backup og meta

Cara Merawat Jerawat Menggunakan Aloe Vera

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/10/2022

    Cara Merawat Jerawat Menggunakan Aloe Vera

    Aloe vera atau lidah buaya telah lama dikenali dengan ciri antiradang dan antibakterianya. Selain itu, penggunaan aloe vera untuk jerawat juga merupakan sesuatu yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, sebelum anda sapukannya pada wajah, pastikan cara penggunaan aloe vera itu betul.

    Untuk memastikan penggunaan aloe vera adalah betul, ikuti langkah yang kami berikan di bawah. Pasti berkesan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan rawatan tradisional dan herba, anda boleh klik di sini.

    Penggunaan aloe vera untuk jerawat

    aloe vera untuk jerawat

    Penggunaan aloe vera amat berkesan untuk mengurangkan jerawat. Cara penggunaan aloe vera yang betul adalah:

  • Langkah 1: Potong daun aloe vera pada bahagian terdekat dengan akar. Jangan menarik daun semasa anda memotong kerana ini boleh membahayakan isi batang di dalam daun.
  • Langkah 2: Basuh daun dengan teliti.
  • Langkah 3: Keluarkan gel daripada daun.
  • Langkah 4: (Pilihan) Tambahkan beberapa titisan jus lemon ke dalam gel.
  • Langkah 5: Bersihkan muka anda dengan pencuci muka lembut.
  • Langkah 6: Sapukan gel kepada muka.
  • Langkah 7: Biarkan gel semalaman dan basuh pada waktu pagi.
  • Anda perlu mengulangi proses ini setiap hari dengan daun aloe yang baru diekstrak untuk hasil yang terbaik.

    Sekiranya anda tidak mempunyai pokok aloe vera di rumah anda, pilih gel aloe vera yang tersedia di pasaran. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

    Sebaiknya, teruskan menyapu gel aloe vera pada wajah anda walaupun selepas jerawat telah sembuh untuk mengelakkannya daripada muncul semula. Penggunaan aloe vera untuk jerawat juga boleh mengurangkan parut.

    Selain itu, aloe vera juga bertindak sebagai pelembap yang baik dengan keupayaan untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan liang roma.

    Hati-hati dengan reaksi alahan

    aloe vera untuk jerawat

    Walaupun aloe vera selalunya berkesan, tetapi ia masih boleh berkemungkinan menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan ujian terlebih dahulu sebelum meletakkannya pada kulit anda.

    Anda mungkin alah kepada aloe vera jika anda alah kepada bawang, bawang putih, dan keluarga tulip. Hentikan penggunaan dengan serta-merta sekiranya anda melihat tanda-tanda kerengsaan.

    Tindak balas alahan terhadap sapuan luaran aloe vera tidak membawa maut dan tidak menyebabkan keadaan perubatan yang serius. Walau bagaimanapun, ia boleh membuatkan masalah kulit anda menjadi lebih teruk.

    Jadi, jika kerengsaan tidak berhenti, anda perlu menghubungi doktor anda secepat mungkin. Hentikan penggunaan aloe vera dan dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan