home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bayi Kerap Terjaga Di Waktu Malam, Ibu Kena Lihat 5 Tanda Si Kecil Tak Cukup Tidur Ini

Bayi Kerap Terjaga Di Waktu Malam, Ibu Kena Lihat 5 Tanda Si Kecil Tak Cukup Tidur Ini

Bayi kerap terjaga di waktu malam adalah suatu situasi yang lazim, khususnya dalam kalangan bayi baru lahir. Ini kerana bayi masih menyesuaikan diri dengan jadual tidur mereka. Situasi bayi kerap tidur di siang hari dan berjaga di malam hari juga adalah normal. Namun, ibu bapa tidak boleh memandang remeh akan masa tidur bayi. Tidur yang cukup amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental bayi. Persoalannya adalah, bagaimana untuk ibu bapa tahu sama ada bayi mereka cukup tidur?

5 tanda bayi tidak cukup tidur

  1. Bayi yang tidak aktif pada siang hari kemungkinan tidak cukup tidur. Berikan mainan kepada bayi atau cuba agah si manja anda, jika dia macam hendak tak hendak layan mungkin si manja masih mengantuk.
  2. Bayi tidak mahu bangun semasa anda kejutkan dia dari tidur. Tandanya, si manja anda masih ingin tidur lagi.
  3. Meragam. Salah satu tanda bayi tidak cukup tidur adalah dia meragam di siang hari. Rasa letih dan mengantuk membuatkan emosi bayi tidak menentu.
  4. Jika bayi anda tidur lebih awal daripada biasa pada waktu tidur malamnya, ini mungkin kerana dia tidak cukup tidur.
  5. Adakah bayi anda satu hari tidak tidur siang? Jika ya, dia memang tidak cukup tidur dan anda akan lihat dia meragam dan mungkin akan tidur lebih awal pada malam hari tersebut.

Waktu tidur bayi

0-2 bulan- Aktiviti harian bayi baru lahir adalah makan dan tidur. Lazimnya, si manja akan terjaga setiap dua jam untuk menyusu, kemudian sambung tidur. Waktu tidurnya antara 10-18 jam sehari.

3-6 bulan- 3-5 jam pada setiap kali tidur siang. 10-11 jam setiap kali tidur malam.

6 bulan ke atas- Bayi baru dapat menyesuaikan diri dengan jadual tidur. Biasanya bayi akan tidur 13-14 jam sehari.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.babycentre.co.uk/a7645/how-much-sleep-does-your-baby-need

How much sleep do babies need? | Raising Children Network

 

https://raisingchildren.net.au/babies/sleep/understanding-sleep/sleep-needs-for-babies
https://www.todaysparent.com/toddler/is-your-child-getting-enough-sleep/
Gambar penulis
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin pada 10/10/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x