backup og meta

5 Cara Kecutkan Jerawat Dalam Masa 1 Hari Sahaja! Tak Percaya? Jom Kita Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    5 Cara Kecutkan Jerawat Dalam Masa 1 Hari Sahaja! Tak Percaya? Jom Kita Cuba!

    Wujudkah cara kecutkan jerawat dengan cepat dan sepantas 1 hari sahaja? Tenang, kami ada jawapannya untuk anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Ada ke cara kecutkan jerawat dalam masa 1 hari?

    jerawat badan
    Muka flawless tapi penuh jerawat di badan.

    Mungkin ya, mungkin tidak!

    Cara hilangkan jerawat dengan cepat itu mungkin berbeza mengikut individu. Selalunya, jerawat makan masa untuk sembuh. Jerawat yang besar mungkin perlukan masa beberapa hari atau minggu untuk benar-benar hilang.

    Jangan sesekali picit jerawat jika anda ingin ia sembuh dengan cepat.

    Tabiat ini bukan sahaja akan menyebabkan luka berparut, ia juga akan menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh pada muka anda! Bahaya ni!

    Walau bagaimanapun, ada rawatan yang dapat mengurangkan bengkak jerawat.

    Jika anda ikut cara kecutkan jerawat yang bakal kami kongsikan di bawah, jerawat anda bukan sahaja akan sembuh lebih cepat, malahan ia juga akan pudar tanpa meninggalkan parut yang teruk.

    5 cara kecutkan jerawat dalam masa singkat

    Jangan risau, jika anda mencari cara kecutkan jerawat dalam masa yang singkat, kami ada jawapannya!

    Di bawah, kami akan terangkan cara kecutkan jerawat dengan cepat menurut pakar!

    1. Gunakan produk yang mengandungi benzoyl peroxide

    Benzoil peroksida merupakan bahan yang dapat melawan bakteria yang disebabkan oleh jerawat.

    Namun, ia mungkin akan menyebabkan iritasi pada sesetengah orang. Oleh sebab itu, gunakan produk yang mengandungi benzoil peroksida dengan berhati-hati.

    Ada banyak produk penjagaan wajah yang mempunyai benzoil peroksida dalam konsentrasi sekitar 2.5-10%.

    Namun, jika anda baru bermula, pilih produk yang mempunyai konsentrasi paling rendah. Letakkan satu titik produk tersebut pada kawasan jerawat.

    2. Pilih produk yang mengandungi asid salisilik

    cara kecutkan jerawat
    Rawat jerawat dengan produk kulit.

    Selain benzoil peroksida, anda juga boleh pilih produk yang mengandungi asid salisilik. Asid salisilik merupakan bahan yang sangat popular sebagai antara cara hilangkan jerawat dan parut.

    Ia dapat mengurangkan pengumpulan minyak pada kulit wajah, membuang sel kulit mati dan mempunyai kesan antiradang yang dapat meredakan jerawat.

    Anda boleh beli pelbagai produk yang mengandungi asid salisilik di pasaran. Sama seperti benzoil peroksida, asid ini boleh menyebabkan kerengsaan.

    Namun, ada banyak produk yang mengandungi asid salisilik dalam konsentrasi yang rendah.

    Sebagai cara kecutkan jerawat, cuci muka dengan pencuci yang mengandungi asid salisilik. Kemudian, pakai pelembap dan sapukan krim benzoil peroksida pada wajah.

    3. Exfoliate dengan AHA sebagai cara kecutkan jerawat

    Produk yang mengandungi AHA (asid hidroksi alfa) dapat mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baharu dan mengurangkan inflamasi. Malah, ia juga dapat mengurangkan keradangan serta parut disebabkan jerawat.

    Selepas basuh muka dan usai sapukan ubat jerawat, pastikan anda pakai pula toner atau exfoliator yang mengandungi AHA.

    Produk yang mengandungi AHA sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

    4. Tak tahan nak kopek jerawat? Cuba tampal pimple patch!

    Ah, tak tahanlah dengan jerawat ni, rasa macam nak kopek je!

    Eh, sabar dulu… Kami ada solusinya. Cuba gunakan cara hilangkan jerawat dengan pimple patch! Kini, anda boleh dapatkan pimple patch yang comel dengan harga yang murah secara atas talian!

    Kebanyakan pimple patch diperbuat daripada hidrokoloid, sejenis serat yang dapat menarik lembapan keluar daripada kulit.

    Bahan ini sangat popular untuk merawat luka. Kini, ia digunakan sebagai pimple patch untuk merawat jerawat!

    Tampalan ini dapat memastikan kawasan jerawat bebas kuman. Ramai yang mengakui, pimple patch dapat mengurangkan inflamasi dan bengkak.

    Selain itu, ia juga berkesan untuk menjauhkan tangan anda daripada jerawat!

    Dalam erti kata mudah, jerawat boleh dikecutkan dengan cara mudah seperti:

    • Produk yang mengandungi benzoil peroksida
    • Produk yang mengandungi asid salisilik
    • Pengelupasan dengan produk AHA
    • Tampal pimple patch
    • Tutup dengan alat solek

    5. Tutup dengan foundation atau concealer

    cara kecutkan jerawat
    Tutup jerawat dengan alat solek.

    Pemakaian foundation atau concealer ketika jerawat mungkin akan menyebabkan jangkitan. Jika salah pakai, besar kemungkinan ia akan buatkan jerawat nampak lebih ketara.

    Caranya, gunakan concealer atau foundation yang berasaskan air. Sebelum itu, sapukan dahulu ubat jerawat atau krim BB di atas kawasan yang terkesan. Sapukan foundation dengan jari atau gunakan berus kecil dengan perlahan.

    Tunggu 5-10 minit sehingga foundation kering sebelum pakai mekap seperti biasa.

    Konklusinya, mungkin ada banyak petua kecutkan jerawat dan hilangkan parut yang anda boleh cuba! Namun, pastikan anda telah berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan