Bagaimana untuk mengelakkan bayi lahir dengan berat badan rendah?
Anda boleh melakukan pelbagai perkara untuk membantu mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah:
– Perkara paling penting adalah untuk kerap berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan berkala boleh memastikan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Doktor juga boleh membantu mengawal sebarang penyakit, keadaan, atau masalah kesihatan mental kepada ibu hamil.
– Asid folik memainkan peranan penting dalam mencegah kecacatan kelahiran dan masalah kesihatan lain. Pengambilan 400 mikrogram asid folik sehari (selalunya bermula sebelum hamil) boleh mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan/ atau masalah kesihatan lain seperti kecacatan tiub neural.
– Bagi wanita yang pernah mengalami kecacatan tiub neural bagi kehamilan/ kelahiran sebelum ini, pengambilan 1 gram asid folik sehari adalah disarankan. Suplemen asid folik perlu dikekalkan kerana bakal ibu perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum konsepsi.
Rawatan jika berat badan bayi rendah semasa lahir
Jika bayi anda mengalami berat badan yang rendah semasa lahir, dia perlu ditahan di hospital untuk penjagaan rapi. Bayi anda mungkin akan ditahan selama berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan bergantung kepada berat badan bayi semasa lahir, dan berapa lama dia perlu mendapat berat badan yang sesuai, sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Dalam kebanyakan kes, imbasan ultra bunyi boleh membantu doktor mengenal pasti berat badan bayi sebelum mereka lahir.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen