backup og meta

Nak Keringkan Rambut Dengan Lebih Cepat? Jom Cuba 6 Tip Ini, BERKESAN!

Nak Keringkan Rambut Dengan Lebih Cepat? Jom Cuba 6 Tip Ini, BERKESAN!

Mandi siap bersyampu dan tiba-tiba, ada hal yang menyebabkan anda perlu bersiap segera, tapi rambut masih basah. Bertenang, ada cara keringkan rambut dengan cepat yang boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Cara keringkan rambut dengan cepat

Mengeringkan rambut dengan pengering rambut anda boleh menjadi sangat memakan masa, terutamanya jika anda mempunyai rambut panjang, tebal atau kerinting.

Pengering rambut mahal sekali pun tidak akan mempercepatkan masa berbanding pengering rambut murah jika anda tidak tahu caranya.

Berikut adalah tips penjagaan rambut boleh membantu anda mengeringkan rambut!

1. Keringkan rambut anda dengan tuala terlebih dahulu, antara cara keringkan rambut dengan cepat

Sebaik sahaja anda telah selesai mencuci rambut anda, balut dengan tuala dan perah air keluar perlahan-lahan.

Tuala mikrofiber adalah yang terbaik kerana menyerap air lebih cepat daripada yang diperbuat daripada kapas.

Selain itu, jangan gosok rambut anda kerana ia akan merosakkan kutikel rambut.

cara keringkan rambut dengan cepat

2. Kawal aliran haba

Halakan muncung pengering anda dari akar rambut ke hujung rambut untuk menolak air keluar lebih cepat.

Elakkan pergerakan rawak kerana boleh membuatkan rambut anda mengerbang

3. Bahagikan rambut anda kepada bahagian kecil

Jika anda mempunyai rambut tebal, bahagikan kepada beberapa bahagian dengan menggunakan klip rambut.

Selepas itu, keringkan bahagian rambut anda mengikut bahagian.

Kaedah ini bukan sahaja lebih berkesan malah kurang memakan masa, berbanding meniup seluruh kepala sekali lagi.

Baca juga:

4. Jangan sekali-kali menghalakan haba ke satu tempat

Anda dinasihatkan untuk memastikan haba sentiasa dihalakan dari satu tempat ke tempat lain.

Jika anda menghalakan pengering rambut ke salah bahagian dengan terlalu lama, bahagian rambut tersebut akan menjadi kering dan rosak.

5. Cara keringkan rambut dengan cepat #Belajar menggunakan mesin pengering

Pengering mewah menawarkan kapasiti haba yang lebih tinggi, bermakna kurang masa pengeringan.

Walau bagaimanapun, lebih panas tidak semestinya lebih baik.

Pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakan pengering rambut anda dengan betul supaya anda tidak akan terlebih mengeringkan rambut atau mencederakan diri.

cara keringkan rambut dengan cepat

6. Gunakan produk rambut cepat kering

Terdapat banyak juga produk rambut yang menawarkan perlindungan haba dan masa pengeringan pendek.

Ini merupakan antara kaedah keringkan rambut dengan cepat yang boleh dicuba.

Produk sebegini bertindak dengan memberi kesan kepada ikatan antara air dan permukaan rambut, menjadikan air terwap dengan lebih mudah.

Anda boleh mempertimbangkan penggunaan produk-produk ini berbanding semburan pelindung yang biasa.

Semoga tip di atas boleh membantu memudahkan tugas mengeringkan rambut anda yang melelahkan.

Lakukannya dengan cara yang betul dan anda bukan sahaja akan mengeringkan rambut anda lebih cepat tetapi juga membuatkannya kelihatan lebih cantik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How To Dry Your Hair Fast. https://www.oglf.org/how-to-dry-hair-fast/, Accessed on Dec 9, 2021
  2. Yoonhee Lee, M.D., Youn-Duk Kim, M.D.,1 Hye-Jin Hyun, M.D.,1 Long-quan Pi, Ph.D., Xinghai Jin, M.D., and Won-Soo Lee, M.D. Hair Shaft Damage from Heat and Drying Time of Hair Dryer (2011). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3229938/, Accessed on Dec 9, 2021
  3. Best Ways to Protect Your Hair From Sun Damage. https://health.clevelandclinic.org/best-ways-to-protect-your-hair-from-sun-damage/, Accessed on Dec 9, 2021
  4. HOW TO STOP DAMAGING YOUR HAIR. https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/insider/stop-damage, Accessed on Dec 9, 2021
  5. Hair Damage? Your Hair Cuticle May Be The Problem! https://www.seriouslynatural.org/2017/07/hair-damage.html, Accessed on Dec 9, 2021

Versi Terbaru

10/01/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kalau Tak Nak Botak, Boleh Cuba Rawatan Untuk Tanam Rambut, Berkesankah?

AWAS! Rambut Boleh Rosak Jika Salah Sikat! Ini Cara Sikat Rambut Yang Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan