backup og meta

Usia Meningkat, Rambut Pun Makin Nipis? Ini Tip Beli Produk Lebatkan Rambut Di 'Drugstore'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/07/2022

    Usia Meningkat, Rambut Pun Makin Nipis? Ini Tip Beli Produk Lebatkan Rambut Di 'Drugstore'!

    Jika anda sedang giat mencari produk melebatkan rambut di Watson, Guardian atau farmasi lain, wujud banyak aspek yang perlu untuk dititikberatkan terutama dari segi bahan di dalamnya!

    Dalam erti kata lebih mudah, anda bukan perlu lihat pada jenama tetapi bahan yang patut ada di dalam produk tersebut. Jadi, bahan apa yang bagus dalam ubat melebatkan rambut di farmasi atau drugstore?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Rambut & variasi produk yang penting!

    Mungkin ramai individu sangka jika syampu itu sudah mencukupi sertai memadai untuk rambut yang lebih sihat. Sebenarnya, pendapat ini agak kurang tepat kerana ia lebih kompleks.

    Untuk pengetahuan anda semua, syampu itu cuma salah satu daripada produk rambut yang anda perlu gunakan selain pelembap, perapi, tonik, serum, minyak serta macam-macam lagi.

    Ya, produk di atas ini memang amat penting namun jika ada masalah rambut, lain pula ceritanya.

    Misalnya, individu yang mengalami masalah keguguran atau kebotakan rambut masih perlu gunakan produk tambahan lain dalam usaha untuk mereka melebatkan kembali rambut bermasalah.

    produk melebatkan rambut di watson

    Disebabkan itu, mereka ini sudah pasti akan mula mencari produk melebatkan rambut di Watson, Guardian atau farmasi lain mungkin tanpa tahu bahan apa yang perlu ada di dalamnya.

    Apa ubat melebatkan rambut di farmasi?

    Menurut ramai pakar kesihatan kulit dan rambut, kelebatan mahkota itu akan bergantung kepada beberapa aspek yang utama yakni diet, suplemen, kosmetik serta bahan di dalam produk.

    “Kekurangan nutrien yang penting untuk rambut seperti biotin, zat besi serta pelbagai jenis vitamin termasuk A, B, C, D dan E mungkin boleh jadi punca individu mengalami masalah rambut gugur, botak dan susah tumbuh kembali,” jelas Pakar Diet, Erin Palinski-Wade.

    Apa yang pasti, ubat melebatkan rambut di farmasi atau drugstore itu perlu ada bahan:

    #1. Asid hyaluronik

    Pertama, ubat melebatkan rambut di farmasi itu perlu tinggi dengan kandungan asid hyaluronik kerana ia sangat kaya dengan biotin, vitamin serta memiliki kadar pH yang seimbang dan sesuai untuk mahkota di kepala yang telah rosak.

    Ia berfungsi dengan cara menguatkan serta menguraikan rambut kusut sekali gus mengurangkan risiko untuk ia gugur dari kulit kepala lantas membuatkan mahkota anda tampak lebih lebat.

    #2. Minyak argan

    Merupakan bahan kegemaran dalam kebanyakan produk rambut, minyak ini mampu menguatkan rambut dari akar lagi serta memudahkan anak rambut baru tumbuh di kulit kepala.

    Tidak hanya itu, ia juga mampu membuat rambut anda tampak lebih bersinar dan berkilau, sama dengan kesan jika memakai pelembap atau perapi rambut selepas bersyampu.

    produk melebatkan rambut di watson

    #3. Minyak kelapa

    Selain minyak di atas tadi, minyak daripada ekstrak pokok kelapa adalah antara bahan terpenting di dalam produk untuk rambut terutama jika anda ada masalah keguguran dan kebotakan.

    Alasannya, ia mengandungi bahan aktif seperti sitokinin dan vitamin dari banyak jenis yang akan membantu merelakskan tekanan dan aliran darah di kulit kepala yang mungkin tersumbat.

    Produk melebatkan rambut di Watson perlu ada #4. Ginseng

    Ginseng memang popular sebagai herba tradisional namun mungkin tiada siapa sangka bahawa ia turut akan mendatangkan manfaat pada rambut ekoran sifat antioksidan dan antiradang.

    Berupaya memperbaiki sel dermal di kulit kepala, ia secara tidak langsung akan menguatkan lagi folikel rambut sekali gus memudahkan proses untuk rambut baru itu tumbuh tanpa masalah.

    Produk melebatkan rambut di Watson perlu ada #5. Madu

    Ketika mencari produk melebatkan rambut di Watson, Guardian dan lain-lain farmasi, pastikan ia juga ada bahan ini kerana ia akan membantu menghidrasi rambut serta kulit kepala anda.

    Apabila digunakan dengan kerap, maka ia akan jadi lebih lembap, lembut sekali gus mampu untuk mengurangkan kerosakan rambut selain mengelakkan masalah keguguran dan kebotakan.

    produk melebatkan rambut di watson

    #6. Asid pantotenik

    Asid ini akan menghasilkan sejenis bahan kimia pantenol atau lebih popular dengan nama vitamin B5. Ia juga merupakan antara bahan yang paling penting di dalam pembuatan produk rambut lain seperti tonik dan serum ekoran manfaatnya.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Buat anda yang belum tahu, vitamin ini berpotensi untuk meningkatkan keanjalan, mengekalkan kelembapan dan menguatkan rambut dari akarnya. Maka, ia adalah antara bahan terbaik.

    Konklusinya, ada banyak produk melebatkan rambut di Watson, Guardian atau farmasi lain. Pun begitu, sila baca label dan pastikan ia ada bahan-bahan di atas yang bagus untuk rambut anda ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan