backup og meta

Kutu Pada Rambut: Bagaimana ia Berlaku?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/10/2022

    Kutu Pada Rambut: Bagaimana ia Berlaku?

    Perihal penjagaan bayi atau kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang sangat rumit, terutama bagi individu yang baru bergelar ibu bapa. Memandikan, memotong kuku, penjagaan rambut adalah antara perkara penting yang perlu diutamakan dalam aspek penjagaan ini. Tetapi, bagaimana jika ada kutu rambut anak?

    Berbicara tentang penjagaan rambut, pernahkah anda terfikir bahawa bayi atau anak anda mungkin dijangkiti kutu kepala? Terkejut kerana merasakan mustahil untuk seorang bayi dijangkiti kutu?

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kutu dan penjagaannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu kutu kepala?

    kutu rambut anak

    Kutu kepala merupakan sejenis serangga kecil, tidak bersayap yang hidup membiak pada rambut. Kutu kepala selain dirujuk sebagai head lice, ia juga dipanggil sebagai ‘nits’ – yang secara teknikalnya merujuk kepada telur yang dibiakkan pada helaian rambut.

    Dengan saiz yang lebih kurang sebesar biji bijan, agak sukar untuk menyedari bahawa bayi anda mempunyai kutu kepala. Tetapi anda mungkin akan terlihat seperti benda berwarna hitam pada rambut bayi anda.

    Manakala nits pula mempunyai saiz yang lebih kecil, berwarna seakan-akan kuning, coklat mahupun putih. Sekali pandang, ia seperti kelemumur, cuma teksturnya agak melekit dan sukar untuk ditarik keluar daripada rambut anak anda.

    Jika tiada sebarang rawatan mahupun ataupun tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah kutu rambut anak ini, ia cenderung untuk menjadi satu masalah yang kekal lama pada anak anda.

    Merawat jangkitan kutu rambut anak

    Jika anak anda dijangkiti kutu, maka anda perlu melakukan proses rawatan kepada semua ahli keluarga anda yang lain kerana mereka juga berisiko untuk dijangkiti.

    Terdapat dua kaedah untuk merawat kutu kepala, iaitu produk penjagaan rambut antikutu atau menggunakan sikat khusus.

    Macam mana nak tahu anak dijangkiti kutu?

    • Telur berwarna kuning, kelihatan seperti kelemumur yang melekat pada rambut berdekatan akar rambutnya
    • Kantung telur berwarna putih kosong yang melekat pada rambut dan agak jauh dari bahagian akar rambut
    • Kutu kepala yang berwarna seakan hitam-kelabu, yang hidup pada bahagian kulit kepala dan rambut
    • Serangga kecil pada barangan bayi anda. Anda mungkin terlihat serangga kecil berwarna hitam pada tempat tidur atau pakaiannya
    • Walaupun agak kurang untuk berlaku, tetapi anak anda mungkin mengalami kemerahan atau ruam pada bahagian belakang lehernya yang disebabkan kerengsaan kutu kepala

    1. Losyen, cecair dan krim antikutu

    kutu rambut anak

    Antara rawatan utama yang disarankan untuk kutu rambut anak adalah dengan menggunakan pediculide topikal, antaranya adalah termasuk Pyrethroids (pyrethrins, permethrin), Malathion, Benzyl alcohol, Spinosad, Topical ivermectin.

    Anda perlu bertanyakan kepada ahli farmasi anda jika anda memerlukan kepastian mengenai produk yang ingin anda cuba.

    Anda juga boleh mencuba produk penjagaan rambut antikutu yang boleh dibeli dari farmasi tanpa memerlukan preskripsi doktor. Losen, cecair dan krim adalah produk yang lebih berkesan berbanding syampu.

    Produk ini mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan kepada anak anda kerana baunya yang agak kuat dan ada masanya ia mungkin menyebabkan kerengsaan kepada kulit kepala. Pastikan anda mengikut arahan yang tersedia dengan sebaiknya.

    Terdapat kemungkinan bahawa bahan kimia dalam produk yang anda gunakan tidak dapat membunuh kutu, jadi adalah amat penting untuk anda memastikan keberkesanannya apabila menggunakan sebarang produk penjagaan rambut antikutu.

    Sekiranya ia masih tidak mati, mungkin anda perlu menggunakan produk lain dengan bahan aktif yang berbeza. 

    Baca juga:

    2. Cara menggunakan sikat untuk buang kutu rambut anak

    kutu rambut anak

    Rawatan penyingkiran kutu dengan kaedah ini adalah rawatan alternatif bagi bayi atau individu yang muda yang tidak sesuai untuk menerima rawatan pediculide topikal atau untuk individu yang tidak mahu menggunakan terapi pediculide.

    • Pertama sekali, anda perlu membasuh rambut bayi anda dengan menggunakan syampu yang biasa digunakan untuk anak anda. Kemudian, bilas dan letakkan banyak perapi. Dengan membiarkan perapi tersebut sekurang-kurangnya untuk selama 15 minit, anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat dan meluruskan rambut anak anda jika perlu.
    • Dengan menggunakan sikat khusus untuk kutu rambut anak, pastikan setiap gigi sikat itu memasuki setiap helaian rambut hingga ke akar dan sapukan dari bahagian atas kepala hingga ke hujung rambut. Kutu kepala yang masih hidup, melekit dan bersalut dengan perapi ini akan dapat dikeluarkan melalui sikat gigi sikit. Setiap kali selepas menyapu bahagian rambut dan kepala anak anda, pastikan anda mengelapnya pada tisu dapur atau dibilas sikat tersebut menggunakan air paip untuk menyingkirkan kutu dan telur.
    • Teruskan menyapu syampu sekeliling kepala anak atau bayi anda. Setelah selesai, pastikan anda membilas rambutnya dengan bersih dan sikatnya sekali lagi menggunakan sikat khusus untuk memastikan tiada sebarang kutu atau telur yang terlepas.

    Kerap melakukan perkara ini adalah antara cara terbaik untuk merawat kutu rambut anak. Sebaiknya, cuba untuk menyikat setiap dua hingga tiga hari sekali dalam tempoh dua minggu, sehinggalah tiada lagi telur yang dapat anda lihat setiap kali anda menyikat rambut anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan