backup og meta

Tahukah Anda Kandungan Silika Dalam Air Mineral Boleh Buat Kulit Lebih Awet Muda?

Tahukah Anda Kandungan Silika Dalam Air Mineral Boleh Buat Kulit Lebih Awet Muda?

Memiliki kulit yang cantik dan halus sudah semestinya menjadi idaman buat setiap individu tidak kira lelaki atau perempuan. Namun begitu, tahukah anda bahawa mengambil air mineral tinggi silika juga merupakan salah satu rahsia kulit yang cantik? Ini kerana, silika dalam air mineral dapat membantu untuk merangsang penghasilan kolagen dalam tubuh badan anda.

Ingin tahu kebaikan silika yang lain dan jenama air mineral tinggi silika yang boleh dicuba? 

Jom baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui mengenai manfaat air mineral tinggi silika dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Memahami kepentingan perlindungan kulit

Pasti anda sering terdengar silika dalam air mineral juga dapat membuatkan kulit anda berseri dan kelihatan awet muda, bukan?

Akan tetapi, sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi tentang fungsi silika dalam air mineral, adalah lebih baik untuk anda memahami tentang kepentingan perlindungan kulit terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, perlindungan kulit adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan kulit yang baik. 

Kulit merupakan penghalang fizikal terhadap kuman, virus, dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan tubuh manusia1.

Selain itu, kulit juga bertindak sebagai pelindung terhadap sinaran UV yang merbahaya dari matahari. 

Paparan berlebihan terhadap sinaran UV boleh menyebabkan penuaan kulit awal, kerosakan sel kulit, dan meningkatkan risiko kanser kulit2.

Dengan menjaga kulit yang sihat, seseorang juga dapat mengurangkan risiko penyakit kulit seperti jerawat, ekzema, dan psoriasis

Kulit yang baik juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan dan keanjalan, menjadikan penampilan seseorang lebih muda dan berseri.

Jadi bagaimana pula cara untuk anda memilih produk skincare yang baik?

5 cara memilih produk penjagaan atau perlindungan kulit yang baik

Berikut adalah 5 cara yang anda boleh lakukan sebelum memilih produk penjagaan kulit:

  • Ketahui jenis kulit anda: Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, seperti kulit kering, berminyak, kombinasi, atau sensitif. Memahami jenis kulit anda adalah langkah pertama untuk memilih produk yang sesuai3.
  • Baca label dengan teliti: Semak bahan-bahan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit. Hindari bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi atau alergi kepada kulit anda. Pilihlah produk yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya.
  • Faktor perlindungan matahari: Pilihlah produk yang mengandungi faktor perlindungan matahari (SPF) untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan. SPF sekurang-kurangnya 30 adalah disyorkan untuk melindungi kulit dengan baik3.
  • Konsisten dengan penggunaan: Penting untuk menggunakan produk penjagaan kulit dengan konsisten untuk melihat hasil yang efektif. Amalkan rutin penjagaan kulit yang teratur termasuk pembersihan, toning, dan pelembapan.
  • Kaji ulasan dan kajian produk: Sebelum membeli produk penjagaan kulit, selidiklah dan baca ulasan serta kajian mengenainya. 
silika dalam air mineral
Penjagaan kulit perlu guna produk yang sesuai.

Kulit yang cantik bermula dari rutin penjagaan kulit!

Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa tips kulit cantik dan sihat yang anda boleh cuba seperti4:

#1. Cleanser

Tips pertama dan paling penting, anda mesti menggunakan pembersih kulit atau lebih dikenali sebagai cleanser

Anda tidak boleh sesekali meninggalkan rutin paling utama ini kerana cleanser dapat menanggalkan kekotoran, minyak dan segala bendasing yang terlekat pada kulit muka anda sambil menghidrasi kulit4.

Gunakan ia 2 kali sehari iaitu sekali siang dan sekali malam untuk kesan yang jauh lebih mujarab.

#2. Toner

Penggunaan toner pada kulit dapat menyegarkan kembali kulit anda yang telah tegang, keras dan kering selepas dicuci. Ia juga mampu melegakan sebarang ketidakselesaan pada kulit4.

Sebaiknya, sapukan toner 2-3 minit selepas anda menggunakan cleanser dan tunggu 2-3 minit lagi untuk menggunakan produk lain.

#3. Serum kulit

Gunakan serum untuk kulit kerana ia penting bagi melancarkan lagi proses keremajaan dan melambatkan proses penuaan kulit, ekoran tinggi kandungan kolagen selain mampu membuat solekan dan produk lain itu tahan lebih lama4.

#5. Masker

Anda boleh mencuba untuk memakai masker atau topeng muka sebelum tidur mahupun sepanjang waktu tidur untuk memudarkan cela, menghaluskan serta melembapkan kulit5.

Selain menggunakan masker yang dijual di pasaran, anda juga boleh menggunakan bahan di dapur seperti kunyit, tomato, aloe vera dan lain-lain.

#6. Pelindung matahari

Tip yang terakhir sekali, jangan lupa untuk memakai krim atau losyen pelindung matahari yang kaya dengan SPF terutama ketika berada di luar rumah ya? 

Ini mampu untuk melindungi kulit anda daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit dan mendatangkan penyakit termasuk kanser6!

Rahsia kulit cantik: Silika dalam Air Mineral 

silika dalam air mineral
Minum air yang mencukupi juga penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Mesti anda pernah terdengar kebaikan silika yang terkandung dalam air mineral juga dapat membantu anda untuk sentiasa kelihatan awet muda, bukan?

Silika dalam air mineral adalah salah satu elemen penting untuk menjaga kesihatan kulit. Ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen secara semula jadi, yang menjadikan kulit anda lebih sihat dan anjal7

Bukan itu sahaja, silika dalam air mineral juga bermanfaat untuk pertumbuhan rambut dan kuku. Dengan pengambilan air mineral tinggi silika, rambut dan kuku anda akan menjadi lebih sihat serta kurang mudah putus atau rapuh7 8.

Namun, tahukah anda bahawa kandungan mineral silika dalam tubuh kita semakin berkurangan seiring bertambahnya usia9? Oleh itu, penting untuk mengambil lebih banyak air mineral yang kaya dengan silika.

Spritzer adalah pilihan yang tepat buat anda untuk kekal kelihatan awet muda! Ini kerana, ia kaya dengan kandungan mineral silika iaitu sebanyak 60mg per liter, yang turut membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit anda secara semula jadi.

Selain itu, kebaikan silika dalam air mineral Spritzer juga termasuklah dapat mengekalkan keanjalan kulit serta melindungi anda daripada kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.

kebaikan minum air
Tips untuk kekal hidrasi.

Tips untuk kekal hidrasi.[/caption]

Kesimpulan


Kini, anda telah mengetahui beberapa tips untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat serta beberapa manfaat silika dalam air mineral. 
Sangat penting untuk mengambil air mineral kaya dengan kandungan mineral silika ke dalam rutin penjagaan kulit anda, kerana ia bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Jika anda mahukan kulit yang lebih sihat melalui pengambilan air, carilah air mineral tinggi silika seperti air mineral semula jadi Spritzer.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang silika dalam air mineral semula jadi Spritzer.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Skin. https://my.clevelandclinic.org/health/body/10978-skin. Diakses 4 Oktober, 2024.
  2. How does the sun cause cancer? https://www.worldwidecancerresearch.org/information-and-impact/cancer-myths-and-questions/how-does-the-sun-cause-cancer/. Diakses 4 Oktober, 2024.
  3. Skin care tips dermatologists use. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/care/skin-care-tips-dermatologists-use. Diakses 4 Oktober, 2024.
  4. The Steps for a Basic, Everyday Skin Care Routine. https://health.clevelandclinic.org/what-products-do-i-actually-need-for-a-simple-everyday-skin-care-routine. Diakses 4 Oktober, 2024.
  5. Do Face Masks Really Work? The “Magic” Behind Face Masks — and How to Get the Most Out of Them. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/march/the-magic-behind-face-masks. Diakses 4 Oktober, 2024.
  6. Tips for Taking Care of Your Skin. https://kidshealth.org/en/teens/skin-tips.html. Diakses 4 Oktober, 2024.
  7. Opinion of the Scientific Panel on Dietetic Products, Nutrition and Allergieson a request from the Commission related to theTolerable Upper Intake Level of Silicon. https://efsa.onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.2903/j.efsa.2004.60. Diakses 4 Oktober, 2024.
  8. Effect of oral intake of choline-stabilized orthosilicic acid on skin, nails, and hair in women with photodamaged facial skin. https://www.jaad.org/article/S0190-9622(04)02898-1/fulltext. Diakses 4 Oktober, 2024.
  9. Collagen. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen. Diakses 4 Oktober, 2024.

Versi Terbaru

23/10/2024

Ditulis oleh Siti Sofiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

10 Cara Moden & Tradisional Hilangkan Gatal Kulit, Bantu Rawat Flare Up Ekzema!

Aduh, Pedihnya Jerawat Kepala! Ketahui Punca Dan Cara Rawat Jerawat Kulit Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 23/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan