backup og meta

Aduh, Pedihnya Jerawat Kepala! Ketahui Punca Dan Cara Rawat Jerawat Kulit Kepala

Aduh, Pedihnya Jerawat Kepala! Ketahui Punca Dan Cara Rawat Jerawat Kulit Kepala

Aduh, sakitnya jerawat di kepala! Kalau tersalah garu, boleh berdarah dibuatnya. Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya, apa punca jerawat di kepala? Adakah ia tanda penyakit yang lebih serius?

Selalunya, jerawat tumbuh di kawasan muka seperti dahi, dagu atau pipi. 

Namun, itu tidak bermaksud jerawat tidak boleh tumbuh di kawasan lain, misalnya di kepala, belakang badan atau di mana-mana kawasan lain. 

Penggunaan produk yang betul merupakan kunci untuk mengelakkan jerawat di kepala

Bagaimanapun, jika masalah jerawat di kulit kepala kerap berlaku dan boleh menimbulkan rasa rendah diri, jangan takut untuk berjumpa doktor bagi sesi konsultasi. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Beza punca jerawat di kepala dan jerawat biasa

punca jerawat di kepala
Punca jerawat biasa dan jerawat pada kulit kepala adalah berbeza.

Sebenarnya, ada beberapa perbezaan antara jerawat biasa dan jerawat di kepala. Jerawat pada permukaan wajah selalunya bersaiz kecil. Warnanya kemerah-merahan disebabkan inflamasi. 

Kadangkala, ia juga boleh dipenuhi cecair. Bukan satu perkara di luar kebiasaan jika sekali-sekala anda mempunyai masalah jerawat. Namun, punca jerawat di kepala selalunya disebabkan pori yang tersumbat. 

Ia boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan, lebih-lebih lagi terhadap wanita yang bertudung atau lelaki yang gemar memakai topi. Jerawat pada permukaan wajah, dada dan belakang badan adalah satu perkara yang biasa. Namun, jerawat di kawasan kepala lebih jarang berlaku. 

Masalah jerawat sangat lazim dalam kalangan individu berusia 11 hingga 30 tahun. Namun, jerawat kepala boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa. Ia lebih lazim dalam kalangan orang dewasa. 

Siapa

 

  • Orang yang suka memakai topi, tudung, helmet atau apa-apa bentuk pelindung kepala
  • Orang yang gemar menggunakan produk yang mengandungi minyak
  • Mereka yang bekerja di kawasan berminyak misalnya di dapur

Punca jerawat di kepala

punca jerawat di kepala
Salah satu punca jerawat pada kulit kepala ialah liang pori tersumbat.

Liang pori yang tersumbat merupakan salah satu punca jerawat di kepala. Liang tersebut boleh tersumbat disebabkan: 

  1. Penggunaan produk seperti syampu, gel atau semburan rambut. 
  2. Jangkitan mikroorganisma seperti kulat, yis atau kutu. 
  3. Terlalu banyak peluh, minyak atau sel-sel kulit mati yang berkumpul pada kulit kepala. 

Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan:

  1. Ketidakseimbangan hormon. 
  2. Geseran ketika memakai topi atau helmet. 
  3. Stres yang melampau.
  4. Genetik. 
  5. Sebagai kesan terhadap beberapa jenis ubat-ubatan. 

Jika anda ingin berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jerawat di kepala, pakar mungkin akan bertanya beberapa soalan berkenaan sejarah kesihatan. 

Selain itu, doktor juga mungkin akan bertanya mengenai produk-produk yang anda gunakan setiap hari. Cara terbaik untuk kenal pasti produk manakah yang menyebabkan jerawat adalah dengan mencatatkan penggunaannya. 

Jika anda mengalami kegatalan selepas memakai satu-satu produk, hentikan penggunaannya secepat mungkin. 

Sekiranya masalah jerawat itu berlaku secara tiba-tiba, pakar mungkin akan mencadangkan agar anda melakukan ujian darah untuk mengenal pasti masalah sebenar yang menyebabkan jerawat. 

Cara hilangkan jerawat di belakang kepala

Kadangkala, produk yang anda gunakan boleh menjadi punca jerawat di kepala.
Kadangkala, produk yang anda gunakan boleh menjadi punca jerawat di kepala.

Langkah yang terbaik untuk mengurangkan jerawat di kulit kepada adalah dengan pemakaian syampu berubat. Syampu jenis ini boleh didapati melalui preskripsi doktor. Selalunya, produk tersebut mengandungi:

  1. Asid salisilik. Bahan ini banyak digunakan untuk melawan jerawat
  2. Asid glikolik. Asid ini dapat membantu mengurangkan masalah pori tersumbat dan membuang sel-sel kulit mati, bakteria dan minyak. 
  3. Ketoconazole. Sejenis bahan antikulat yang digunakan untuk merawat masalah kulit kepala bersisik. 
  4. Ciclopirox. Bahan ini sering digunakan dalam syampu antikelimumur
  5. Benzoyl peroxide. Ia sering digunakan sebagai bahan antibakteria, terutamanya untuk mengelakkan jangkitan bakteria Propionibacterium acnes yang mungkin menjadi punca jerawat di kepala. 

Selain itu, sebagai petua hilangkan jerawat di kepala, pastikan anda menjaga kebersihan diri. Cuba basuh segala objek yang menyentuh kepala bagi mengurangkan jerawat sekali seminggu, misalnya: 

  • Sarung bantal
  • Topi
  • Tudung
  • Alas tilam
  • Selimut 

Selain itu, jerawat di kepala juga boleh berpunca daripada pemakanan. Bagi mendapatkan kulit kepala yang sihat, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Vitamin yang baik untuk rambut adalah vitamin A, B3, B5, B7, B8, B12, C, D, E dan zink. Kebanyakan vitamin ini boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaran. 

Lamakah jerawat di kepala sembuh?

Mitos dan fakta mengenai jerawat.

Selepas menerima rawatan, ia mungkin memakan masa selama beberapa minggu sebelum sembuh sepenuhnya. 

Bagaimanapun, jerawat pada kulit kepala sepatutnya akan berkurangan selepas beberapa hari selepas memulakan rawatan. 

Ikut nasihat doktor dan gunakan ubat-ubatan yang diberikan. Jangan sesekali guna semula produk lama yang boleh menyebabkan jerawat. 

Selain itu, elakkan kopek jerawat yang tumbuh pada kulit kepala. Jerawat yang pecah dan berair bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan, ia juga boleh membuatkan jangkitan merebak ke bahagian kepala yang lain. 

Kadangkala, jerawat pada kulit kepala mungkin adalah tanda penyakit lain yang lebih serius. Jika anda sudah mengenal pasti punca jerawat di kepala dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya, namun jerawat tidak juga sembuh-sembuh, pastikan anda berjumpa pakar untuk mendapatkan diagnosis yang berbeza.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24397-scalp-pimples-acne. Diakses pada September 23, 2024.
  2. Scalp folliculitis. https://dermnetnz.org/topics/scalp-folliculitis. Diakses pada September 23, 2024. 
  3. Are your hair care products causing breakouts? https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes/hair-products. Diakses pada September 23, 2024. 
  4. Acne Conglobata of the Scalp. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7276160/. Diakses pada September 23, 2024. 
  5. What is Acne? https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/acne. Diakses pada September 23, 2024. 

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Percaya 6 Mitos Tentang Tip Hilangkan Jerawat Ini, Lagi-Lagi Yang No. 4!

Ini Dia Cara Kecutkan Jerawat Bengkak, Jangan Picit-picit Lagi Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan