backup og meta

Lepas Berpeluh Terus Mandi Punca Panau Naik Di Badan? Cuba 6 Petua Ini Untuk Hilangkannya!

Lepas Berpeluh Terus Mandi Punca Panau Naik Di Badan? Cuba 6 Petua Ini Untuk Hilangkannya!

Panau atau ‘tinea versicolor’ adalah sejenis jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia. Berapa lama panau akan hilang? Apa jenis ubat panau di farmasi? Adakah ubat panau makan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai ciri-ciri dan punca berlakunya panau serta beberapa petua hilangkan panau yang efektif! 

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

Apakah ciri-ciri panau?

Berapa lama panau akan hilang?

Antara ciri-ciri panau yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu.

Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas.

Ia kebiasaannya akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan.

Kebiasaanya, penderita jangkitan panau ini akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami panau.

petua hilangkan panau
Badan dijangkiti panau.

Apakah punca berlakunya panau?

Terdapat beberapa punca berlakunya panau, termasuklah:

  • Kulit berminyak
  • Penghasilan peluh yang berlebihan
  • Sistem imun tidak kuat
  • Cuaca panas dan lembap
  • Kerap memakai pakaian yang lembap atau basah
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Kelenjar adrenal telah dibuang

Apakah petua hilangkan panau?

Cara hilangkan panau boleh dirawat dengan menggunakan ubat sapu atau ubat makan iaitu:

  • Losyen 2.5% selenium sulphide
  • Propylene glycol
  • Whitfield’s ointment
  • Krim terbinafine
  • Kumpulan azole: clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole

Selain itu, terdapat 6 petua hilangkan panau berkesan menghilangkan panau iaitu:

#1. Bawang putih

Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat. Caranya, hanya perlu sapukan ia pada kawasan yang dijangkiti atau makan secara mentah.

petua hilangkan panau
Antara kebaikan bawang termasuk bawang putih.

#2. Petua hilangkan panau – Yogurt

Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat. Oleh itu, ia sangat berkesan dalam menghilangkan panau. Caranya, jadikan yogurt ini sebagai masker dan tampalkan ia pada kawasan yang berpanau.

#3. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana

Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau.

Caranya, campurkan bahan-bahan ini menjadi ‘masker’ sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti.

#4. Limau & kapur

Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit. Oleh itu, ia sangat berkesan menghilangkan panau.

Caranya, campurkan limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan panau.

#5. Ambil vitamin

petua hilangkan panau
Vitamin boleh kurangkan jangkitan panau.

Perhatian!

Anda sangat disarankan untuk mengambil vitamin C yang ternyata bagus untuk kulit ini untuk menghilangkan panau.

Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen lain seperti alfalfa untuk menguatkan sistem imun dalam badan anda.

#6. Jaga kebersihan diri

Paling penting, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan diri. Jika anda seorang yang aktif dan banyak berpeluh, pastikan anda kerap mandi bagi menghalang setiap pertumbuhan kulat pada kulit.

Anda boleh cuba tip hilangkan panau yang kami sediakan ini.

Jangan risau, ia terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan yang akan berlaku!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Panau tinea versicolor. http://www.myhealth.gov.my/panau-tinea-versicolor/Accessed Mar 15, 2019 
  2. Symptoms and causes pityriasis rosea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pityriasis-rosea/symptoms-causes/syc-20376405, Accessed Mar 15, 2019 
  3. Pityriasis rosea. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/pityriasis-rosea, Accessed Mar 15, 2019 
  4. Tinea versicolor.https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17719-tinea-versicolor, Accessed Mar 15, 2019  
  5. Tinea Versicolor: Diagnosis And Treatment. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/tinea-versicolor-treatment. Accessed Mar 15, 2019

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

6 Pencuci Muka Terbaik Di Tahun 2023, Semua Jenis Kulit Pun Boleh Pakai!

Badan Selalu Gatal-Gatal Walaupun Sudah Mandi, Ia Mungkin Sebab 7 Masalah Kulit Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan