backup og meta

Terkejut Dengar Bayi Berdengkur, Bahaya Jika Ia Muncul Bersama Simptom Lain!

Terkejut Dengar Bayi Berdengkur, Bahaya Jika Ia Muncul Bersama Simptom Lain!

Sebenarnya, bayi tidur berbunyi itu perkara biasa gara-gara bunyi pernafasan dan pergerakan mereka. Namun, bagaimana pula jika bayi tidur berdengkur? Adakah ia masih normal?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.

Hidung tersumbat, fenomena lazim yang menyebabkan bayi tidur berdengkur

Pada kebanyakan masa, bayi tidur berdengkur mempunyai masalah hidung tersumbat.

Masalah ini lebih jelas pada bayi muda. Semakin mereka membesar, saiz lubang hidung mereka juga makin besar, jadi masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya.

Selain itu, masalah hidung tersumbat juga boleh hilang menggunakan titisan cecair saline.

Jika masalah berdengkur mereka tidak juga hilang, ia mungkin merupakan tanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Dalam konteks tersebut, anda disarankan untuk merakam bunyi dengkuran dan memainkannya semasa janji temu dengan pakar pediatrik.

Masalah lain yang bleh menyebabkan bayi tidur berdengkur

bayi tidur berdengkur

Simptom bayi tidur berdengkur tidak hanya merujuk kepada satu keadaan kesihatan yang spesifik.

Terdapat pelbagai jenis diagnosis yang boleh dibuat bergantung kepada simptom yang dialami oleh bayi anda.

Sebagai contoh, si manja mungkin mengalami masalah tonsil bengkak, septum hidung bengkok atau apnea tidur.

Keadaan tersebut boleh menghalang proses pernafasan normal dan menyebabkan pelbagai jenis isu berkaitan termasuklah isu kualiti tidur.

Bagi keadaan seperti septum hidung bengkok, hampir 20% bayi lahir dengan menghidap masalah ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi tidak menunjukkan sebarang simptom dan masalah tersebut akan hilang apabila bayi meningkat usia.

Bagi masalah seperti apnea tidur pula, ia lebih lazim berlaku pada kanak-kanak. 

Kira-kira 1 hingga 3% daripada si kecil yang berdengkur didiagnosis dengan masalah apnea tidur.

Simptom tidur berdengkur bagi si kecil, jika tidak hilang apabila usia mereka meningkat boleh mendatangkan pelbagai jenis implikasi kesihatan.

Kanak-kanak yang berdengkur kebiasaannya mengalami kesukaran untuk makan, tidak menunjukkan peningkatan berat normal dan mempunyai masalah berkaitan jantung, peparu, tekak dan mulut.

bayi tidur berdengkur

Laringomalasia, masalah yang menyebabkan bunyi bising ketika bernafas

Selain daripada punca yang telah dinyatakan di atas, laringomalasia turut boleh didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak yang berdengkur.

Keadaan ini berpunca daripada tisu kotak suara yang melembut. Akibatnya struktur tersebut menjadi tidak normal dan longlai.

Tisu tersebut akan menutupi sebahagian bukaan laluan pernafasan dan menghalang aliran udara keluar masuk.

Keadaan tersebutlah yang menyebabkan anak anda mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas atau berdengkur ketika tidur.

Bagi 90% bayi yang didiagnosis dengan masalah ini, simptom tersebut akan hilang tanpa rawatan apabila usia mereka mencecah 18 hingga 20 bulan.

Namun, segelintirnya akan mengalami masalah laringomalasia teruk sehingga menghalang pernafasan dan pengambilan makanan.

Dalam kes sedemikian, pembedahan bagi membetulkan struktur terlibat boleh membantu meredakan simptom.

Kesan masalah tidur tidak cukup terhadap perkembangan kanak-kanakbayi tidur berdengkur

Kanak-kanak yang mengalami masalah tidur berdengkur bukan sahaja tidak cukup tidur, mereka juga boleh mendapat pelbagai jenis masalah perkembangan kritikal seperti:

  1. Kenaikan berat badan yang tidak optimum.
  2. Tingkah laku menyerupai masalah hiperaktif (ADHD).
  3. Kencing semasa tidur.
  4. Mimpi buruk.
  5. Obesiti.

Mana-mana kanak-kanak dengan simptom berikut juga perlu mendapatkan pemeriksaan oleh pakar pediatrik:

  1. Sukar tidur pada waktu malam.
  2. Kesukaran bernafas pada waktu siang.
  3. Mudah mengalami masalah sesak nafas.
  4. Sukar untuk makan dan tidak mencapai berat badan optimum mengikut usia.
  5. Berdengkur dan berhenti seketika (tiada bunyi dalam tempoh 10 saat atau lebih) di antara dua nafas.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Obstructive Sleep Apnea. (https://kidshealth.org/en/parents/apnea.html). Diakses pada 12 Januari 2021.
  2. Is Your Nose Working Against You? 5 Signs of a Deviated Septum. (https://health.clevelandclinic.org/is-your-nose-working-against-you-5-signs-of-a-deviated-septum/). Diakses pada 12 Januari 2021.
  3. Kids and snoring. (https://www.choc.org/health-topics/kids-snoring/). Diakses pada 12 Januari 2021.
  4. Children and sleep. (https://www.sleepfoundation.org/children-and-sleep). Diakses pada 12 Januari 2021.
  5. Obstructive Sleep Apnea in Children. (https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=90&ContentID=P02026). Diakses pada 12 Januari 2021.

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Jika Tidak Tidur? Banyak Bahaya Menanti!

Susah Tidur Malam? Ini 7 Tip Tidur Awal Bagi Mereka Yang Sukar Melelapkan Mata!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan