerja sehingga lewat malam.

Walau bagaimanapun, melakukan senaman intensiti tinggi boleh menyebabkan anda berdepan kesukaran untuk tidur. Ia juga boleh meningkatkan suhu badan anda untuk tempoh lebih enam jam. Sebaiknya lakukan senaman dua atau tiga jam sebelum waktu tidur anda.

Menonton televisyen boleh membuatkan anda mengantuk

Sudah pasti ini adalah satu mitos. Membaca menerusi gajet seperti telefon pintar atau laptop mahupun menonton televisyen tidak akan membuat anda mengantuk. Sebaliknya aktiviti seperti ini akan lebih membuatkan anda terjaga. 

Cahaya dan bunyi daripada gajet mahupun televisyen boleh menurunkan tahap melatonin otak. Sedangkan untuk tidur, anda memerlukan tahap melatonin yang tinggi. Jadi mungkin pilihan yang lebih baik, dengarkan lagu berentak perlahan.

Bantuan tidur tiada risiko

Ini merupakan satu mitos. Memang betul ubat tidur merupakan satu pilihan yang selamat dan lebih efektif. Tetapi setiap ubatan mempunyai risiko tersendiri, termasuklah kecenderungan untuk terlalu bergantung kepada ubat tersebut.

Sebaiknya dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor sebelum memutuskan penggunaan pil tidur. Sesetengah bantuan tidur ini dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur, tetapi hanyalah untuk sementara. Ia tidak dapat menyembuhkan masalah yang dihadapi ini.

Ganti tidur

Atasi masalah kurang tidur dengan mengganti tidur? Mitos semata-mata. Ia bukanlah mudah untuk menggantikan waktu tidur yang sudah anda terlepas. Tidur untuk tempoh yang lama boleh mengganggu jam semula jadi badan anda. 

Gangguan ini berkemungkinan akan menyebabkan anda lagi sukar untuk tidur pada waktu tidur seterusnya. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan kembali waktu tidur biasa anda. 

Tidur siang dapat mengimbangi sukar tidur

Ini juga adalah mitos. Tidur siang memberikan kesan yang berbeza kepada setiap individu. Bagi sesetengah individu, tidur siang untuk tempoh 10 hingga 20 minit pada waktu tengah hari boleh memberikan kesegaran. 

Sebaliknya, individu dengan masalah ini yang tidur siang boleh mengurangkan pemacu tidur otak. Keadaan ini sekali gus lebih mendatangkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

Belajar untuk tidur kurang

Boleh ke belajar untuk tidur kurang? Sudah tentu ia adalah satu mitos dan mempercayainya hanya akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Setiap individu dilahirkan dengan keperluan tidur yang telah ditetapkan. Umumnya, individu dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 8 jam sehari.

Jika anda kurang tidur, ia akan membuatkan anda sukar untuk menumpukan perhatian dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara. Lebih kronik, ia boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja, peningkatan risiko terlibat dengan kemalangan serta masalah kesihatan secara menyeluruh.

Sukar tidur? Bangun dari katil

Ia adalah fakta. Daripada anda terus bergolek di atas katil untuk tempoh lebih daripada setengah jam, mungkin adalah lebih baik untuk anda bangun. Dapatkan bahan bacaan ringan atau dengarkan muzik yang santai. 

Melakukan aktiviti yang tenang boleh membantu anda untuk berehat dan berasa mengantuk. Terus berada di atas katil hanya akan membuatkan anda resah.

Latih diri untuk tidur

Adakah ia fakta atau mitos? Sudah tentu ia fakta. Anda boleh melatih badan untuk berhubungan dengan tingkah laku tertentu yang berkaitan dengan tidur. Kuncinya sudah tentu konsisten. Membaca buku untuk tempoh sejam atau mendapatkan mandian panas sebelum tidur mungkin dapat membantu anda. 

Carilah aktiviti yang boleh dan berkesan untuk membantu anda tidur. Seterusnya jadikan ia sebagai satu perkara yang perlu dilakukan setiap kali tiba waktu tidur.

Masalah tidur akan berlalu

Semestinya ia adalah mitos. Selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca anda mengalami kesukaran untuk tidur, sama ada disebabkan tekanan, ubatan, penyakit atau sebarang isu yang mendasari, usah berharap masalah ini akan berakhir. 

Dapatkan bantuan

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur atau sukar untuk kekal tidur, atau anda mungkin secara konsisten berasa kelesuan walaupun selepas tidur malam, ia mungkin petanda bahawa anda mengalami masalah gangguan tidur. 

Cara yang terbaik, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Jangan abaikan masalah ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih kronik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

    Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

    Jika anda berasa pening kepala walaupun tidak bergerak, itu adalah vertigo. Ini tip cara tidur orang vertigo untuk bantu kurangkan simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

    Kopi, minuman pilihan ramai, terutamanya pada waktu pagi. Kandungannya merangsang badan dan minda. Tahukah anda segelintir individu mempunyai alergi kopi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Alahan, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susah tidur

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    melelapkan mata

    Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara tidur ikut tempoh masa

    Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat berenang malam

    Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan