backup og meta

Alamak! Umur Muda Lagi Tapi Uban Penuh Atas Kepala, Kenapa Agaknya? Ambil Tahu Ini

Alamak! Umur Muda Lagi Tapi Uban Penuh Atas Kepala, Kenapa Agaknya? Ambil Tahu Ini

Rambut adalah mahkota wanita, namun bagi kaum Adam mahkota mereka terletak pada janggut. Lagi gah tersusun rapi, lagi banggalah dipamerkan! Bayangkan jika ada uban di usia muda.

Tentu malu, bukan? Alamak, apa punca rambut beruban sebenarnya?

Adakah tanda proses penuaan atau berkait dengan masalah kesihatan?

Artikel ini akan menjawab segala persoalan anda!

Janggut atau rambut, mana satu beruban dahulu?

Uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda.

Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.

Jika anda sudah beruban, ingatlah anda tidak keseorangan.

Satu kajian mendedahkan sebanyak tiga perempat lelaki berumur 45-65 tahun mempunyai uban.

Dari sudut saintifik, janggut anda tumbuh lebih cepat berbanding dengan rambut.

Oleh itu, ramai yang akan perasan uban di janggut mereka terlebih dahulu berbanding di kepala.

Punca janggut ada uban di usia muda

Walaupun uban sering dikaitkan dengan lelaki berusia, tetapi ia mampu berlaku dalam kalangan orang muda juga.

Satu kajian membuktikan ia mampu berlaku dalam kalangan lelaki berusia 20-30 tahun dan digelar sebagai beruban secara pramatang.

Selain penuaan semula jadi, uban juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan dan masalah kesihatan.

1. Genetik

Beruban berkait rapat dengan genetik anda. Ia terdapat dalam gen anda di mana tubuh gagal menghasilkan melanin selepas beberapa tahun.

Oleh sebab ia turun-temurun, anda boleh meramalkan bilakah uban akan tumbuh pada diri anda dengan melihat janggut ayah atau datuk anda.

Jika mereka mempunyai uban di usia muda, kemungkinan besar anda akan mengalami keadaan yang sama.

2. Kekerapan penumpukan hidrogen peroksida pada folikel rambut

Punca kedua yang menyebabkan uban di usia muda ialah penumpukan hidrogen peroksida yang kerap di folikel rambut anda.

Hidrogen peroksida bertindak sebagai agen pemutihan yang menghilangkan pigmentasi pada janggut anda.

Kebiasaannya, sel-sel mengandungi hidrogen peroksida dalam jumlah yang kecil, dikawal selia oleh enzim catalase yang bertanggungjawab untuk memecahkan elemen itu menjadi air dan oksigen sahaja.

Apabila anda bertambah tua, tubuh tidak menghasilkan jumlah enzim yang sama menyebabkan pengumpulan hidrogen peroksida di folikel rambut anda.

Hal ini akan menyekat proses sintesis melanin, meninggalkan janggut yang dilunturkan oleh hidrogen peroksida dan menyebabkan uban.

3. Stres punca beruban?

uban di usia muda

Stres tidak menyebabkan uban terjadi secara langsung. Namun, ia boleh mencetuskan satu keadaan perubatan iaitu telogen effluvium di mana rambut gugur 3x ganda lebih cepat daripada kebiasaan.

Walaupun rambut gugur lebih cepat dalam keadaan ini, tetapi ia tidak menyebabkan kebotakan.

Uban berkemungkinan terjadi dalam kalangan lelaki pertengahan umur yang mengalami masalah pertumbuhan rambut yang terlalu cepat selepas keguguran akibat stres.

4. Merokok

uban di usia muda

Satu kajian dijalankan pada tahun 2013 membuktikan kaitan merokok dan beruban secara pramatang.

Perokok berpotensi mendapat keadaan ini 2x ganda setengah lebih daripada bukan perokok.

Selain itu, merokok juga dikaitkan dengan masalah kebotakan kerana rokok mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan sel-sel rambut anda.

5. Masalah kesihatan

Walaupun uban sering dikaitkan dengan usia anda, tetapi kadang-kadang uban menunjukkan penyakit, terutama jika berlaku uban di usia muda.

Masalah kesihatan yang mungkin menunjukkan uban sebagai gejala ialah:

Pencegahan uban di usia muda

Jika punca beruban ialah genetik atau proses penuaan, tiada pencegahan yang dapat mencegahnya. Namun, sesetengah punca boleh dicegah sama sekali.

  1. Berhenti merokok
  2. Mengubah pemakanan anda
  3. Menguruskan tekanan anda dengan lebih elok seperti bersenam, melakukan aktiviti yang anda minati dan sebagainya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair turn gray.https://www.health.harvard.edu/blog/hair-turn-gray-2017091812226. Accessed 28 June 2022.
  2. Hair turn gray. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3673399/Accessed 28 June 2022.
  3. Hair. https://www.aad.org/public/everyday-care/hair-scalp-care/hair/healthy-hair-tips. Accessed 28 June 2022.
  4. Why hair turns gray. https://health.clevelandclinic.org/why-hair-turns-gray/ Accessed 28 June 2022.
  5. Causes gray hair. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2021/causes-gray-hair.html. Accessed 28 June 2022.

Versi Terbaru

01/07/2022

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Keguguran & Kebotakan, Masalah Rambut Yang Kerap Dialami - Pakar Dermatologi

Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 01/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan